Kesabaran itu ada hikmahnya.
Pada hari saya bertolak ke Kota Kinabalu
saya dijamu sepuas-puasnya oleh Yahya
dan Anna rakan di Labuan menikmati kuih cakoi bersalut mentega dan kaya. Bukan
di Restoran Sabar Menanti tetapi di
restoran lain.
Walaubagaimanapun kenikmatan kuih cakoi itu sudah jauh merosot berbanding
dahulu. Mentega dan kaya tidak lagi
setebal seperti sepatutnya, ia disalut nipis dan dipotong kecil. Mungkin kerana
harga barang asas yang sudah naik atau pun peniaga cuba memaksimakan untung. Ada
kemungkinan juga pewaris perniagaan itu tidak benar-benar menguasai ‘resepi
asli’ makanan tersebut.
Mengekalkan rasa asli
sesuatu makanan amat penting. Ia sebagai kuasa ajaib untuk mengekalkan tarikan
pelanggan ke premis mereka. Pada tahun 1980 ketika mula-mula saya berkenalan
dengan Bandar Kuantan, gerai nombor 6 di tepi sungai Kuantan yang dikenali
sebagai ‘benteng’ itu menjual lychee
kang yang amat enak rasanya. Rasa asli
resepinya begitu mengujakan dengan tambahan buah prune dan telur puyuh. Dijual
pada harga RM1.60. Harga yang ‘boleh tahan’ juga pada masa itu.
Dua atau tiga tahun selepas
itu, bila berkunjung ke Kuantan sekali lagi saya bertandang ke gerai yang sama.
Memesan Lychee Kang yang ‘umpph’ ini. Amat
mengecewakan, beberapa bahan utama telah
dibuang daripada resepi aslinya. Buah
lychee, prune dan telur puyuh sudah
tiada lagi.
“Kenapa sudah kurang
bahannya bang?”
“Harga barang dah naik lah
dik… tak boleh nak buat macam dulu… tak boleh nak tampung ”
Nampaknya isu barang naik
ini telah berlaku secara berulang-ulang. Tiada noktahnya. Cuma saya melihat
perbezaan corak pemikiran antara peniaga
dahulu dan sekarang. Peniaga dahulu mungkin lebih peka terhadap nasib
pelanggannya. Mereka rela mengekalkan harga untuk membolehkan pelanggan
menikmati makanan yang sama walaupun mutu dan keperisaanya berkurangan. Berbanding
peniaga sekarang bukan sahaja menaikkan harga lebih mahal tetapi rasa
makanannya tidaklah sesedap mana.
Sudah tentu usia saya yang
melepasi separuh abad ini telah menikmati pelbagai jenis makanan dan masakan.
Ada jenis makanan yang sudah atau sukar ditemui lagi untuk dinikmati. Teh Haji
Hashim yang paling enak pernah saya minum tidak akan ditemui lagi. Kerana
resepi campuran tehnya berkubur bersama tuannya. Pada masa yang sama puluhan
resepi baru muncul dan dicipta. Tidak kurang juga resepi yang menjadi warisan
telah hilang tanpa ada penggantinya.
Namun begitu ayam goreng Kentucky
Fried Chicken (KFC) adalah contoh resepi warisan yang telah diniagakan secara
komersil. Ia diperkenalkan oleh Kolonel Harland David Sanders pada tahun 1930. Ayam goreng KFC hampir sahaja boleh dinikmati di mana-mana di seluruh dunia. Ada juga restoran makanan Malaysia yang meniru konsep franchise
tersebut tidak mencapai kejayaan. Antaranya ialah Restoran ‘Satay Ria’ yang
pernah dibuka sehingga ke London pada pertengahan
tahun 1980an.
Begitu pun saya telah
menikmati dua ketul ayam ‘crispy’, sekotak kentang goreng, teh ‘o’ panas secara
percuma di KFC Lapangan Terbang Labuan. Habuan daripada MAS untuk saya terus
‘sabar menanti’ kerana jadual penerbangan dari Labuan ke Kota Kinabalu ditunda dari
jam 7.40 petang kepada 10.30 malam. Adoyai…….
8 comments:
Kalau bertandang ke KK lagi, bolehlah mencuba cakoi bersalut mentega & kaya..
Yang dulu tak sama dgn yg sekarang..betul tu KFC OR je yg kekal asli..
nohas
Di KK menikmati seafood di kawasan Segarama. Ummph.
1. Beruntunglah mereka yg lahir lebih separuh abad tahu nikmat makanan sekarang tak sama dgn dulu.
2. Kini konon kempen turunkan harga barang utk tempoh 6 bulan. Boleh percaya ke? Cakap mudah tapi yg menjual akan rela hati dan sanggup ke?
3. KFC maintain resepi tapi kakak rasa dulu masa kakak sekolah harga jauh lebih murah dari sekarang..
Kakzakie
1.Ada juga makanan baru yang saya tak teringin nak makan kerana faktur keterujaan dah berkurangan. ha ha hak.
2. Boleh turun jika kerjasama pemborong dan peniaga tak ambil untung yang berlebihan. Ini mungkin lebih kepada social responsibility lah. Penguatkuasaan juga penting. Jika faktor ini seimbang harga barang lebih kompetetif seperti negara maju atau seperti jiran kita Singapura.
3.Harga tak boleh nak elak kenaikkannya. Boleh jadi jauh berbeza dah dengan zaman kita dahulu. Hadap je lah....
Assalamualaikum...
Salam ukhwah...singgah ziarah kesini...
BUNDA
Terima kasih kerana sudi bertandang.
saya rindu roti canai yg dimakan dizaman kanak2 dulu...roti canai yg bulat dan tebal dan tetap lembut hingga ke petang...yg buat roti canai tu,bila dia 'rasa' tepung gandum dgn tgnnya,dia dah tau roti canai akan menjadi atau tak..
sampai skrg..saya tak jumpa lagi roti canai mcm tu..
kamsiah
Benar ia hanya tinggal kenangan
Post a Comment