Jun 5, 2009

Cerita Dari Tasik Timah Tasoh


Pertama kali menjejak kaki di Tasoh Lake Resort & Retreat, memang mengasyikkan. Padang hijaunya melandai sepanjang tasik, melengkung luas berlatarkan Bukit Cabang dan Banjaran Nakawan yang bersempadan dengan negara Thailand. Terdapat beberapa buah blok bangunan pangsapuri, chalet dan tapak perkhemahan yang dipenuhi dengan pokok durian. Tidak ramai yang mengetahui di dasar tasik itu dahulu pertemuan dua sungai, Sungai Tasoh dan Sungai Timah. Air sungai ini kemudian diempang sehingga terbentuknya tasik buatan. Di dasar tasik ini juga sebuah kampung bernama kampung Tasoh turut tenggelam bersama masjid, rumah, sekolah dan tanah perkuburan. Kampung ini telah menjadi nostalgia yang semakin ’hilang’. Penduduk kampung itu telah berkorban untuk sebuah ’jasa’, Tasik Timah Tasoh telah menjadi ’gudang’ air kepada Negeri Perlis.

Pengorbanan berlaku dalam dimensi yang pelbagai dan berbeza. Masih banyak perkara yang tidak kita ketahui. Ilmu manusia ini ibarat setitis air laut yang terjatuh dari paruh burung. Saya telah datang ke Tasik Timah Tasoh ini bersama rakan-rakan dari Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Perlis untuk bertugas di perkhemahan pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh negeri Perlis. Petang itu di slot jati diri, tayangan dokumentari pendek mengenai kehidupan burung penguin menginsafkan saya. Bila tiba musim bertelur, ribuan pasangan penguin berkumpul di satu kawasan berhampiran laut. Selesai sahaja penguin betina bertelur ia akan menyerahkan ’amanah’ menjaga telur itu kepada penguin jantan. Penguin betina kemudian menyelam semula ke dasar laut untuk mencari makanan. Tinggallah sekumpulan besar penguin jantan ini menjaga amanah itu. Telur itu sentiasa berada di atas kaki dan dibawah perut mereka, kalau terjatuh, dalam beberapa saat sahaja telur itu akan membeku dibawah suhu yang kerap kali jatuh sehingga -15C◦. Mereka terus bertahan tanpa makan dan minum selama empat bulan. Kalau ada pun mungkin memakan sedikit makanan yang terdapat dalam ’kantung’ khusus untuk bekalan anaknya yang menetas nanti. Begitulah besarnya pengorbanan penguin jantan mengeramkan telur dalam suasana kepayahan dan cuaca sejuk. Maha Kaya Allah yang telah menciptakan kejadian alam ini dengan susunan yang teratur. Pengorbanan mereka lebih hebat dari manusia yang hanya pandai ’bercengkarama’ tetapi membuang keturunan mereka di lubang tandas dan tong sampah.

18 comments:

zino said...

menarik cerita tu.. tapi ada segelintir manusia tidak berfikir sedemikian..

Abu Aiman said...

Salam Pok Li,
Di sini haritu ditayangkan dokumentari pasal kampung yang ditenggelamkan utk projek empangan. Penyelam melawat 'kampung' di bawah dasar laut.

Banyak pengajarannya bila kita lihat makhluk2 Allah yang lain kan...

nohas said...

burung penguin sgt comel, tak sangka pengorbanan & kerjasama mereka sgt tinggi..suka tengok kartun pingu..

Unknown said...

Salam Pok Li,

Apa khabar...harap sihat sekeluarga.

Mungkin segelintir manusia begitu, tapi rasa ramai juga yang sayang anak..cuma yang segelintir tu biasanya dapat publisiti meluas.

Don Balon said...

Sangat-sangat menarik pokli..
Saya Insya-Allah akan melintasi terengganu 9 hb 6 atau 10 hb 6 nanti..
kalau pokli ada di sana mohon sms kepada saya..
sifr wahid tis'ah - sittah isnani wahid khamsah arba'ah wahid tis'ah..
Syukran jazilan ya akhie..

etomyam said...

