Singgah di R&R Tapah untuk solat. Kemudian menikmati segelas teh tarik dan kacang rebus yang tak berapa lembut. Sebelum perjalanan pulang, meninjau sebaris dua kedai untuk membeli 'buah tangan' buat isteri yang ditinggalkan. Mungkin betul kata pepatah, 'Sayang isteri tinggal-tinggalkan. Kalau tidak kerana selalu 'keluar kawasan' jarang saya membeli. Maklum sahaja kami sudah tinggal berdua sahaja kini :).
6 comments:
sekurang kurang ada juga buah tangan kan..
macam sya, kalau enpakwe kerja luar harap juga dia bawak balik buah tangan
walau pun sya boleh beli sendiri, tp tak sama rasa gembiranya dapat buahtangan yang di beli oleh suami
sayangsayangibu
Petua rumah tangga bahagia ha ha hak
buah tangan itu adalah penghargaan yang cukup berkesan untuk istri kita kan, tuan...
Baru teringat...dah lama tak makan kacang rebus..Teringin la pulak.
sahromnasrudin
Betul. Maklumlah hidup bersama dah lama kenalah ada juga kejutan
Tirana
Kacang rebus sedap di perhentian Pedas- Linggi :)
Post a Comment