Sabtu lepas saya ke Daerah Rembau menghadiri satu program bersama pelajar-pelajar Universiti Sains Malaysia (USIM) di Kg Ulu Cembong.
Petangnya 'putar-putar' di Pekan Rembau yang kecil itu. Singgah solat maghrib di Masjid Jamek Annur Rembau yang indah. Malam itu ada pasar malam yang meriah. Macam-macam ada. Saya tak berminat nak bersesak-sesak dalam pasar malam ketika hujan renyai-renyai pulak. Buat cemar kaki aje :).
Oleh kerana perut pun sudah terasa lapar saya singgah sahaja di sebuah kedai mamak berhampiran Medan Selera Pekan Rembau. Memesan roti canai kosong dan segelas air suam. Roti yang saya pesan dah lama sampai. Tapi air suam tidak sampai-sampai jugak. Senja itu saya hanya bayar roti canai sahaja.
Kata saya pada mamak kedai itu, "Awak punya roti sedap, tapi tak bagus ......air suam awak lambat siap dari kopi dan teh". Dia tidak minta maaf pun.
Saya tinggalkan kedai itu dengan rasa sebal. Malam itu kesebalan saya reda bila menikmati 'rebusan' dan teh o panas yang enak di Kg Ulu Cembong bersama penduduk kampung dan mahasiswa-mahasiswi USIM. Hujan masih lagi renyai.
Nota:
Rebusan : Masakan sup tulang.
9 comments:
salam pok li
rebusan tu memang sedap
teringgat arwah atok, kalau hari membantai
wajiblah ada rebusan tu.
sayangsayangibu
Hari Raya Korban dah dekat. Sekali lagi kita buat rebusan.
mantai kali ni den tak sompek nak tengok sobab den balik Pahang pagi tu.. selalu den tunggu jugak tengok di Pokan Baranang ni..
salam pok li,
selamat hari raya aidil adha..
salam pokli..Rembau daerah yang sgt unik..disinilah orang minangkabau bertapak kan????
Don Balun
Balik Rayo lepas solat raya. Selamat hari raya Qurban
Don Balun
Balik Rayo lepas solat raya. Selamat hari raya Qurban
ikan emas
Selamat Hari Raya Korban jugak.
sahromnasrudin
Di Daerah Rembau ini Datok dan nenek saya tinggal. Kg Kundor. tapi sekarang dah menjadi sejarah.
Post a Comment