Semalam saya telah menaip nama seorang rakan ketika sama-sama belajar 33 tahun dahulu di carian Facebook. Kerana namanya agak ganjil carian saya menjadi lebih mudah. Wajahnya tidak jauh berbeza ketika usianya masih muda.
Saya mencoretkan sedikit pertanyaan, adakah dia masih ingat lagi rakan-rakan lama yang tinggal di asrama dahulu. Jawapannya sama dengan jangkaan saya, sebahagian masih ingat, sebahagian lagi sudah luput dari ingatan. Mungkin perlu sedikit masa untuk mengingat kembali. Dia sudah berpindah dan bekerja di selatan tanah air melebihi 20 tahun. Tahun hadapan dia akan bersara. Cepatnya masa berlalu.
Kalau saya mencuba lagi, mungkin ada seorang dua kawan lama yang boleh ditemui. Mungkin juga dia kenal, mungkin juga tidak. Tahun lepas saya menemui rakan sekelas yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Putrajaya. Kalau bukan kerana namanya disebut saya mungkin tidak mengenalinya lagi. Dulu dia seorang gadis ayu yang menarik. Kini bukan tidak cantik, tapi mungkin tidak lagi menjadi pilihan saya. Ha ha hak.
12 comments:
Salam Pok li
gembira rasa bila dapat berjumpa kawan lama kan?
sayangsayangibu
Jumpa kawan lama. Cerita pun lama. Ha ha hak.
terlalu cepat rasanya masa berlalu..
2011 pun dah bulan feb..
Ada lagi tujuh tahun. Tak lama juga tu
hehe, bukan sekadar jumpa kawan lama di FB, cerita2 lama pun keluar balik..
ikan emas
Nampaknya yang lama menunggu hari gaji je. Ha ha hak
Abu Aiman
Cerita lama pun ok gak.
assalamualaikum pok li..
mesti pok li bersyukur tak kawen dgn dia kans hehehehee
shahromnasrudin
Ha ha hak.
salam kenal
salam kenal
arif
Selamat. Selamat
Post a Comment