Sep 1, 2010

Destinasi Berbuka

Ramadhan tahun ini destinasi berbuka puasa saya di luar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bermula di Gombak, kemudian Segamat, Johor, Manjong dan Lata Kinjang di Perak. Kerana perut kurang selesa saya tidak jadi berbuka di Melaka pada minggu lepas.

Tiada apa yang istimewanya, berbuka jauh-jauh begitu. Jika tidak bermalam, selepas sembahyang tarawih terus sahaja membelah malam balik ke rumah. Pukul satu atau dua pagi baru sampai. Boleh sahaja terus bersahur.

Minggu ini saya ada dua pilihan ke Lumut atau ke Kelantan. Saya tidak akan membuat pilihan. Saya tetap akan ke Lumut. Menjemput pulang 'Angah' yang sudah tamat kerja kursusnya di Hospital Manjung. Sekali lagi saya akan berbuka di Restoren Muroh di Teluk Batik yang enak hidangannya itewww. Besok harinya mungkin boleh membeli sotong kering di Lumut dan ketika menghala pulang boleh juga singgah membeli kerepek pisang dan ubi di Tanjung Karang. :)

Nota: Angah - Anak kedua saya (P)

8 comments:

Tirana said...

Sesekali berbuka puasa di luar rumah, seronok juga tapi kalau setiap hari mau letih..letih badan, letih poket...hehehe

ikan emas said...

Hospital Tentera di Lumut amat cantikkk, bersihhhh dan amannn saja...dan mungkin ada yg tak tau kat situ ada satu mesin yg khusus utk sakit-sakit bab air laut dalam ni..mabuk laut ke apa ke dll( tak ingat lak namanya ) boleh jg utk penghidap kencing manis.

yap ! keropok,kerepek dan aneka kuih mueh buatan melayu amat murah dan sedap-sedap ..singgahlah kat pekan sungai besar atau sepanjang jalan SBernam ke T.KARANG.

Pok Li raya mana tahun ni ?
tak kan kat Bt 4 Gombak kottt

Pok Li said...

Tirana
Betul tu. Tapi saya hadir kerana tugas dan jemputan. Ke Lumut tu sendirian berhad le.

ikan emas
Menarik cerita tu. Mat Lumut nanti saya tanya sapa yang tahu. Tahun ini saya raya di putrajaya. Lepas sembahyang raya saya balik kampung. Selamat Hari Raya. Maaf zahir Batin.

sahromnasrudin said...

Tanjung Karang banyak kerang..
Orang Perak mmg gemar..
Kalau tak tahu pasal Tanjong Karang..
Tanyalah Pak Menteri Noh Omar..

Don Balon said...

Koi suka kawasan perak selatan dan selangor utara ni..
banyak produk kampung..

nohas said...

Jauhnya Pok Li berbuka & bertarawih..

pernah sekali kena outstation di bulan Ramadhan..turun bersahur di hotel, kena properly dressed..leceh sungguh..

al-lavendari said...

salam.

saya selalu melalui jalan itu kalau tak ikut highway menziarahi abang ipar di manjung. seronok melihat kiri kanan, tak macam lalu jalan plus.

selamat meneruskan puasa.

en_me said...

ghitewww..