Bagus sekali cerita Pok Li mengenai komitmen penguin jantan..tidak seperti jantan-jantan di kalangan manusia yang hanya tau sedap jer..hehe

Unknown said...

Teruja pula mahu ke tasik itu!

zara said...

Di penghujung cerita benar-benar bagus ditujukan kepada insan-insan yang mementingkan keseronokan tanpa memikirkan tanggungjawab.

Semoga kisah si penguin menjadi teladan kepada kita semua.

budak kecik said...

salam buat pok li:

lumrah manusia pok li,dikurniakan akal,tapi tak digunakan utk berfikir..kadang2x,haiwan yg hanya berotak itu,dilihat lebih baik dari manusia..hehe..=)

Pok Li said...

Zino
Semoga kita tergolong dalam manusia yang berfikir

AzD
Saya suka menonton dokumentari, tak kira cerita apa, manusia, binatang, bangunan dll.

Kita sepatutnya belajar dari alam seperti kata perbilangan negeri sembilan, penakik si pisau raut,ambil galah batang lintabung,seludang jadikan nyiru; setitik jadikan laut,sekepal jadikan gunung, alam terkembang jadikan guru.

nohas
Saya juga suka tengok kartun dan membaca buku kartun. Walau pun saya sudah tidak budak lagi

Saudara Razali
Saya sekeluarga alhamdulillah. Semoga tuan juga begitu. Lama saya tak menjengok blog tuan. Manusia begitulah yang membawa lumpur mungkin seekor dua tetapi habis terpalit semuanya.

Don Balon
Terima kasih kerana singgah di Terengganu dan sudi pula berjumpa saya.Insya Allah kalau tiada aral melintang kita akan berjumpa. Saya akan hubungi tuan pada tarikh-tarikh jangkaan tuan sampai disini. Selamat dalam perjalanan dan menjejak waris.

etomyam
Mereka lebih sebenarnya jantan dari manusia. He he he

Anuar Manshor
Sesuai kalau tuan hendak berkarya. Disini juga boleh berkayak. Kalau minat menangkap ikan boleh juga memasang jaring. Kalau tidak mahu tidur di chalet, ok juga kalau sesekali tidur dibawah khemah.

Zara
Betul. Betul.Betul.

budak kecil
Begitulah unik ciptaan Allah. Manusia diberi akal fikiran tetapi ada ketika seperti tidak berotak. Binatang pula yang hanya ada otak, tetapi bertindak semacam ada akal .

Brahim Nyior said...

Sungguh Pokli.

Allah mengurniakan akal kepada makhluk bernama manusia, tapi ada segelintir daripadanya mudah membunuh bayi kecil tidak berdosa, dek malu kerana membusung tanpa nikah.

Penguin pun tahu jaga survival keturunannya. Dia tidak berakal, tapi Allah beri ia naluri untuk memastikan zuriatnya terpelihara.

akuduniaku said...

salam to Pok Li

lamer ta dengor kabo yer..

salam berakal mungkin..ha3x

salam kembali

Pok Li said...

Brahimnyior
Begitulah ceritanya

Aiman
Lama juga tak menjengok blog saudara.

en_me said...

ghiteww erk.. salamm pokli

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

pok li...

kat situ ada kem timah tasoh kan??

kat situ la saya berkawad masa sy sekolah kat perlis dulu...

pernah jalani ujian kenaikan pangkat KRS kat c2 dan terpaksa meredah pokok-pokok getah kat sn sbb nk cari check point...

tasik dia memang luas dan saujana indah mata memandang...

Pok Li said...

en_me
salam kembali

gadis separa bandar
mungkin sekarang kem itu sudah bertukar kem plkn. Tasik itu memang luas dan banyak kem dan tempat perkhemahan

lidey lim said...

sy teringin nak selam ke dasar tasik tu... huhu

lidey lim said...

sy teringin nak selam ke dasar tasik tu... huhu