Cepat
sangat tahun ini berlalu. Baru sahaja rasanya melangkah. sudah pun sampai ke minggu
26. Umur pula sudah mencecah 53 tahun. Jika dinisbahkan dengan umur Rasulullah
SAW, hanya berbaki 10 tahun sahaja lagi. 10 tahun bukan lama. Pejam celik, maut
sudah sampai di halkum. Begitu berharganya masa. Begitu berharganya nyawa.
“Demi
masa, sesungguhnya manusia ini dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan
beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan
sabar” – Surah Al-Asr 103 : 1-3.
10
tahun sebelum di Putrajaya saya berada di Bukit Beruntung, 10 tahun sebelumnya, saya bertapak di Kuala Pilah. Anak-anak waktu
itu masih lagi kecil. Sebahagiannya masih tidur dalam buaian. Beberapa minggu
lepas saya telah kembali semula ke Kuala Pilah. Menerima undangan Cikgu
Yunus, jiran lama. Anakandanya Redzuan (Abot) sebaya
anak kedua kami telah pun menaiki jinjang pelamin.
Dua
puluh tahun ditinggalkan. Masih ada sisa-sisa nostalgia yang kejap tersemat.
Penghuninya yang dahulu muda-muda belaka sudah lanjut usia. Ada yang masih
kekal tinggal di kawasan perumahan ini, ada yang sudah berpindah termasuk saya.
Rosli, Ghani, Ustaz Ahmad, Abang Malik
dan hampir 10 insan lagi yang telah kembali ke rahmatullah. Mereka adalah
peneroka taman yang sama-sama menghuni pada tahun 1990. Sama-sama membentuk
Jawatankuasa penduduk dan surau, kumpulan berzanji dan badan khairat. Kami orang
muda yang jadi tenaga penggerak waktu itu ………………………
Kini
dalam usia tua saya masih lagi berkelana. Saya ibarat ikan seluang jauh melaut.
Mungkin dua tiga tahun lagi saya akan kembali ke muara Menetap di teratak kecil di Pekan Rantau, daerah
kelahiran yang telah membesarkan saya.
Ikan seluang jauh
melaut
Sampai muara hanyut
tenggelam
Kasih dan luka selalu
berparut
Kenangan lama tetap mencongkam
6 comments:
Salam pokli,
sey yang tabik orang minangkabau, rawo, pahang dan perak sebab pantunnyalah, nak cuba buat seiras pun tak jadi :)
perantau yang ingin pulang ke kampung :)
Dua tiga tahun tak lama lagi..jgn sampai enam, tujuh tahun..
Don Balon
Tak apa pelan-pelan. Saya lebih kagum dengan pantun orang Sarawak. Ha ha hak.
Mak Su
Sudah pulang cuma belum menetap.
Nohas
Inshaa Allah. Semoga saya tidak berubah fikiran. :0
Post a Comment