Boleh kata sudah beribu kali saya masuk kedai makan sejak kecil sehingga sudah tua ni. Macam-macam rasa. Ada yang saya datang dan datang lagi. Tak kurang yang saya taubat tidak akan masuk semula.
Isnin lepas saya ke Gelang Patah. Sebuah pekan kecil yang sudah bertukar menjadi bandar satelit. Kini sudah ada hotel empat bintang. Jaraknya lebih kurang 30 minit daripada Bandaraya JB.
Malam itu sebelum tidur kami berempat pusing-pusing di pekan kecil ini. Singgah di sebuah restoran di Taman Nusa Perintis. Restoren menjual masakan panas. Kelihatan ramai pelanggan yang duduk. Petua orang tua-tua, kalau ramai pelanggan maknanya makanannya sedap. Saya order mee goreng mamak dan segelas teh o.
Agak malang bagi kami yang baru tiba di Gelang Patah ini, ia bukan sahaja lambat tetapi apa yang kami pesan sudah jadi lain. Mee goreng mamak dah jadi mee goreng basah. Nasi Goreng kampung dah jadi Nasi Goreng Cina, Sup Ayam bertukar jadi Tomyam Ayam. Mungkin kalau restoren ini diberi nama semula, saya cadangkan namanya 'Restoren Bukan Nama Sebenar'.
10 comments:
Hehe.. Tulisan bukan nama sebenar ni yang saya tunggu-tunggukan...
Mohd.Fizal
Tk. Nanti episod seterusnya
Hahaha..setuju setuju...
ataupun 'restoran patah hati'
sha
Kata orang Terengganu, Tobat dok masuk doh
salam pok li..mesti itu yang pertama dan terakhir ke restoran itu kan huhuhuhuh
biasa lah...sy pun selalu kena macam tu...bila restoran ramai pelanggan...pesanan akan lambat sampai...salah...
jom ke APA KATA HATI pulak,
HOME MADE KUIH BAKAR
salaam Pok Li.
hehe... memang ada antara kedai makan yang telah di'blacklist' oleh saya dan isteri atas sebab2 begini lah.
shahromnasrudin
Kali pertama dan terakhir.
nabilah 2908
Yang tak sampai pun ada. Lepas tu marah-marah pulak. Katanya baru order sabarlah :(
Abu Aiman
Sepatutnya begitulah. Malang lagi sudahlah tak sedap, harganya pula cekik darah.
Post a Comment