Hampir setiap kali pulang ke rumah, saya memilih untuk melalui Jalan Dato Hamzah melintasi Masjid Negeri, A&W sehingga di penghujung jalan simpang tiga akan terpempan dengan bangunan Seremban Parade. Di bawah jalan itu terdapat lembah bernama Taman Tasik Seremban. Taman ini menganjur panjang sehingga ke Hotel Royal Bintang di Jalan Taman Bunga.
Setiap petang ramai kaum Cina yang muda dan tua berlari-lari anak dan berjalan kaki di sekitar taman tersebut. Senaman dan aktiviti mengeluarkan peluh ini sudah menjadi budaya kehidupan mereka. Percayalah!, dimana-mana pun mereka tinggal mereka lebih unggul dalam menjaga kesihatan.
Agaknya benarlah tips penjual ubat yang mengatakan, kalau jual ubat kepada masyarakat Cina cukuplah dengan pujukan; " Apek aa kalau makan ini ubat aa, mesti badan sihat, umur panjang looo... . Pasti mereka beli.
Kalau jual ubat pada kaum India pula katakan begini; " Aya ini ubat bagus punya, Mahathir pun ada beli, Samy Vellu pun ada beli...... Agong pun makan jugak....". Pasti mereka tertarik untuk membeli kerana kaum India amat mementingkan status.
Kepada kaum Melayu cukuplah kalau katakan; "Bang ubat ni bagus bang. Kalau abang tak percaya, abang beli dulu.... petang ini abang makan dua biji. Malam nanti abang tengok...... puhhhh". Sambil jari telunjuk menegak ke atas macam simbol 1Malaysia tu. Tak perlulah saya terangkan maknanya. Kalau faham, baguslah. Kalau tak faham tak dapek den nak nolong eh doh.
8 comments:
Salam
Mendalam maksudnya tu..hehehe
Hana Faza
Orang Melayu memang hebat
salam,
orang kita bab tu mmg laju , he he he. tapi nak amal gaya hidup sihat, susah..
Abu Aiman
Memang Melayu memang hebat bab tu
sy suke beli baju kat seremban parade tue..org tak brp ramai...
di taman sya ni pun 5-6 orang uncle apek berjalan jaalan anak sebelum waktu subuh
kagum sya dn semangat mereka
sahromnasrudin
baru beli sehelai baju di seremban parade
kasihibu
Orang kita bukan kata nak berjalan-jalan begitu, nak sembahyang subuh pun sukar..
Post a Comment