Kembali ke Pulau Pinang kali ini memberi kesempatan untuk saya singgah di pejabat lama. KOMTAR, Tingkat 38. Hampir puluhan tahun saya tidak masuk ke pejabat ini. Sejak saya berpindah mulai tahun 1988 hanya sekali dua sahaja menjejaki kaki di sini.
Warna cat lif yang berbeza-beza untuk naik ke tingkat tertentu masih kekal macam dulu. Warna hijau muda untuk lif ke tingkat 26 sehingga 41. Untuk naik ketingkat lain perlu guna lif biru atau kuning. Semuanya ada 65 tingkat. Dari tingkat tiga ke tingkat 38 hanya mengambil masa 35 saat. Masih laju, dan ketika sampai ke tingkat 30 akan terasa seakan letupan kecil di telinga kerana tekanan udara yang berbeza.
Hanya tinggal dua orang sahaja 'orang lama'. Susun atur pejabat itu juga sudah bertukar. Sudah lebih banyak bilik. Tidak mudah lagi untuk melihat pandangan dari atas. Dulu saya sering melihat panorama Pulau Pinang dari pantri ketika minum pada waktu rehat. Melihat feri yang berulang alik dari Pangkalan Tun Uda ke Pengkalan Sultan Abd Halim di Butterworth. Melihat bas keluar masuk di Jalan Prangin, pusat perhentian Yellow Bus (kini tapak itu sudah jadi bangunan tambahan KOMTAR.
Berbasa-basi lebih kurang bersama Pengarah dan rakan lama. Cerita lama, cerita baru, cerita keluarga sehinggalah kepada cerita politik Pulau Pinang yang sentiasa panas dan menarik. Lebih kurang 40 minit saya turun dari KOMTAR. Jangan lama sangat, saya tak suka buang masa bekerja kawan-kawan.
Saya memecut dari Jalan Penang ke Bazar Ramadhan di Jalan Makloom. sebelah Kg Dodol, mencari kuih-muih. Petang itu saya beli putu mayam yang jarang di temui di Putrajaya.
17 comments:
sekarang ni hari2 keluar berita hangat pasal kontar ..
salam pok li..bazar ramadhan maklom mmh syiok...pok li tak sembang dgn LGE ke? heheheheh
salam PokLi,
ooo...teringin nak balik kerja di komtar ke? boleh berjiran dgn LGE...
eh dasat nya PtJaya takder putu mayam..
Dah lama juga saya tak balik ke pulau pinang...
kat perlis ada satu pakcik juai putu mayam. memang tak da orang challenge dia. samad putu mayam. tapi la ni tak tau kemana beliau menyepi.
*saja bagitau kut2 mai perlis teringin putu mayam :)
zino
tapi dalam komtar masih sejuk
sahromnasrudin
Bazar Ramadhan yang penuh dengan motorsikal. Flat jalan Makloom pun sudah kelihatan buruk kerana tidak dicat. LGE hari tu tak ada he he he
ikanemas
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
Mungkin ada di Bazar Ramadhan Putrajaya tapi masih tak sempat nak pergi, asyik 'mengembara'
Saya dah balik dua kali, Julai dan Ogos. Raya ni saya tak balik dah.
lidey lim
Terima kasih kerana makluman tu. Tapi bila agaknya akan ke sana.
Terima kasih kerana singgah
kalau putu mayam guna gula enau lagi sedap. selalu saya makan, dia orang tak guna gula enau. mungkin nak untung lebih !
al-lavendri
Kalau cukup semuanya pun ok. Nak untung pun tak apa, tapi biarlah sedappp
salaam,
kat kuantan ni pun saya jarang2 jumpa putu mayam.
Teringat masa kecik2 dulu ketika arwah tok dan tokwan tinggal di gelugor, rajin juga ke komtar dan kawasan sekitarnya...
betul pok li, Komtar & Pulau Pinang sememangnya indah
salam ramadhan pokli ittewww..
Bila nak ader citer baru Pok Lie?
Apa Pendapat Pok Li bila nama Lim Guan Eng disebut semasa Doa Sembahyang Jumaat di Pulau Pnang?
Post a Comment