Selamat Tahun Baru. Bukan semua yang baharu. Ada juga yang lama yang turut dibawa ke tahun 2017. Walau bagaimanapun, eloklah perkara-perkara yang buruk-buruk itu ditinggalkan.
Tahun 2016 telah berlalu dengan pantas. Tiada pencapaian yang hebat pun. Cuma telah selesai mengadakan majlis walimatul urus anak saya yang ke dua dan ke lima dengan sempurnanya. Begitu juga telah melihat cucu sulung membesar dengan sihat dan walafiat. Anak-anak pula telah habis pengajian di Universiti dan semuanya telah bekerja.
Itu adalah kenangan yang disimpan secara abadi. Beberapa tahun lagi Insya Allah, keluarga kecil ini akan berkembang dan melimpah ruah. Dijangka pada April dan Ogos tahun ini akan dikurniakan lagi dua orang cucu. Kalau panjang umur mungkin akan sempat pula melihat cicit yang dilahirkan oleh cucu-cucu saya.
Begitulah pusingan hidup begitu pantas. Baru semalam rasanya, membelai mereka sewaktu kecil, Kemudian memasuki alam belajar di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan Universiti. Kemudian bekerjaya dan kemudiannya berkahwin.
Sudah tiba masanya mereka pula mencorakkan kehidupan mereka. Saya akan tinggal kembali berdua di satu sudut yang pernah kami lalui ketika muda dahulu. Bezanya hanya usia.
Apa pun tahun baru ini telah membawa lebih banyak harapan baru, tekad baru dan azam baru, walaupun usia semakin dekat ke penghujungnya.
Akhir kalam, diucapkan Selamat Tahun Baru walau pun agak terlambat, tetapi kata Mat Saleh, Better Late Than Never.
4 comments:
Selamat Tahun Baru, Pok Li..
Alhamdulillah, semakin bertambah ahli keluarga..
Terima kasih. Selamat Tahun Baru juga buat Nohas
selamat tahun baru..
Sama sama lah kito
Post a Comment