Nov 6, 2010

Jagung Rebus, Jagung Manis

Petang semalam sewaktu balik dari Gua Musang saya singgah di Cameron Highland beli jagung RM10.00 tujuh tongkol. Saya beli lagi jagung yang sudah siap direbus empat tongkol, Rm3.00 setongkol, kongsi makan dengan rakan-rakan dalam kereta. Manis dan lazat, tapi mahal lah pulak.

Minggu sebelum itu saya tidur di Cameron Highland. Petangnya saya berjalan-jalan di pasar malam yang sentiasa ramai orang. Beli jagung rebus di gerai sepasang anak muda. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mungkin adik beradik. Tapi iras mereka tak sama. Mungkin juga rakan kongsi niaga. Harga secawan baru RM2.50. Sedap dan berpatutan. Malam esoknya saya cari lagi gerai 'jagung mutiara' itu. Gerai itu tidak dibuka pula. :(

Hari ini saya rebus jagung yang saya beli. Walaupun rasanya tak sesedap jagung rebus dan jagung manis dicampur 'mentega' dan 'mayonnaise' itu. Tapi habis juga tiga tongkol saya kerjakan. :)

11 comments:

sahromnasrudin said...

salam pok li..lama tak pi cameron ..mesti jalannya dh ok cikit kan???

Pok Li said...

Sekarang dah banyak jalan ke Cameron. dari Tapah ikut jalan lama atau simpang pulai. Dari Gua musang juga atau dari Raub ke Betau dan melintasi Ringlet.

Abu Aiman said...

salaam pok li,
peminat jagung rupanya ya...

nohas said...

Jagung + mayo, wah bertambah-tambah lemaknya..

al-lavendari said...

janganlah sampai tongkol-tongkolnya sekali awak kerjakan !

Don Balon said...

belenjer air liur koi weh..kuikui

Pok Li said...

Abu Aiman
Saya suka jagung. Jagung dulu agak keras bandinmg sekarang yang dah semakin lembut. Teknologi pertanian yang semakin maju.

Pok Li said...

nohas
Sekarang macam-macam dia orang tambah perisa. Tu penyakit pun macam-macam tu

Pok Li said...

al-lavendri
Nasib tongkolnya keras. Kalau tidak ....

Pok Li said...

Don Balon
Mai le pekena sekali. Musim cuti sekolah ni kalau ada masa saya nak pergi lagi

bungacahaya said...

Jagung mmg favorite saya Pok Li. Asal pasar malam musti beli jagung rebus. ALangkah bestnya kalau saya dekat cameron.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails