Kegilaan menulis itu terhenti secara tiba-tiba. Sedar-sedar sudah hampir penghujung tahun 2011. Mungkin kerana kejutan berpindah. Kehidupan sering tak terjangkakan. Mungkin itu takdirnya.
Kehidupan baru bermula lagi. Putaran itu semakin lama dirasai semakin ligat. Memahami semula selok tempat baru memakan masa. Secepatnya dalam tempoh tiga bulan. Kayu ukur selalunya diletakan dalam tempoh 100 hari. Samada kita berubah atau terus statik tanpa melakukan sesuatu.
Pertuturan pelat KL sudah lebur. Ia digantikan dengan bahasa negeri yang 'pokek'. 'Eden' dan 'Ese' sudah bersilih ganti mengantikan aku dan saya. Daging salai, gulai pisang, gulai petai dan segala macam masakan tradisional Negeri Sembilan sudah kembali dinikmati sepuas-puasnya. Perbendaharaan kata juga semakin bertambah.Kalau semalam berlaukan daging salai, hari ini makan gulai ayam campur 'kemabal'. Tahu ke apa itu 'kemabal'. Kemabal ialah nangka muda yang dipotong-potong dan dicampur ke dalam gulai masak lemak cili api ayam atau daging. Nikmatnya, emak mentua lalu kat belakang pun tak sedar.
Pokek = pekat/loghat Negeri Sembilan yang sejati.
6 comments:
pok li, tapi enpakwe sya sampai sekarang bunyi dia sangat kelakar bila berloghat negori ;p
sangat p0kek!
kasihibu
Saya suka pelat orang pilah.
sharamli
jangan pokai sudah
Ibarat sireh pulang ke gagang... semoga tahun 2012, semakin aktif menulis semula..
nohas
Insya Allah. Semoga diberi Allah memberi kesempatan ruang dan peluang
Post a Comment