Sejak kebelakangan ini saya sering mengundur-undur waktu untuk
pulang. Sehingga sering kali solat Maghrib berjamaah di Masjid Negeri. Masjid ini
menjadi kemegahan Bandar Seremban. Ia telah dibina pada tahun 1966,
bersebelahan Taman Tasik.
Bumbungnya dipengaruhi rekabentuk rumah Minangkabau. Terdapat
sembilan ruang dan anjung dibina melambangkan sejarah asal nama Negeri
Sembilan. Usia masjid ini juga sudah melepasi empat dekad. Dinding berhampiran
mimbar diukir dengan khat ayat-ayat suci Al-Quran. Masjid ini dilengkapi dengan
pejabat dan perpustakaan di tingkat bawah. Ruang solatnya di tingkat atas
selari dengan bibir bukit di sebelah belakang. Kipas angin sudah diganti dengan
penghawa dingin. Kesejukannya menikam tulang hitam. Apatah lagi jika musim hujan.
‘Mengelatuk’ den...
Usai solat sunat dan doa saya memandu perlahan menyusur keluar perkarangan
masjid ke bandar Seremban. Bandar Seremban yang lengang di waktu malam. Sebaik
sahaja melintasi bangunan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, sesusuk tubuh keluar dari
pinggir jalan. Melambai-lambai dan menahan kereta saya. Saya menurunkan cermin tingkap. Seorang
wanita berusia 40an, berkulit kuning langsat, tidak tinggi sangat lebih kurang
160 sm. Berpakaian kemas, berbaju kurung dengan bertudung labuh. ‘Awning’
tudungnya penuh dengan labuci dan manik. Dikesamaran itu saya masih mengecam dia
seorang wanita berketurunan Cina.
“Salam encik”
“Alaikummussalam “
“Boleh tolong ka?”
Pertuturan Melayunya tidak begitu fasih. Tapi masih boleh difahami.
“Saya mau balik Pot Likson, …….. Pot Likson..”
“Port Dickson”, celah saya, Ya, ya… Pot Likson, sambil menghulur
sekeping kad akuan mualaf dan Kad Pengenalan. Tertera namanya Siti Chin
Abdullah.
“Apa boleh tolong”. Wah!, saya juga sudah pelat Cina.
Ceritanya dia terlewat sampai ke Pejabat Baitul Mal. Akhirnya
terlepas menerima bantuan kewangan. Tersadai di Bandar Seremban kerana tiada
tambang pulang. Bla Bla Bla…… . Mukanya kelihatan cemas, air matanya hampir
menitik.
“Mintak maaf, …. malu mau mintak tolong”
“ Tak pa, tak pa, apa boleh tolong”
Selepas berbasa-basi, beberapa keping not berwarna merah bertukar
tangan. Malam itu saya telah melakukan apa yang termampu sebagai seorang
insan. Kemudian menghantarnya sehingga
ke perhentian teksi.
“Telima kasih, telima kasih… suaranya berbaur serak.
Babak 2
Selang sehari selepas itu, saya singgah lagi solat di Masjid Negeri.
Usai solat dan berdoa, saya memandu keluar dari perkarangan masjid menghala
pulang ke Putrajaya. Waktu yang hampir sama, jalan yang sama, seorang wanita
….. ya juga sama … Siti Chin melambai-lambai
dari tepi jalan.
Saya memberhentikan kereta dan menurunkan cermin tingkap.
“Kenapa ?”
“Oh encik ka?”
“ Encik boleh tolong lagi ka?”. Saya terdiam.
“Tak apa, kalau encik tak boleh tolong”, katanya sambil mengundur kembali ke seberang
jalan.
“ Oh, Siti….. bukan saya tak boleh tolong , ….. saya tak percaya
awak lagi”.
Manusia boleh jual agama, manusia juga boleh jual maruah kerana
sedikit kesenangan dunia. Mudahan-mudahan dia mendapat petunjuk sebagaimana Allah
memberi dia petunjuk memeluk agama yang suci ini. Satu sahaja yang saya amat percaya kepada Siti Chin, dia memang handal berlakon…...
5 comments:
Salam Pokli..
Serba salah bila macam ni..
takut2 cerita dia betul..
takut2 cerita dia salah..
di beranang baru ni pun ada, bangla nak balik melaka..
poning den..
zaman sekarang macam-macam ada
perkaro biaso di Kolumpo : Herman Hamid
Waghih,
mohon manyambuong kasih sapanjang alam, yo. blog waghih alah singgah di bloglist kami. hehehehe
Ex-SMDKP Facebookers BnG
manalah pokli ni menyepi pulak?sya dah lama tak bw ni bila mood sedang rajin tiba tiba sunyi di sini
Post a Comment