
Walaupun dengan ‘kesabaran’ yang tinggal sedikit saya akhirnya berjaya juga keluar dengan ‘susah payah’. Saya anggap ‘puak-puak’ ini bukan sahaja lemah IQ tetapi juga EQ. Kalau nak beli barang atau berhenti sebentar ‘timbangkanlah’ persekitaran kita. Adakah kereta kita menghalang laluan orang lain atau adakah cara kita meletakkan kereta tidak memakan ruang sehingga kereta lain tidak boleh masuk di parking yang separuh kosong.
Bukan sahaja mengenai parking, tetapi juga ‘hal-hal lain’. Beberapa hari lepas saya telah menegur seorang pemandu wanita yang meletakkan kereta di laluan sempit di kawasan letak kereta bangunan pejabat di Seremban. “Puan telah menghalang laluan, …. puan telah menghalang laluan ya”. Dua kali saya lontarkan kata-kata itu dari cermin tingkap kereta saya yang terbuka. Ia menerima teguran saya dengan senyuman. Alhamdulillah.
Petangnya sekali lagi kereta saya disekat untuk keluar. Parking betul–betul di belakang bonet kereta saya. Berkali-kali hon kereta dibunyikan . Turun seorang wanita yang berurusan dengan sebuah pejabat kerajaan. Manis senyumannya. “Kenapa tak telepon….?. Saya tak melayannya, “Cepatlah puan, saya nak hadir mesyuarat”… . Dia masuk ke keretanya dan mengangkat sekeping kertas atas dashboard. Baru saya faham maksudnya. Tapi manalah saya nak belek kereta dia depan belakang, sedangkan waktu tu hujan lebat. Sekali lagi saya fikir kenapa menyusahkan…….. grrrrrrrh.
Nota:
IQ = Intelligence Quotient
EQ = Emotion Quotient
Nota:
IQ = Intelligence Quotient
EQ = Emotion Quotient