Beberapa minggu lalu saya ke klinik kerajaan di Putrajaya. Jam baru 7.40 pagi tapi sudah ramai yang menunggu. Nombor dipanggil untuk pendaftaran, menunggu lagi di unit 'Triage'. Diberi nombor lagi sebelum berjumpa doktor.
Mungkin sudah terlalu ramai pesakit agaknya, sehingga daripada mula mendaftar sehingga mengambil ubat mengambil masa tiga jam. "Kalau nak cepat pergi klinik bayar lah bang". Perkataan itu datang dari lubuk hati saya.
Malamnya saya hantar isteri yang sakit bahagian belakang ke 'klinik bayar'. Tidak cepat juga. Sampai terlena saya di kerusi menunggu, isteri saya masih lagi belum dipanggil. Walaupun lama menunggu bayarannya tetap mahal jugak hu hu:(.
8 comments:
salam PokLi,
semoga suami isteri sihat walafiat..
jangan lupa makan ubat..
Perkhidmatan memang out kalau sepitey dengan klenek ni..
makin ke sakit kita jawaknya kuikui
Salam.. semoga Pok Li & isteri sihat walafiat..
Klinik kat Putrajaya kurang kot..demand more than supply..
ikan emas
Sejak lima tahun ni hari-hari makan ubat
Don Balon
Nak pergi bomoh macam kembali ke alam misteri pulak :)
nohas
Betul tu, penduduk Putrajaya dah melebihi 60,000. Mungkin satu dua kelinik yang ada tak mampu nak tampung
assalamualaikum pok li...
semoga sihat selalu dan dirahmati ALLAH SWT ya
sahromnasrudin
Amin.
Post a Comment