Apr 1, 2009

'Orang Kita'



20 TAHUN dahulu
Di Pulau Pinang.

Seorang pakcik yang berniaga pulut panggang di Dhobby Ghaut tak akan lupa membawa duit siling pelbagai nilai berjumlah RM 20.00. Juga membawa puluhan ringgit duit seringgit. Dia cukup pantang pergi kesana-sini kerana mencari duit seringgit atau siling bagi lebihan baki pelanggan. Selalu merungut bila peniaga lain tak ada bawa duit ‘tukar’.

‘"Hairan ‘depa’ ni, apa punya berniaga pun tak tau, duit tukaq pun tak dak. Nak tukaq mula lah 'mai' cari aku"

Rungutan pakcik yang juga bapa mertua saya.

10 TAHUN dahulu.
Di sebuah restoran baru ‘buka’ di Taman Teknologi Kajang.

Singgah minum. Rasa airnya boleh tahan tapi sudah suam.

‘Dik, air teh ni tak panas, boleh buat yang panas’

Dua minit kemudian air teh datang, panas, tapi rasanya hambar. Kerana ditambah air panas, di bawahnya masih suam. Tak sampai dua teguk, terus bayar dengan kepala sengal.

Beberapa JAM yang baru berlalu.
Di sebuah restoran ‘lama’ di Bukit Payong, Marang.

“Teh O limau satu”
"Limau tak ada pok"
"Tak apa lah, bagi teh O saja"

“Itulah ‘orang kita" . kata orang sebelah meja sambil menggelengkan kepala.
"Pokok limau paling senang tanam, campak je tumbuh….pun tak ada.”

Tak nak kata apa, 20 tahun, 10 tahun dan beberapa jam berlalu adakah sama?.

11 comments:

akuduniaku said...

salam to Pok Li

masa mungkin ta sama, tp keadaan kita alami mungkin ada persamaan..

hidup kan ta sempurna dan kerana ketidaksempurnaan itula kta dpt pengalaman..ha3x..=)

khidupan memang indah selagi kta +ve tentangnya...

salam kembali

RAHISAM RAMLI said...

Berniaga air minuman-pengalaman saya membeli air yang dibungkus tanpa straw.."katanya straw dah habis", ada juga kata "ais dah habis"..bayaran tetap sama meskipun pakej tak cukup.

Baginda Reformasi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tirana said...

Itulah sikap 'orang kita'. Bila kita tak pi kedai depa, depa merungut kata kita tak mau tolong bangsa sendiri tapi macam mana nak tolong kalau servis tak memuaskan...Kita sebagai pengguna..duit tu bukannya turun dari langit so every cent yang kita nak belanja..kena berhemah..tambah2 dalam keadaan ekonomi sekarang. Kalau servis memuaskan, tentu kita tak kisah sangat dengan duit yang kita keluar..

Don Balon said...

Pokli,
Memanc banyak yang macam tu..
Dan ramai juga sekarang yang servis bagus..
Saya buat masa ni bersangka baik je la walaupun dah entah berapa kali terkena dgn perniagaan orang kita..
harap2 angin perubahan terus bertiup sampai ke cara orang kita berniaga..
kepada yang bagi servis bagus, teruskan, anda bukan saja beroleh keuntungan di dunia malah keuntungan di akhirat kerana melunaskan fardhu kifayah.. :)

zul rahman said...

'dalam,
dalam sungguh bahasa sedalam- dalam adanya'

dalam persinggahan itu,
bagaimana pula bisa pok li memperjelaskan kata-kata 'frank swetenham' sewaktu beliau singgah di penang port dulu?
apa pula katanya tentang orang kita?

pedih,
sungguh pedih jikalau diulang sebut cerita, NAMUN, aku PASTI,

aku bukan melayu yang itu!







[salam hormat pokli, salam ampun, salam kembali, anakanda berjenuh- masa bersama rakan taulan seperjuangan]

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

salam pok li..

pak mentua org penang rupanya yerk??

makan nasi kandaq slalu la ni..

mongkut-sert said...

Aku tak akan masuk kali kedua kedai yang layanannya dan kebersihannya tak memuaskan hatiku.

Pok Li said...

Aiman
Dunia sudah berubah begitu juga zaman. Kalau sikap yang sama masih kekal tak maju lah 'orang kita'

Saudara Rahisam
Kita sudah naik muak dengan peniaga yang kurang etika dengan pelanggan. Walaupun ramai yang menawarkan perkhidmatan yang menarik dan baik tetapi mungkin sebahagiannya masih kekal dengan 'perangai lama'.

Don Balon
Saya setuju, Ada yang baik dan sangat baik. Mungkin mereka ini boleh menjadi teladan kepada peniaga 'orang kita' yang masih kurang dari segi etika servis.

Zul Rahman
Memang orang barat selalu memandang rendah kepada bangsa Timur. Mereka juga mendakwa bangsa kita adalah beban mereka dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengajar dan memajukan bangsa timur. Sehingga berkurun lamanya kita terus memandang tinggi kepada budaya dan bangsa mereka. Walaupun sebahagian kritikan mereka terhadap bangsa yang dijajah adalah benar tetapi bukan semua yang mereka lakukan itu betul.

Orang kampung separa bandar
Selalu makan nasi kandar, di Chowrasta, Air Itam, dll lagi :). Slurp..


Mongkut
Saya juga...

zara said...

Assalamualaikum Pok Li,

Betul ke the customer isn’t right?

Tidak ada sesiapa di dunia ni yang betul semua. Di sini saya ingin perjelaskan tentang kesukaran peniaga untuk membayar wang baki. Saya pernah berniaga kedai makan suatu ketika dahulu. Setiap hari saya akan membawa wang tukar (kertas dan syiling) bagi memudahkan pelanggan mendapat wang baki mereka. Masalahnya apabila ramai yang memang sengaja, kerana mereka perlukan wang kecil untuk belanja sekolah anak-anak mereka. Jadi, sebanyak mana disediakan pun, tak akan mencukupi. Sudah dikatakan ‘pelanggan selalunya betul’ di mana lagi nak cari kalau tak terhegeh-hegeh minta tukar dengan jiran sebelah atau sesiapa pun. Bila dah tak dapat tukarkan, serah semula duit… kira halal saja lah.

Memang saya akui, peniaga Melayu banyak kekurangannya dalam menjalankan perkhidmatan. Perkara-perkara seperti kekurangan straw memang tak sepatutnya berlaku. Kebersihan, mutu makanan dan minuman perlu dijaga. Malah hati pelanggan juga perlu dijaga. Walaupun saya sudah tidak meniaga makanan lagi, pelanggan masih menegur sapa dan rindukan masakan saya. (Bukan nak memuji).

Kepada peniaga-peniaga makanan, sediakan perkhidmatan setanding peniaga-peniaga fast-food.

Pok Li said...

Puan Zara

Ya, kita terpaksa percaya bahawa pelanggan adalah raja. Bukan senang untuk menarik pelanggan. Saya juga pernah menjual nasi lemak kukus sebagai hobi suka-suka di hujung minggu satu ketika dahulu. Banyak pelanggan banyak ragamnya.

Saya rasa paling penting dijaga ialah layanan, keenakan dan kebersihan.

Puan Zara tak nak berniaga lagi ke :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails