Cerita ini telah dipetik dari koleksi cerita sahabat saya ketika bersama-sama bertugas di Perlis tempoh hari. Banyak cerita-ceritanya menarik dan boleh dijadikan teladan dan sempadan. ”Minta maaflah Tuan Jamaluddin, kerana mengabadikan cerita ini dalam blog ’Biso Bonar’.”
Ceriteranya, pada satu hari seorang posmen telah pun selesai menyerahkan semua surat-surat kepada pemiliknya, kecuali sepucuk surat yang membuatkan dia merasa ’bengong’. Surat itu telah ditujukan kepada Tuhan Yang Maha Agong, beralamat, Jalan Syurga, Langit Ketujuh, Alam Semesta. Oleh kerana tidak menemui ’cara’ untuk menyampaikannya, posmen ini telah membuka surat itu dan membaca isi kandungannya. Tersentuhlah perasaannya kerana isi surat itu penuh ratapan dan pengaduan kepada Tuhan tentang kesusahan dan kesengsaraan hidupnya. Surat itu telah dikirim oleh seorang ibu tua yang memohon agar Tuhan meringankan beban hidup mereka sekeluarga dengan memberikan wang RM 500.00 sahaja.
Kerana terharu dengan isi surat yang begitu tulus dan mulus, dia telah berpakat dengan rakan-rakan posmen yang lain untuk menderma. Akhirnya selepas beberapa hari bersusah payah mengumpulkan derma, terkumpullah wang sejumlah RM 450.00. Walaupun tidak mencukupi, posmen tadi sudah berpuashati, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawab selaku insan yang prihatin kepada kesusahan orang lain..
Tamat sahaja tugasnya pada hari itu dia telah bergegas pergi ke rumah perempuan tua itu. Berseri-serilah muka ibu tua itu apabila si posmen mengatakan bahawa suratnya telah dibalas. Oleh kerana terlalu gembira dia telah membuka surat itu di hadapan posmen dan mengira jumlah wang yang dia peroleh. Tanpa mengucapkan terima kasih ibu tua ini kembali masuk ke dalam rumah dan muncul semula dengan sebatang kayu api dan terus sahaja memukul posmen yang baik hati tadi.
Posmen yang masih ’bengong’ dan kesakitan itu terus bertanya, ”kenapa ibu pukul saya, sedangkan saya tidak bersalah”. Balas ibu tua itu, ”jangan kau berpura-pura baik, aku minta kepada Tuhanku sebanyak RM 500.00 tapi yang ada hanya RM 450.00, tentulah kau dah sunglap selebihnya.....”
Moral daripada cerita ini belum tentu niat baik akan dipandang baik. Keduanya jangan cuba-cuba mengambil alih kerja Tuhan.

10 comments:
Cerita bonar ke ni? Kesian posmen yg baik hati tu, madu yg diberi, tuba yg dibalas..
hehe, tak bersyukur punya makcik!
Begitulah kekdang keikhlasan dan sikap menolong kita pun boleh menimbulkan persepsi negatif kpd org lain.Mereka tak senang dgn kebahgian kita.Mula lah syak wasangka dan hasad dengki.
Akhir cerita jgn jadikan makchik sebagai idola..usah kita jemu utk menjadi sperti posmen berkenaan.
Pokoknya apa shj yg kita buat biarlah kerana Allah swt.
(.....maaf PokLi,ceramah sikit)
hehe..lumrah manusia,taidak pernah bersyukur dgn apa yg didapatkan..hehe..lawak la pulok,cite ni..hehe..=)
hehehe..pandai pulak makcik tu tulis surat pada Tuhan..
Serupa gak dengan kes minta derma tapi kena bayar RM5.00 untuk satu bookmark. Dah kata derma... suka hati oranglah nak beri berapa... tapi mintak pulak jumlah tertentu. hehehe... derma zaman moden.
to Pok Li
rasanyer maseh mlom terlambat na ucap tahniah! =)
posmen yg x amanah.. bad posmen bad.. salamm pokli teww.. chantekk balasan pantun pokli teww
buat baik pun kadang2 blom tentu dibalas baik...hehehe
nohas
Ini hanya cerita rekaan. Tapi ada pengajarannya
AzD
Kadang-kadang manusia memang begitu
ikan emas
Yang baik buat teladan yang jahat buat sempadan
budak kecik
sebenarnya ini cerita lawak, tapi tak tahu le kalau baca jadi sedih pulak, haha
Tirana
Jika dah terdesak kadang-kadang perlakuan manusia diluar batasan kotak fikiran
zara
Cari makan ma
Aiman
Terima kasih
en_me
Betul ke en_me. Ini mesti tak habis baca ni ha haha
Faryn
Dunia..dunia...dunia
Post a Comment