Mar 29, 2009

Mengah


Minggu lepas sekali lagi saya ke Kuala Terengganu, berurusan dengan sebuah pejabat. Terpaksa menongkah naik ke tingkat tiga. Huh... mengahnya... Teringat lama dah tak berjalan kaki setiap pagi 30 minit di sepanjang Pantai Rhu Muda. Petanda perlu semula berjalan kaki setiap pagi. Bila ye....... mungkin minggu ini, mungkin minggu depan atau berjalan kaki dalam rumah aje :)



p/s Mengah'' dah nak tulis panjang-panjang.

22 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

mengah??

tarik nafas dalam2...

dan

hembus....

CIVIC Power said...

Tu tandanya Pok Li jarang senaman dah
Moh men Futsal dengan teman, boleh cari stamina balik

fahana_ann said...

NI MENGAH WAT ASGMNT..HUHU..ALHAMDULILAH..SIAP..
HEHEHE:)

F A R Y N said...

berjalan kaki merupakan terapi terbaik untuk menguatkan otot kaki..tapi bila usia dah lanjut...kadang2 jadi tak larat..tu la yg slalu ayah saya slalu mengomel....heheheheh

azlanlin said...

Lepas jalan kaki sepanjang pantai, naik pula basikal keliling tempat tinggal..mcm yg selalu dok buat tu...

zino said...

kono lah.. bersenam balik.. jalan jalan kek topi pantai tu.. zino dulu selalu jugak panjat ke tkt 16 bila anta adik ke rumah baby sitter.. termongah2 di buek e..

Pok Li said...

Gadis Separa Bandar
Fuhh. Leganya

Civic Power
Senaman tu boleh le. Futsal idak le

Pok Li said...

Fahana_ann
Alhamdulillah. Memang memenatkan tu..

Farynn
Memang dah tua ni macam-macam sakit, Macam-macam lenguh...

Azlanlin
Tu dah kira superb tu..

Zino
Tingkat 16, Tinggi tu, tak ada lif ko. Tak dayo den doh..

en_me said...

senam baik tok kesehatan tewww.. salammms pagi senin pokli tewww

Bestari said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Pok Li said...

en_me
Salam juga itewww.

nazirul mubin said...

slm..den lak megah bt kajain air bulan ni...nk bg air selamt di minum rkyat perlis...

Don Balon said...

Pokli..
molek gok tu wak senamang..
lari2 skek..
futsal takdok ha pokli..
jadi keeper aaa..

Pokli..amber nok gi jjalang tghanung bulang 6 ning.. cuti skoloh..
Pokli kelik N9 ke? kalu ader di tranung buleh gi makang sutong celok tepong di pata batu burok.. :)

akuduniaku said...

salam Pok Li

gugugu
barang lamer biaser kowt ader prob cket2x..he3x

tp takan la na mnaip panjang2x pun mengah..he3x

moga dikurniakan kemudaan tros pd Pok Li n Mok Na...amen..=)

(er btol ker MokNa??) he3x

Pok Li said...

Nazirul mubin
Bagus le tu. Air sekarang tak berapa selamat diminum dah.

Don Balon
Insya Allah. kalau ke Terengganu. Singgah je di Marang kita makan ICT di Kelulut sama air tuak (air nira) ... :) Guano. Boleh deh.

Aiman
Betul juga walaupun dah lama kena jaga juga :). Teringin nak tulis pendek-pendek pula. Kesibukan sudah bermula he.. he.. he.

lutfi said...

Salam Pok Li.
Minggu lepas, saya berlari naik tangga, menuju ke tingkat tiga rumah saya. Bila masuk dalam rumah, duduk di atas kerusi, saya rasa, saya termengah-mengah. Jantung berdegup kencang.
Lantas saya teringat, selama 7 tahun belakangan, saya jarang bersenam. Teringat zaman belajar, seminggu sekurang-kurangnya dua kali saya berjoging. Bersukan setiap hari. Sekarang?
Moga diberikan kesihatan kepada kita.
Salam

Pok Li said...

Saudara Lufti
Mungkin kesibukan, atau kerana memandang remeh kebaikan bersenam kita jarang melakukannya. Saya sudah mulakan semula minggu ini. Pesanan Jabatan kesihatan bersenam tiga kali seminggu. :)

mongkut-sert said...

Itu tandanya usia dah meningkat, stamina pula semakin kurang.

orangbukit said...

Berjalan kaki dlm rumah? Beli le mesin 'threadmil', Pok Li, boleh jalan beribu-ribu kilo sambil tengok TV. Apa2 pun berjalan tepi pantai lagi best..

Pok Li said...

mongkut
Begitulah putaran hidup.

orang bukit
mana-mana pun saya nak bersenam juga untuk tambah stamina, kesihatan. Terima kasih atas cadangan.

Don Balon said...

Pokli,
ICT tu mender? :)

Pok Li said...

Don Balon
ICT tu Ikan Celup Tepung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails