Oct 11, 2010

"Saya tak boleh berhenti"

Beberapa minggu lalu saya ke Kuantan. Menghadiri perkahwinan anak rakan di Indera Mahkota. Perjalanan pagi itu tenang aje. Memandu dengan kelajuan 100 kmj. Memandu sederhana laju lebih banyak faedahnya. Penat dah........asyik kena saman ekor aje.

Tiga jam setengah baru sampai di Kuantan dari Putrajaya. Selepas makan, saya bersembang dengan 'abang' di sebelah saya. Nak balik awal pun, letih lagi. Dia mengeluarkan sebatang rokok.

"Minta maaf saya nak merokok"
"Tak apa", kata saya. "Dulu saya pun merokok juga tapi dah berhenti"
"Oh ya ke". Saya tak boleh berhenti". "Dulu saya dah berhenti... lama juga 10 tahun, tapi saya jadi semput, nak melangkah pun tak berdaya. Akhirnya doktor suruh saya merokok balik." Sekarang saya dah tak ada hal, setakat nak meracun kebun, empat tong pam racun tu boleh saja".

Umurnya sudah 65 tahun, tinggal di Rancangan Felda di Kota Tinggi. Mungkin dia hanya seorang daripada 1 juta yang bernasib baik kerana rokok boleh 'menyembuhkannya' semula. Apa pun saya bersyukur kerana tanpanya saya lebih sihat.

15 comments:

lidey lim said...

bapak sy umur dah 70++. penah kena strok&sampai sekarang blood pressure tak stabil. bak kata doc tunggu masa saja nak kena lagi.

tapi rokok tak penah nak berhenti. cuma dulu dengan paip&cerut. sekarang rokok biasa.

siapa la berani nak nasihat orang lama camni. dia makan garam dulu dari kita. doa saja yg mampu semoga dia lembut hati nak berhenti.

*hehe buat luahan hati pulak*

sayangsayangibu said...

Rokok pun boleh jadi ubat?
issshh..nasib enpakwe sya tak merokok

tp ayah

tak tahu nak cakap apa dah
kejab berenti, kejab merokok
habis camno?

sahromnasrudin said...

salam pok li..sy tak merokok tp tak leh nak pakai BMW..tgk org merokok tp leh pakai BMW, raser tak berbaloi plak tak merokok huhuhuhuh

Don Balon said...

Apapun..bacalah Artikel Syeikh Abdul Basit Abdul Rahman Al-Kelantani "Fatwa Rokok: Dulu Khilaf sekarang Ijma'"..
Apa maksudnya? Merokok itu HARAM, macam makan babi dan minum arak!
No choice, WAJIB BERHENTI!

"Fatwa Rokok: Dulu Khilaf sekarang Ijma'"

Pok Li said...

lidey lim

Berdoa terus semoga tuhan makbulkan. Bila dah ketagih memang susah nak berhenti.

Pok Li said...

sayangsayangibu

Untung dapat suami yang tak merokok.Ayah mungkin nak berhenti tapi tak berjaya. Sekarang banyak ubat yang boleh membantu berhenti merokok. Mungkin boleh cuba beli untuk ayah :).

Pok Li said...

sharomnasrudin
Tak pakai BMW pun tak apa. Janji kita tak terpaksa keluar tengah malam kerana sebatang rokok.

Pok Li said...

Don Balon
Ramai yang tak lalu nak pandang babi, apatah lagi memakannya. Tetapi merokok yang haram hukumnya, ramai umat Islam yang ambil mudah

ikan emas said...

harga rokok naik lagi..
bilangan perokok makin bertambah

makin tinggi harga rokok makin byk lah income

Abu Aiman said...

hebat doktor tu, nasihat patient suruh isap rokok balik.

Kos pengeluaran rokok berapa duit saja, yg mahalnya cukai. Maka perokok ni banyak berkorban harta untuk negara, bahkan berkorban nyawa...

Pok Li said...

Abu Aiman

Berkorban apa saja, harta dan juga nyawa. Itulah kehebatan perokok agaknya :)

nohas said...

Ada juga orang macam ni..begitu tegar..

Pok Li said...

nohas
Sifat dan ragam manusia selalu tak terjangkakan

Anonymous said...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.

al-lavendari said...

saya pun tak faham dari segi perubatan kenapa pulak merokok dalam keadaan tertentu adalah baik untuk sesetengah orang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails