Mar 8, 2009

Ya Rasulullah saw


Tanggal 12 Rabiul Awal datang lagi. Sekali lagi kita memperingati dan menyambut kedatangan hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.aw. Nabi pilihan Allah yang telah diangkat menjadi Rasul terakhir. Tiada lagi nabi selepasnya. Jika ada yang mengaku menjadi Nabi ataupun Nabi Melayu, janganlah terpedaya dengan pembohongan yang nyata itu.

Sewaktu kecil, pagi-pagi lagi kami akan memakai baju Melayu dan berarak dari surau-surau dalam kampung kami menuju ke masjid. Begitu meriah, bersalawat sepanjang jalan dan kemudian mendengar ceramah dari penceramah undangan. Sirah Rasulullah dikupas satu persatu dari kelahiran Nabi ditahun gajah, kehancuran tentera Abrahah, ibu susuan Nabi Halimatus Saadiah, dada Rasulullah dibedah dan disiram dengan air zam-zam. Sirah Nabi ini diulang-ulang saban tahun.

Tidak juga terlepas cebisan kisah Rasulullah dalam peristiwa Israk Mikraj. Bermula perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum menaiki buraq ke Sidratul Muntaha. Cuma kini Masjidil Aqsa yang terletak dibumi Palestin itu masih ditawan oleh tentera zionis. Masjid yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam. Masjid yang menjadi pintu kepada Rasulullah menaiki langit untuk menerima perintah solat. Masjid yang akrab dengan sejarah agama samawi tetapi masih terjajah. Ketika hayat Rasulullah, baginda menghantar beberapa pasukan tentera untuk membebaskan Masjidil Aqsa daripada tangan kerajaan Rom. Masjidil Aqsa hanya ‘terbebas’ dizaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khatab. Terjajah lagi kepada tentera salib dan dibebaskan semula oleh panglima Islam Salahuddin Al Ayubi pada tanggal 27 Rajab 583H bersamaan dengan peristiwa Israk Mikraj itu. Pasti yang mengkaji sejarah Islam tidak akan lupa kepada kata-kata keramat Salahudin Al Ayubi “ Siapa yang dapat menguasai Masjidil Aqsa maka mereka juga yang menguasai dunia”. Benarlah kata-kata Salahudin Al-Ayubi itu, hari ini bangsa Yahudi terus ‘menjajah’ Masjid Al-Aqsa dan menguasai percaturan ekonomi, politik, sosial dunia dengan azam untuk menghancurkan budaya bangsa lain dan menunggangi mereka untuk kepentingan zionis.


Semoga kita terus memperbanyakkan salawat keatas junjungan Nabi Muhammad saw. Meningkatkan ilmu dan amal, berdoa secara istiqamah dan yakin bahawa kemenangan itu tetap akan datang dan tiba sebagaimana janji Allah dan Rasulnya.
p/s Masih teringat semasa kecil 'berarak' menempuh debu dan lecah dijalan kampung sempena Sambutan MauliduRasul ialah............ Pok Li

15 comments:

fahana_ann said...

ringkasan sejarah yang menarik dan padat..terima kasih:)..selawat setiap masa...

akuduniaku said...

salam to Pok Li

mohon hati mencintai Muhammad dari Allah...
Semoga kita diletak bersama mereka yang beriman dan berkesudahan baik.

AzD said...

Salaam Pok Li,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Banyak yang kita boleh ambil pengajaran dari sirah nabi. Semoga kita terus dapat beramal dgn sunnahnya...

zino said...

salam maulidul rasul...

Tirana said...

Selamat menyambut maulidul rasul..moga kisah perjuangan Nabi saw tetap menjadi perangsang pada kita untuk sentiasa menegakkan Islam di muka bumi ini.

en_me said...

Salam maulidur rasul wat pokli ittewww..

mizbi said...

salam pokli

salam maulidur rasul

semoga kelahiran nabi yang disifatkan sbgai rahmatal lil'alamin memberikan kita satu panduan hidup yang terbaik.

islam the best way of life.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

salam maulidur rasul...

selamat bercuti sambil makan-makan cokelat...

;P

mongkut said...

Salam Maulidurasul!

CIVIC Power said...

Terima kasih Pok Li kerana menerbitkan entri seperti ini. Selamat menyambut Maulidur Rasul

miezi said...

salam maulidur rasul juga kapada saudara :)

F A R Y N said...

salam maulidur rasul pokli!!!

tak tersengaja upload video tu tadi..
hahahahaha

melayuangkat said...

Salam MaulidurRasul Pok Li,

Kita semua ada kenangan Maulidur Rasul s.a.w masing masing. Di samping mengingati Baginda Rasulullah s.a.w. Kenangan juga menggamit memori pada sekian Orang orang yang telah lama meninggalkan kita dan juga jasa baik para Ustaz Ustazah yang baik berjasa pada kita semua.

nazirul mubin said...

SLM MAULID NABI... MOGA KITA AMIK ALQURAN DAN SUNNAH RASUL BERSAMA,,,.mf pokli lame x komen..ana ada maslh..hehe

melayuangkat said...

Salam Pok Li,

Pokok itu adalah Pokok Ara mengikut blogger anak angkat saya Azmi. Dia arkitek. Maknanya Pokok suci mereka itu memang ada di Malaysia ini.

Sekian, sekadar berkongsi Ilmu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails