Nov 23, 2010

Ajaibnya Kepantasan.

Entri saya pada bulan ini lebih banyak berkisar mengenai kedai makan. Dari Rembau sehingga ke Gelang Patah. Hampir semuanya sama. Lembap dan lambat. Kecuali kebanyakkan kedai mamak yang begitu pantas sekali layanannya. Belum sempat berfikir nak makan apa, pelayannya sudah ada di tepi meja dengan sebatang pensil dan sehelai kertas.

Ahad lepas ketika pulang dari Kuala Lumpur ke Putrajaya kami menyimpang ke Bandar Baru Bangi menjamu selera. Berjalan kaki dalam bangunan Mid Valley hampir dua jam telah berjaya melelah dan melaparkan kami. Singgah di sebuah restoran yang agak tersorok. 500 meter dari jalan besar. Memasuki kawasan restoran ini sahaja sudah membuka selera kami. Kawasan 'parkir'nya luas boleh memuatkan antara 50 buah ke 80 buah kereta. Pelanggannya ramai. Lanskapnya juga menarik. Ada air terjun lagi dengan sekumpulan ikan kap dalam kolam yang sederhana besar.

Seingat saya inilah restoran Melayu yang begitu pantas melayan pelanggan. Dalam tempoh kurang 10 minit, semua hidangan yang dipesan telah sampai. Saya percaya kenapa faktor ini telah membantu restoran ini mendapat pelanggan dari jauh dan dekat. Pendekatan perkhidmatannya hampir menyamai kedai mamak. Pekerja yang ramai, tukang masak juga ramai, ada screen besar. Mungkin yang belum ada ialah wifi.

Ramai yang bersetuju kalau saya katakan kepantasan itu satu ukuran pencapaian dan kejayaan. Semua kerja harus pantas. Jalanraya sudah digantikan dengan lebuhraya. Walaupun kita ada pos laju tetapi kita lebih memilih e-mail atau sms sebagai jalan pintas. Sudah juga tercipta rekod di Cina, bangunan hotel lima belas tingkat di siapkan dalam masa dua hari (video).

Kerana itu agaknya, apabila ada yang dihantar latihan 'survival' ke kampung pendalaman. Ada yang 'stress' dan 'sasau''. Maklum sahaja kehidupan pantas telah bertukar menjadi perlahan. Kehidupan kembali kepada cara lama. Masak air dan makanan terpaksa menggunakan kayu api. Mandi kena pergi ke sungai. Malamnya terkial-kial memasang api pelita dan kelambu. Perhubungan terputus, tiada lagi sms dan talian internet.

Saya tetap suka sekali sekala hidup 'lambat' seperti itu. Kerana saya pernah melaluinya. Tetapi bukan untuk selama-lamanya :)

9 comments:

en_me said...

sonoknyerr balik kampung kanns.. ehehe

sahromnasrudin said...

salam..kiter telah diajar untuk bergerak pantas sehingga kualiti diabaikan..kelulusan harus diberi dalam masa yang telah ditetapkan sehingga penelitiannya terus terabai...

Unknown said...

servis yang pantas mmg orang suke....


tp lambat di pendalaman satu pengalaman yang xkan dilupakan....ada baik jugak kalo semua mat rempit di hantar ke kg orang asli dan belajar cara org asli nak hidup camne...

Pok Li said...

en_me
Saya dah lama balik ke Selatan en_me ooi.

Pok Li said...

sahromnasrudin
Kita sekarang mengejar masa. Baik dijalanraya sehingga ke dalam dunia kerja dan kehidupan. Akhirnya kita selalu kelelahan :)

ikan emas said...

kepantasan membuatkan kita cepat semput ....bab makan pun nak cepat segera dan pantas...tidor pun masih mimpi ..tu yg banyak sakit jantung, darah tinggi bagaiiii..usia nak diambil takder signal pun !

Pok Li said...

ikan emas
Makanan segera punca penambahan kolesterol. Suka makan ulam he he he

sha said...

Kepantasan memberi perkhidmatan juga satu elemen yg penting dlm perniagaan..

Pok Li said...

sha
Bersetuju. Dalam perniagaan dan juga perkhidmatan. Orang tak suka menunggu.