Apr 29, 2010

Angin Baru

Selepas bertukar saya tak mempunyai banyak masa untuk menulis. Pagi-pagi lagi sudah turun tanah, hampir maghrib baru sampai kembali ke rumah. Begitulah kehidupan di bandaraya yang padat ini. Kesilapan menghitung masa menyebabkan kita 'terpanggang' dalam kesesakan yang tak kunjung sudah.

Mungkin kehidupan di daerah seperti Marang yang telah saya tinggalkan lebih santai. Turun dari rumah jam 7.30 pagi, 743 pagi sudah terpacak ditempat kerja. Selalunya kita tidak selesa dengan cara dan corak penghidupan baru. Zon selesa yang dilalui selama bertahun-tahun telah menimbulkan rasa enggan kita untuk 'meneroka' semula. Kerana itu ramai yang memilih untuk tidak lagi berpindah randah. Apatah lagi kalau usia sudah semakin senja. Tidak lagi suka menempuh persekitaran baru. Tidak suka lagi mencuba pekerjaan baru. Semuanya tidak lagi.... . Kalau ya pun, mungkin mencuba makanan baru sahaja. He he hek.

Cuma saya tersedar ada perubahan gaya hidup yang berlaku secara 'paksaan' tanpa kita rasai. Selepas bertahun-tahun berkahwin, saya masih merindui untuk makan taugeh kasar. Selepas bertahun-tahun berkahwin saya tetap merindui untuk makan kacang panjang. Kerana sejak berumah tangga saya telah 'berkorban' menuruti selera isteri yang lebih suka makan taugeh halus dan menghidangkan kacang buncis kegemarannya. Hanya beberapa minggu yang lalu 'mimpi' apa isteri saya, memasak taugeh kasar campur tauhu goreng yang enak sekali rasanya. Mungkin dia tersedar bahawa saya telah 'berkorban' terlalu lama agaknya. He he hek.

Saya percaya ramai antara kita yang 'berkorban' untuk perkara-perkara kecil sebegini tanpa rasa kecil hati pun. Isteri saya juga sudah 'berkorban' begitu lama, kerana jarang memasukan menu ikan dalam hidangan kami, kerana saya tidak memakannya. Begitulah perubahan-perubahan yang berlaku apabila 'angin baru' datang menjengah dalam kehidupan kita. Kita akan cuba menyesuaikan diri sehingga kita kembali kepada zon selesa sekali lagi. Sekali lagi saya menerima 'angin baru'. Sekali lagi saya terpaksa 'berkorban' . Masa bersama keluarga semakin kurang. Masa bersama blog juga sudah kurang. Mungkin hanya turun sesekali melepaskan ;rindu dendam'. Hu hu huk.

p/s sesekali masak le makanan yang suami atau isteri gemar waktu mereka kecil dulu. He he hek.

21 comments:

Tirana said...

Bila telah lama berada dalam comfort zone, kita menjadi teragak-agak atau takut-takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Takut untuk ambil risiko..bimbang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

sahromnasrudin said...

mmg ye, prubahan menyebabkan kehidupan seharian kita kucar kacir kerana kebiasaan yg kita hadapi telah hilang dari diri kita...cthnya kehilangan org tersayang kan..

sayangsayangibu said...

Salam Pok Li,
Sya pernah duk di Dungun selama 3thn++
memang masa adalah sangat santai, sesantai pantai dan pulau di sana,Bila duduk di S.Alam tahun 2002
Ya Allah, seperti kejutan, segala galanya adalah kejutan

Taugeh kasar adalah sangat best
masa duk di Langkawi selama 2thn++,
adalah sangat susah mahu mendapat taugeh kasar tu,
masak goreng pedas atau pun campur tempoyak
ya ampun...
konyang....

Pok Li said...

Tirana
saya suka mencuba yang baru tapi kurang risiko le.

sahromnasrudin
wah macam cerita sedih tu.

sayangsayangibu
Terima kasih kerana jongok se kek sini selamat menerima perubahan.

jedi said...

besar pengrobanan tue pok li...

al-lavendari said...

betul pok li, isteri saya orang perlis. laksa kegemarannya. saya orang pilah. dia telah berkorban selama ini dengan masak lemak cili padi untuk saya. bila saya pergi outstation barulah dia masak laksa. tapi nak buat macam mana, puas saya cuba tapi laksa tetap tidak dapat diterima dek tekak saya.

Pok Li said...

jedi
dah tukar nama ke. Ada unsur angkasa.

al-lavendri
Betul. Tapi tak apalah, perbezaan yang membuat kita kekal dengan yang satu tu. Ada dua ke ?... ha ha

Abu Aiman said...

Salaam pok li...
Saya pulak kalau nak makan makanan yg saya suka, kena buat sendiri, sebab kalau isteri masak kdg2 tak kena rasanya. Nak yg macam mak buat jugak... ekeke...

ikan emas said...

sy bab makan tak mengira..
sape aje kalau nak pelawa makan,kira boleh aje..
Jika PokLi turun Sban,..boleh sy belanja makan .

p/s : moga selesa di zon baru

Corrupted Gang of 13 said...

Abu Aiman
Saya juga suka memasak. Sesekali turun padang jugak. Memang tak lawan masakan ibu. Saya samapai sekarang tak akan lupa keenakan rendang hitam emak. Tapi sapa nak masa hu hu hu.

ikan emas
Betul ke nak belanja saya. Sering tersangkut di R&R makan daging salai.

nohas said...

Memang benar, semakin meningkat usia, mahu hidup lebih santai, sbb tu ibubapa lebih suka duduk kpg, tak stress..

Jawahir said...

Salam Pok Li,

Lama benar rasanya saya tidak ke sini.

Saya juga sudah berubah =)

Pok Li said...

nohas
Saya pun Insya Allah akan balik kampung juga selepas bersara.

Pok Li said...

Jawahir
Selamat kembali. Saya pun ternanti-nanti. Ha ha ha

Don Balon said...

PokLi..
Jangankan PokLi..
Koi pun masih tensen dan makin tensen keje KL ni..
nasib baik koi tanam anggur dari bulan 11 2009 lagi, belum berbuah lagi.. rehat2 je la kek umah hehe

DrSinga said...

salam kenal Pok Li..
sayang2 ibu sebut2 nama Pok Li tadi...ni yang dok melawat ni...
:)

Pok Li said...

Don Balon
Dari dulu sekarang. KL tetap sesak

DrSinga
Terima kasih kerana sudi datang. jangan bawa singa sudah.

sha said...

Yg dah biasa duduk KL atau mana2 bandar metropolitan pun akan merasai kejutan jika ditukarkan ke kampung atau pendalaman..

Pok Li said...

sha
Dari Barat ke Timur . Utara dan selatan. Semuanya ada kejutan. Suka kejut anak-anak pagi-pagi

zino said...

berpindah ke mana tu.. semuga dapat mensesuaikan diri dengan sekelimata hehe

Mak Su said...

give and take :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails