
Saya seperti tahun-tahun lalu, mengemaskini fail-fail dalam storan komputer. Mana yang tidak diperlukan lagi dihantar ke "Recyle Bin" sebelum di 'delete' sepenuhnya. 'Folder' foto disusun semula menggunakan perisian Picasa. Perisian yang telah saya gunakan sejak 2004 lagi. Ia dilengkapi dengan kemudahan suntingan dan e-mail bagi penghantaran foto secara pantas. Sepatah kata Indonesia., " Iya, saya kok senang sekali samanya".
Kemaskini folder foto ini menemukan saya kepada folder 'Yang Comel'. Apabila folder ini dibuka saya menemukan foto-foto 'kerani kesatuan' yang satu pejabat dengan kami. Foto ini telah diambil beberapa tahun sebelum saya pindah ke pejabat ini. Tidak ada yang menarik mengenai foto-foto tersebut kecuali seorang wanita berbadan 'bulat' yang tersenyum manis.
Oleh kerana dia seorang yang tekun bekerja, dan sering membelek rekod-rekod kesatuan, maka ruang untuk berinteraksi itu tidak kerap berlaku, kecuali sesekali menikmati bersama sarapan pagi di pantri. Beberapa bulan lepas dia telah membuat permohonan untuk menjadi rakan saya di facebook. Di facebook pun saya hanya sekadar melihat coretan-coretannya tanpa ada komen dan 'like'. Ia berlalu begitu sahaja. Sehingga pada pagi 20 November 2012 itu coretannya sedikit ada kelainan.........
Seperti biasa tiada juga komen dan 'like'. Petang Khamis itu kami pulang mengikut arah masing-masing. Cuma pada malamnya saya menerima sms pendek. " Alizah kemalangan, kini dimasukkan ke ICU HTJS".
Besoknya saya menunggu khabar. Tiada apa yang boleh dilakukan kecuali berdoa. Apa pun saya terpana catatannya di 'facebook' itu benar.... usia juga mengejar kematian .... begitu juga perpisahan .... datang tanpa diundang...
Sesungguhnya kematian itu adalah peringatan kepada mereka yang masih hidup. Terlebih benar lagi firman Allah, "Tiap-tiap diri akan merasai mati dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan" - Al-Anbiya' :35.
Al-Fatihah.
Nota:
HTJS : Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Al-Fatihah.
Nota:
HTJS : Hospital Tuanku Jaafar, Seremban