Jun 26, 2009

Hitam dan Putih



Michael Jackson telah pun meninggal dunia. Dunia sudah kehilangan seorang penghibur yang hebat. Saya tak nak ulas berjela. Cuma saya terfikir keunikan manusia ini. Dunia melihat anak seni berkulit gelap ini ‘bertukar’ warna, hidung peseknya turut mengecil dan semakin mancung. Dia ‘mengorbankan’ kulit hitam dan bertukar kepada kulit putih kerana menginginkan sanjungan dari peminatnya di kalangan orang kulit putih. Tentulah jauh berbeza dengan Nelson Mandela yang terus ‘berkulit hitam’ dan ‘mengorbankan’ kebebasannya selama 27 tahun dengan perjuangannya bersama rakyat Afrika Selatan menentang dasar apartheid.

Perjuangan mereka berbeza untuk mencari kesaksamaan. Tetapi tentulah mereka yang memliki jati diri lebih dihargai.

p/s Saya bersyukur dengan warna kulit saya yang sawo matang ni


10 comments:

AMMOSHAM said...

salam boss. saya nak tanya dia orang Islam ke tidak. sebab dulu kecoh katanya masuk islam. kalau Islam boleh hadiahkan Al-Fatihah untuk dia...

zino said...

nama islam dia makail..

al fatihah...

zara said...

Setelah Raja Pop Michael Jackson meninggalkan bagaimana keadaan ketiga-tiga orang anaknya ya?

Semoga Michael Joseph Jackson, Jr., Paris Michael Katherine Jackson dan Prince Michael Jackson II, tabah menghadapi ujian hidup yang mendatang.

Anak-anak Micheal Jackson ni, masuk Islam ke?

Tirana said...

Setiap yang hidup akan mati... Habis cerita dia di dunia..sambung di alam kubur pulak..tapi dah tentulah di kubur tak glamor macam di dunia..

Brahimnyior said...

Harimau mati tinggalkan belang,manusia mati tinggalkan nama.

MJ, lagu-lagunya mengingatkan saya ketika remaja. Saya membesar dengan lagu-lagunya yang rancak dan bertenaga.

Identitinya berspek hitam besar dan ekor rambut terjuntai di dahi, menjadi ikutan remaja zaman saya dulu.

qdetactive said...

kehilangannya dirasai dunia

david santos said...

Thanks, my friend!
Michael Jackson is forever a great name.
The World is sad!
Terima kasih.

David Santos - Portugal

Razali Razman said...

Salam Pok Li,

Mungkin pada dia perubahan itu penting...tapi bagi saya masa di hitam lagi hansom daripada masa dia putih.

Patutnya dia ikut nasihat dalam lagunya sendiri "It don't matter if you're black or white'.

Tapi kita semua ada kelemahan...mungkin itu kelemahan dia. Kalaulah dia tahu peminatnya tak kisah sama ada dia black or white...

Al Fatihah

en_me said...

salamm pokli ittewww..

akuduniaku said...

salam to Pok Li

lama betul man ta bejalan jalan melawat blog2x org...ha3x bz plak rasernya..

paperpon,

tahniah sb masey maintain ha3x
berbloging,
dan jumpa lae..

salam kembali =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails