Sep 15, 2010

Mamak Juga

Saya tidak bercuti panjang. Pagi Isnin sudah bekerja. Jalan agak lengang. Dari Putrajaya ke pejabat di Jalan Ampang ambil masa 35 minit. Rekod peribadi kot. Selalu jangan mimpilah. Paling awal pun satu jam.

Hari Selasa saya saya sudah ada di Angkasapuri, masuk radio lagi. Kali ini saya yang kena temu bual. Ha ha ha. Habis temu bual, hari sudah hampir tengahari. Saya ke kantin Angkasapuri. Masih tutup. Saya ke Bukit Aman, gerai di tempat parking itu pun tutup. Pergi pula meninjau di JAWI, tutup juga, ke Tupai-Tupai sebelah Bangunan Wisma Putra yang lama tutup juga. Semuanya tutup. Lama betul mereka ini cuti. Mungkin Ramadhan yang lalu mereka dah dapat untung besar kot.

Akhirnya, makan di NZ Jalan Ampang itu jugak. Restoren Mamak juga yang tak tutup. He he he.

12 comments:

ikan emas said...

kat somban ni depa pekena maplai jugak !!!

al-lavendari said...

kalau makan kedai mamak lepas raya ni, semua makanan baru katanya.. tak ada yang carry 4ward !

hebat awak masuk radio .. tentu besar radionya tu .. hehe

Pok Li said...

ikan emas

ada lagi ke kedai tu

allavendari
Patut rasanya pun baru. He he he

Masuk radio... tokono den... :)

sayangsayangibu said...

dimana mana pun gitu
kedai makan banyak yg tutup
tp nasib baiklah
sya dan enpakwe terus berpuasa raya-2
Alhamdulillah....;p

sahromnasrudin said...

tupai-tupai tu top betul..sedap makanannya ya..sy pernah makan dua kali je..huhuhuh

Razali Razman said...

Salam,

Harap belum terlambat untuk mengucapkan selamat Hari Raya kepada Pok Li sekeluarga...dan minta maaf zahir dan batin...:)

Pok Li said...

sayangsayangibu
Alhamdulillah. Saya mungkin akan mula hari Isnin ini. Insya Allah

sahromnasrudin
Kedai yang enak pada harga patut.

Razali Razman
Selamat Hari Raya kembali. Blog dah tutup ke saya tak boleh akses.

en_me said...

x ping ping me pownn.. uhuhu

salam aidilfitri pokli itteww

Don Balon said...

bilo nak datang banang pokli?
Tak ponah basuo laie wakden ni.. :)

Pok Li said...

en_me
selamat hari raya jugak gitewww.

Don Balon

Insya Allah. No telefon dah hilang juo.

Muhammad Azli Shukri said...

salam Pok Li, lama tak dengar berita, semoga sihat dan maaf zahir batin...lama nak mencari alamat url pok li nie...baru sekarang berjumpa..saya link terus blog hebat nie...

Pok Li said...

muhammad azli

Terima kasih tuan. Blog tuan lagi hebat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails