Aug 10, 2010

18 jam Sebelum Ramadhan

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita dapat mengerjakan ibadah ini dengan tekun dan istiqamah. Berbuka dengan sederhana, berbelanja dengan berhemah dan bijaksana. Potongan ayat itu ditulis juga di facebook PokLi yang ditujukan kepada muslimin dan muslimat. Mudahan-mudahan rakan taulan dan saudara-mara membacanya. Begitu juga saya memohon maaf kepada rakan bloggers sekiranya terdapat kekhilafan secara sengaja atau tidak sengaja, mudahan-mudahan amal ibadah di bulan Ramadhan ini lebih kyusuk daripada dahulu.


Saya menulis entri ini selepas singgah makan-makan di Tanjung Lumpur, Kuantan. Makan ketam dan sotong yang enak rasanya dengan secangkir teh o kosong. Tanjung Lumpur dahulunya perkampungan nelayan yang sunyi. 30 tahun dahulu saya menyeberang sungai ini dengan perahu penambang, tambangnya hanya RM0.30 sen. Tapi kini ia sudah jauh maju. Mungkin ia maju kerana terbinanya sebatang jambatan.


Sehari lagi di Kuantan. Besok ada pertemuan penting di Wisma Sri Pahang. Mungkin tiada masa untuk melihat-lihat Bandar Kuantan yang semakin meriah. Meninjau-ninjau apa ada di Pekan Melayu atau bersantai di Teluk Cempedak. Khemah-khemah Bazaar Ramadhan sudah didirikan di atas padang pinggir Jalan Mahkota. Teringin rasanya menikmati suasana membeli hidangan berbuka puasa di sini. Tapi apakan daya. Besok petang saya harus kembali ke Putrajaya. Menyambut kedatangan Ramadhan bersama-sama keluarga. Insya Allah.

7 comments:

Tirana said...

Selamat berpuasa, Pok Li. Semoga ibadah puasa kita tahun ni diterima oleh Allah.

Pok Li said...

Tirana
Sama-samalah kita menunaikannya dengan kyusuk dan tawadhu'

Don Balon said...

Selamat berpuasa Pokli dan semoga menjadi Mukmin yang bertaqwa..

ikan emas said...

Salam,

Selamat berpuasa..semoga menikmati kebahgiaan yang berpanjangan dan berterusan !!

dikurniakan keradhaan..mana tau Ramadhan kali ini Pok Li dapat menimbulkan hidayah dikalangan 'klien' Pok Li yang baru tuu ...mana tau kot ada program di Sg Sampoo ?

sahromnasrudin said...

salam pok li..selamat berpuasa..dari Pahang ke Putrajaya..tentu byk pengalaman melalui lebuhraya Karak tue kan? hehehehe

Pok Li said...

Don Balon
Salam Ramadhan. Insya Allah

Ikan Emas
Salam Ramadhan. Teringin nak makan kuaci Kolo Pilah.

sahromnasrudin
Kini saya sering melalui jalan-jalan hutan, tidak berturap dan masuk jauh ke dalam hutan. Pengalaman baru yang mengujakan.

al-lavendari said...

salam.

selamat berpuasa juga dari saya. semoga kualiti puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun lalu.

saya pernah juga makan ikan bakar dekat Tg Lumpur tu. Ada saya buat satu n3 tentangnya.

http://al-lavendari.blogspot.com/2010/03/dari-perlis-ke-paris-ke-phuket.html