Semalam saya menikmati lagi durian kampung di Paya Lebar, Hulu Langat. Percuma. Salihai yang belanja. Salihai berbangsa Cina.
"Dia budak Pulau Ketam, kahwin dengan Yanti anak Orang Asli Sg Lalang". Penjelasan itu datangnya daripada Haji Esa Ibrahim Shah seorang pendakwah bebas.
" Saya mula berdakwah ni sejak saya bersara. Sudah 25 tahun dah... ".
Pak Haji Esa masih kuat. Ketika usianya 80 tahun ia masih lagi berulang dari kediamannya di Kemensah Height, Ulu Kelang, 40km ke kampung ini. Bermula dengan seorang penduduk kini sudah lahir 20 buah keluarga Orang Asli Islam.
Pak Haji Esa bersama rakan-rakannya juga membina surau An-Nur daripada pelbagai sumbangan dan dana simpanannya. Kini rakan-rakan seangkatannya sudah ramai yang uzur dan meninggal dunia. Tinggal Haji Esa dan isteri menjadi teman dalam usaha dakwahnya. Mencari keredhaan, bukan kerana nama.......
10 comments:
Hebat boss nulis...
Pokli..
Koi sangat hormat kepada orang-orang sebegini..
Moga Allah mengurniakan kekuatan kepada koi untuk turut menyumbang secara aktif kepada dakwah Islam..
Ameen...
salam pokli
sya teringgat bulan lepas berurusan dgn orang asli, balia tanya agama apa
jawapanya
dulu islam ,sekarang dah murtad
terkedu dgn jawapan tu
tp siapa yg patut bertanggungjawab tentang masalah begitu kan?
sy respek dgn ulama sebegini..benar-benar ikhlas dalam memperkembangkan dakwah islamiyyah kita
alhamdulillah , masih ramai yang mahu berbakti kepada agama Allah
Anonymous
Tak sehebat Haji Esa
Don Balon
Mudah-mudahan tuan diberi kekuatan ke arah jalan dakwah.
sayangsayangibu
Susah nak jawab. Kerana pendakwah kita tak kekal bersama mereka yang dilakukan oleh Haji Esa. Kita sering buat kerja secara 3T. Tebang, Tanam, Tinggal.
pB
Mudah-mudahan ramai lagi yang gigih macam Haji Esa.
sahromnasrudin
Mudah-mudahan lebih ramai yang berjiwa besar begini.
Post a Comment