Orang-orang tua pernah berkata ajal maut, jodoh pertemuan, tanah perkuburan hanya ditentukan oleh Allah. Kita merancang, Allah merancang. Sesungguhnya perancanganNya lebih baik.
Pada entri yang lalu saya telah bercadang untuk berbuka puasa di hari pertama Ramadhan bersama Along, Angah dan isteri apabila kembali dari Kuantan. Tapi segala-galanya tidak terjadi apabila biras saya yang menetap di Pulau Pinang meninggal dunia jam 3.10 petang itu.
Sesudah Subuh di puasa hari pertama saya dan isteri bertolak ke Pulau Pinang. Tak ada cerita, masing-masing melayan fikiran sendiri.
Ketika sampai semuanya sudah usai. Jenazah sudah dikebumikan. Kami hanya pulang menziarahi kakak yang telah kehilangan seorang suami.
Petang itu saya bukan berbuka puasa bersama keluarga tetapi berbuka bersama ipar-duai yang tak pernah berlaku sejak 26 tahun perkahwinan kami. Itulah takdirnya
2 comments:
takziah. tentulah kesedihan berganda kerana kepergiannya di bulan puasa menjelang hari raya.
dunia ini hanya pinjaman.
Al-lavendri
Begitulah tuan. Kehidupan ini memang pendek.
Post a Comment