Jam 8.30 malam tadi aku kembali dari kampung. Menziarahi kakak-kakak yang sudah berusia. Petang itu berlalu begitu sahaja dengan pelbagai cerita.Dec 31, 2010
Mood Aku Terganggu (2)
Jam 8.30 malam tadi aku kembali dari kampung. Menziarahi kakak-kakak yang sudah berusia. Petang itu berlalu begitu sahaja dengan pelbagai cerita.Mood Aku Terganggu
Dec 30, 2010
Mudah-mudahan Allah Terima
Ketika ke Alor Gajah hari Isnin lalu. Sahabat lama saya Haji D telah pun mengemaskan barang-barang serta dokumen peribadinya untuk dibawa pulang ke terataknya di Segamat. Saya ucapkan selamat bersara. Seingat saya dia sudah bekerja melebihi 30 tahun. Jangan pula minggu pertama bersara dia masih lagi teringin untuk datang ke pejabat. Lalui lah hidup baru itu dengan setenang-tenangnya. Dec 27, 2010
Cucur Udang, Murtabak Hindustan
Dec 19, 2010
Aku Mula Mengerti
Minggu lepas saya telah mencipta rekod untuk diri sendiri. Berjalan kaki selama lapan jam merentasi Hutan Simpan Kenaboi. Bermula jam 9.00 pagi melalui denai sarang pacat. Mengharungi sungai yang berbatu-batu dan air sehingga ke paras peha. Berjalan kaki hampir satu jam baru sampai ke 'permatang busut' hutan simpan itu. Menggalas beg berisi bekalan makanan menjadikan perjalanan itu lebih sukar. Menuruni bukit curam terpaksa dilakukan secara berhati-hati. Silap tempat berpijak boleh jatuh ke dalam jurang. Kemudian mendaki semula dengan tebing bukit yang lebih curam dan licin. Hujan yang turun menambah 'perisa' yang sedia ada. Nov 24, 2010
Manja

Nov 23, 2010
Ajaibnya Kepantasan.
Entri saya pada bulan ini lebih banyak berkisar mengenai kedai makan. Dari Rembau sehingga ke Gelang Patah. Hampir semuanya sama. Lembap dan lambat. Kecuali kebanyakkan kedai mamak yang begitu pantas sekali layanannya. Belum sempat berfikir nak makan apa, pelayannya sudah ada di tepi meja dengan sebatang pensil dan sehelai kertas.
Ahad lepas ketika pulang dari
Seingat saya inilah restoran Melayu yang begitu pantas melayan pelanggan. Dalam tempoh kurang 10 minit, semua hidangan yang dipesan telah sampai. Saya percaya kenapa faktor ini telah membantu restoran ini mendapat pelanggan dari jauh dan dekat. Pendekatan perkhidmatannya hampir menyamai kedai mamak. Pekerja yang ramai, tukang masak juga ramai, ada screen besar. Mungkin yang belum ada ialah wifi.
Ramai yang bersetuju kalau saya katakan kepantasan itu satu ukuran pencapaian dan kejayaan. Semua kerja harus pantas. Jalanraya sudah digantikan dengan lebuhraya. Walaupun kita ada pos laju tetapi kita lebih memilih e-mail atau sms sebagai jalan pintas. Sudah juga tercipta rekod di Cina, bangunan hotel lima belas tingkat di siapkan dalam masa dua hari (video).
Kerana itu agaknya, apabila ada yang dihantar latihan 'survival' ke kampung pendalaman. Ada yang 'stress' dan 'sasau''. Maklum sahaja kehidupan pantas telah bertukar menjadi perlahan. Kehidupan kembali kepada cara lama. Masak air dan makanan terpaksa menggunakan kayu api. Mandi kena pergi ke sungai. Malamnya terkial-kial memasang api pelita dan kelambu. Perhubungan terputus, tiada lagi sms dan talian internet.
Saya tetap suka sekali sekala hidup 'lambat' seperti itu. Kerana saya pernah melaluinya. Tetapi bukan untuk selama-lamanya :)
Nov 21, 2010
Bukan Nama Sebenar

Nov 20, 2010
Boleh Ke?

Nov 14, 2010
Roti Canai, Rebusan dan Teh O

Nov 6, 2010
Jagung Rebus, Jagung Manis

Oct 11, 2010
"Saya tak boleh berhenti"

Sep 15, 2010
Mamak Juga

Sep 13, 2010
Sms Raya

Sep 1, 2010
Destinasi Berbuka

Aug 13, 2010
Komtar dan Putu Mayam
Kembali ke Pulau Pinang kali ini memberi kesempatan untuk saya singgah di pejabat lama. KOMTAR, Tingkat 38. Hampir puluhan tahun saya tidak masuk ke pejabat ini. Sejak saya berpindah mulai tahun 1988 hanya sekali dua sahaja menjejaki kaki di sini.Aug 12, 2010
Itulah Takdirnya

Aug 10, 2010
18 jam Sebelum Ramadhan
Salam Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita dapat mengerjakan ibadah ini dengan tekun dan istiqamah. Berbuka dengan sederhana, berbelanja dengan berhemah dan bijaksana. Potongan ayat itu ditulis juga di facebook PokLi yang ditujukan kepada muslimin dan muslimat. Mudahan-mudahan rakan taulan dan saudara-mara membacanya. Begitu juga saya memohon maaf kepada rakan bloggers sekiranya terdapat kekhilafan secara sengaja atau tidak sengaja, mudahan-mudahan amal ibadah di bulan Ramadhan ini lebih kyusuk daripada dahulu.Aug 7, 2010
Tasik Temengor
Jul 12, 2010
Ramalan

Jul 10, 2010
Jubli Emas

Jul 4, 2010
Combat
.jpg)
Jul 3, 2010
Kehilangan

Jun 29, 2010
Wang Mudah

May 25, 2010
Kekayaan Yang Hilang

May 23, 2010
Mari Belajar

May 20, 2010
Tips Penjagaan Anak

May 18, 2010
Selamat, Selamat, Selamat

Apr 29, 2010
Angin Baru
Saya percaya ramai antara kita yang 'berkorban' untuk perkara-perkara kecil sebegini tanpa rasa kecil hati pun. Isteri saya juga sudah 'berkorban' begitu lama, kerana jarang memasukan menu ikan dalam hidangan kami, kerana saya tidak memakannya. Begitulah perubahan-perubahan yang berlaku apabila 'angin baru' datang menjengah dalam kehidupan kita. Kita akan cuba menyesuaikan diri sehingga kita kembali kepada zon selesa sekali lagi. Sekali lagi saya menerima 'angin baru'. Sekali lagi saya terpaksa 'berkorban' . Masa bersama keluarga semakin kurang. Masa bersama blog juga sudah kurang. Mungkin hanya turun sesekali melepaskan ;rindu dendam'. Hu hu huk.
p/s sesekali masak le makanan yang suami atau isteri gemar waktu mereka kecil dulu. He he hek.
Apr 11, 2010
Dato' Oh Dato'

Mar 24, 2010
Dari Studio ke Studio
Minggu lepas saya tidak kembali ke Terengganu. Sepanjang minggu ini asyik terkejar-kejar ke hulu ke hilir. Mengejar program yang tak kunjung sudah. Hari Jumaat lepas ke Kuala Lipis lagi. Bermalam semalaman. Sabtunya balik ke KL. Terlupa lagi membeli sambal hitam, menu istimewa dari Bandar Lipis itu.Isninnya saya ke Angkasapuri lagi. Tapi kali ini bukan studio tv tapi studio radio. Bertemu kawan lama. Mahat anak China. Orang Asli. Dulu tinggal di Bukit Lanjan. Bila penempatan itu dibangunkan ia berpindah ke Damansara Perdana. Seorang yang 'simple'. Banyak menulis cerita-cerita rakyat Orang Asli. Terbaru dia telah selesai menulis kisah kehidupan masyarakat Orang Asli. Novelnya berjudul 'Hamba'. Terbit nanti ingin saya membelinya. Memahami nilai dan budaya masyarakat misteri itu.
Cuma saya tertawa mendengar pantunnya:
Anak cicak di atas batu
Entah bergolek entah tidak
Bila terpacak di kedai samsu
entah balik entah tidak
Mar 10, 2010
Aku Sudah Pindah
Saya tidak sempat menulis panjang mengenai cerita-cerita di bulan Februari. Cerita itu terhenti. Rasanya tidak sesuai lagi untuk mengimbas cerita yang tidak sudah itu. Kini sudah berada di bulan Mac. Cerita baru akan bermula lagi. Semalam saya baru balik dari Kuantan. Besok akan ke Taman Negara. Opps, terlupa .... tidak jadi... kerana urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan.Feb 24, 2010
6918
Cerita seterusnya. Cuti Tahun Baru Cina juga sudah berlalu. Anak-anak sudah kembali semula ke kolej. Tinggal semula penghuni asal, bukan berdua tapi berempat. Saya dan isteri. Anak sulong dan bongsu yang sedang menunggu peluang menyambung pelajaran lagi. Feb 23, 2010
I Know Bakul I Know Basket
Sebelum menjawab kenapa saya tergesa-gesa sangat menyiapkan kerja-kerja pejabat, eloklah rasanya saya bercerita mengenai kisah-kisah di awal tahun 2010 yang menarik perhatian. Feb 22, 2010
Akan Datang
Sudah beberapa minggu saya tidak menulis. Ingin rasanya menulis setiap hari tanpa henti. Apakan daya beberapa perkara yang tidak diduga kerap menghalang harapan dan niat saya. Kalau menjadi wartawan sudah lama agaknya saya kena buang. Feb 5, 2010
Blogger Tua

Hari ini tanggal 5 Februari 2010. Cukup sudah satu tahun lima bulan saya menulis di blog Biso Bonar-Bermula Di Kaki
Walaubagaimanapun saya lebih kagum dengan seorang nenek yang mula aktif menulis ketika usianya mencecah 95 tahun. Entri pertamanya berjudul ‘Hello Pelayar Internet’ mencatatkan:
Teman-teman di internet. Hari ini saya berusia 95 tahun. Nama saya Maria Amelia lahir di Muxia, pada 23 Disember 1911. Hari ini adalah hari lahir saya dan cucu saya yang kedekut itu hanya menghadiahkan saya sebuah blog. Saya berharap dapat menulis dan bercerita mengenai pengalaman wanita seusia saya.
Beliau terus menulis sebelum menghembuskan nafas terakhir pada usia 97 tahun (20 Mei 2009). Selama dua tahun empat bulan, blognya telah dikunjungi oleh 1.5 juta orang dari
Cuma saya hanya bertanya pada diri sendiri, sanggupkah saya terus menulis sehingga ke akhir hayat seperti nenek Maria itu…………….. Apa pun saya sudah kembali lagi untuk menulis ha ha ha.
Jan 20, 2010
Aku Ingin Rehat
