Sudah 23 tahun saya bergelar Abah. Abah kepada lima orang anak. Tiga lelaki dan dua perempuan. Abah yang sinonim juga dengan panggilan babah, papa, ayah, daddy, dan yang sewaktu dengannya. Pantasnya masa berlalu, hampir sahaja saya tidak mengingati zaman kecil mereka. Bagaikan sekelip mata mereka telah membesar dan kami tidak lagi tinggal sebumbung. Pertemuan kami pun sudah jarang-jarang, mungkin hanya dua bulan sekali ataupun ketika musim cuti belajar. Rumah kami seperti rumah persinggahan. Sebulan dua di rumah mereka sudah pergi kembali ke kolej dan ke universiti. Antara mereka juga sudah jarang berjumpa. Lima orang anak yang berderet-deret dan ramai dahulu terasa kecil jumlahnya. Mereka sudah menginjak usia dewasa sekarang. Benar kata arwah Abah yang ada 15 orang adik beradik, ”Bila sudah tua ni Li, abah rasa macam tak ada adik beradik”. Maklum sahaja sebahagian besar adik-beradiknya telah keluar merantau. Ada yang menetap di Rasah, Sendayan, Ampangan, Kuala Lumpur dan Singapura.
Pertama kali membahasakan diri sebagai abah bersempena kelahiran anak sulung, terasa agak kekok. Tapi lama kelamaan ia menjadi fasih dan biasa. Gelaran itu disandang ketika usia saya hampir mencecah 27 tahun. Anak sulung saya dinamakan Muhammad Amir Sadiq. Kemaruknya seorang ‘bapa’ yang ingin menamakan anaknya dengan nama dan makna yang baik-baik akhirnya terlebih panjang. Setiap kali saya mengisi borang dan menulis buku latihannya, seringkali juga tidak mencukupi ruang apabila dicampur dengan nama ‘abahnya’. Mungkin kerana itu saya hanya menamakan anak kedua hingga kelima dengan nama yang lebih pendek. Kurang letih sedikit menulis.
Mendapat gelaran ‘abah’ juga bukan tiada ranjaunya. Benih kami yang pertama gugur ketika janin sudah mencecah empat bulan. Airmata isteri mengalir setiap kali saya datang melawatnya di Hospital Pulau Pinang. Impian kami untuk menimang cahaya mata pertama sudah berkecai, apatah lagi mendengar ’cakap-cakap’ orang ‘gugur kali pertama, sukar untuk mengandung lagi’. Jahat sungguh mulut mereka. Apa pun kalau sudah takdir dan rezeki, tak ke mana. Tak sampai setahun isteri saya mengandung lagi. Seingat saya inilah kandungan yang dijaga paling rapi sekali. Setiap detik kami menantikannya dengan penuh debaran dan pasrah. Setiap detik adalah masa-masa kritikal, ’trauma’ keguguran itu tidak mudah hilang, sehinggalah kandungan itu berusia lima bulan. Alhamdullilah, penat lelah ’menjaga’ itu berbaloi, lima jam dalam ’labour room’, bayi 3.5 kilogram itu lahir dengan di ’forcep’, penantian sembilan bulan 10 hari itu sudah berakhir dengan jayanya. :)
p/s Terima kasih juga buat pengunjung Blog Biso Bonar yang sudi mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada saya. Tidak terlewat juga untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada insan dan pengunjung yang bergelar bapa. Terima kasih juga buat Angah dan Alang yang hadiahkan abah ’talipinggang’. Perut abah masih ’maintain’ lagilah he he he .
13 comments:
Selamat Hari Bapa kepada Pok Li dan untuk bapa di seluruh dunia. Rasanya belum terlewat lagi untuk memberi ucapan tersebut. Semoga anda sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang ahli keluarga anda. Amin.
hehehe..
salam hari bapa..dah lewat gak baru dapat layan ni..abah kata hari bapa kena masak..jadinyer, pepagi tu dia yang masak...jarang sangat nak tengok dia buat sarapan..hehe
Selamat hari bapa untuk Pok Li...Wahhh..dapat hadiah tali pinggang. Semoga akan terus menjadi abah yang baik dan bermotivasi..
Gitulah masa, berlalu dengan pantas. Selamat meneruskan kewajipan sebagai seorang abah.
Pok li, apa rahsia nak maintain saiz talipinggang yer? hehe..
salamm n tahniah pokli.. kasih ibu membawa kesyurga, kasih abah takdok tolok bandingnyerr .. kannns
PokLi, tau nape anak-anak tu hadiah tali pinggang?..agaknya nak bangkitkan semula memori PokLi melibas mereka dgn tali pinggang kot....
Tau, PoKLi bukan abah macam tu kan..kan..
tak terlewat juga untuk wa ucap selamat hari bapa kepada pok li..
wa dapat rasakan yang pok li ni pasti abah yang baik untuk anak2 pokli...
semoga pokli sentiasa diberkati Allah...
Selamat Hari bapa buat Pok li.
Masa Khemah Kerja ari tu, memang terserlah sifat kebapaan pok li dalam kegarangan yang ditunjukkan pada anak-anak tersebut...
selamat hari abah pokli.. :)
inilah nikmat dan manisnya bila anak-anak menghargai gelaran bapa itu.
sedih la plak bace entry nih. klu nk tau, sy panggil ayah sy abah jugak. tapi telah diterengganukan, jd aboh. hehhe... Selamat Hari Bapa jugak. moga jd ayah terbaik!
Tak lama lagi jadi status bapa mertua le pulak..Selamat Hari Bapa
zara
Terima kasih kerana doa.
fahana_ann
Dulu saya juga rajin masak pada hari-hari cuti dan semasa anak-anak masih kecil. Lama dah tak masak... takut skill pun dah hilang ha ha ha.
Tirana
Terima kasih. Insya Allah
AzD
Terima kasih. Maintain. Mungkin genetik keluarga yang memang tak boroi. Tapi saya selalu makan sedikit.
en_me
Ibu lebih besar pengorbanannya..... setuju sangat.
Ikan emas
Masa kecil, mereka saya pukul dengan talipinggang kain sahaja. Tak sakit kan, hanya sebagai satu hukuman.
Wanita itu
Insya Allah. Anak-anak saya kini adalah rakan-rakan saya.
adniel achan
Garang ke saya hari tu. Ha ha ha
Don Balon
Terima kasih dan selamat Hari Bapa juga
Qdetactive
Semoga ia berkekalan. Terima kasih.
Farah
Terima kasih le farah. Aboh ke pok ke ayoh ke, pa ke, dia tetap insan istimewa.
nohas
Bapak Mertua ? Insya Allah
Post a Comment