
Semalam saya ke Jaya Jusco, Seremban 2, meluruskan pangkal lengan menghayun bola bowling. Boleh tahan juga, lepas juga 100 mata setiap frame. Sesekali bermain bowling boleh juga menghilangkan stress sambil bersorak-sorak macam 'remaja' kembali.
Sebelum bermain saya meninjau-ninjau juga permainan mesin di sebelah gelanggang bowling itu. Ramainya golongan remaja. Saya agak 'ralit' menyaksikan seorang budak berumur sekitar lima tahun yang memandu laju kereta dalam mesin permainannya. Begitu bersungguh-sungguh. Meliuk lintuk badannya menukar gear dan memutar streng 'kereta'. Ia memecut laju dengan kepantasan 230km/j, setiap kali melepasi garisan permulaan, 'times extended' akan terpapar. Bermula dengan nombor 30 dia berjaya menduduki tempat ke 12. Hebat.
Pada pengamatan saya, budak ini telah melepasi KPI permainan itu. Bukan sahaja kerana umurnya yang rendah, tetapi tahap kesukaran permainan itu di tahap paling sukar. Saya percaya jika semangat untuk menang perlumbaan itu diterapkan dalam kehidupan dewasanya pasti dia muncul juara. Kalau dia penulis blog mungkin juga mampu menulis tiga artikel sehari. Ha ha hak.