Jun 15, 2012

Bahasa Jiwa Bangsa

http://qayrolpem.blogspot.com/2011/01/bahasa-jiwa-bangsa_15.html
"Apa itu 'tating' ". Persoalan ini sahaja saya lontarkan pada seorang pelajar 'praktikal' di pejabat. "Entahlah (Pak) Cik".
"Tak tahu"
"Tak"
"Asal mana"
"Orang Negeri".
"Betul tak tahu"
"Betul". 

Malang betul. Perkataan itu telah hilang dalam kamus generasi muda anak Negeri Sembilan. Gadis manis ini baru sahaja berumur 24 tahun. Masih muda. Saya fikir banyak lagi loghat 'Nogori' yang dia tidak tahu. 

Jadi apa tating itu. Cer citer.

Tating ialah perbuatan menghidang makanan kepada tetamu di kenduri kecil atau kenduri kahwin. Ia dimulakan dengan membuat satu barisan panjang antara tujuh atau lapan orang dari dapur sehingga ke tempat jamuan. Hidangan makanan tadi akan diedarkan melalui rantaian manusia tadi. Ia dimulakan dengan 'air', 'jamba', pinggan, nasi. Tidak boleh salah. Tidak boleh nasi dulu atau pinggan dulu. Itu peraturannya dan budayanya.

Jika perkataan tating itu pun dia tak tahu, tentulah peraturan menghidang itu pun dia tidak tahu. Budayanya pun dia tidak tahu. Tidak hairanlah apabila semakin banyak bahasa lama hilang, semangat bahasa dan budayanya pun turut hilang. Kenapa boleh hilang dan lenyap?. Nak tahu juga ke jawapannya. Sebab hidup kita sudah semakin senang dan mewah. Semangat gotong royong pun sudah semakin pupus. Kita mahu cepat dan pantas. Kita pun tak mahu terlalu bersusah payah. Kalau kenduri, kita guna katering dan makan cara 'buffet'. Tak mainlah tating-tating tu.

Saya tanya lagi apa maknanya 'mengubah'. Satu lagi istilah 'nogori' yang dikaitkan dengan amalan gotong royong dan menanam padi. Dia mengeleng lagi. Kalau lah saya tanya apa maknanya perkataan lama seperti melansit, longot, menadir dan lain-lain lagi. Tentulah gelengnya semakin lama dan panjang. Dah tu camno....

Nota:

Air = air minuman
Jamba = Dulang yang mengandungi lauk-pauk
Mengubah= Anak benih padi yang dipindahkan dari tapak semaian ke petak sawah secara gotong-royong

2 comments:

Don Balon said...

Salam pokli..

di pahang pulak terlalu banyak perkataan yang hilang..

sampai bila la nak bertahan..:)

Pok Li said...

Don Balon
Akhirnya bahasa ini hanya tersimpan dalam kamus. Makna dan budaya yang tersirat dalamnya tidak akan diamalkan lagi. Dialek Pahang tentu lebih banyak hilang kerana negerinya besar. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails