Apr 29, 2009

Travelog - Nenek


Dari kampung kami telah menghala ke Kuala Lumpur. Ibukota yang sering kami ‘rindui’. Berjalan-jalan dari Jalan Masjid India, menjenguk gedung Ariani yang menjual tudung yang pelbagai namanya sehinggalah mengheret kami ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Keluar masuk beberapa buah kedai sehinga sampai ke pusat membeli belah yang hampir sama dengan nama kampung saya, Sogo. Sogo pula sedang ‘sale’ sehingga bulan Mei nanti. Kalau ada ‘pitis’ bolehlah membeli seadanya baju sehelai dua, beg tangan, kasut atau seluar.

Kerana sudah keletihan, saya hanya duduk di kerusi panjang di tingkat satu berhampiran eskalator. Isteri saya masih lagi bertenaga dan berpusing-pusing di kawasan jualan pakaian wanita. Tenaga wanita memang luarbiasa. Mereka mampu berpusing-pusing, belek sana, belek sini sehingga berjam-jam. Saya sudah lama siap membeli, duduk menanti, melihat orang turun naik tangga sehingga akhirnya terlena……….

Ketika tersedar, di sebelah saya sudah ada dua orang wanita separa baya sedang rancak berbual. Nenek dari Kuching itu begitu seronok bercerita mengenai cucunya.

“Saya akan datang KL setiap dua bulan atau tiga bulan sekali. Tidak boleh lupa. Selalu saja teringat.” Telor Sarawaknya jelas kedengaran.

“Begitu ke ? balas bakal nenek dari Kuantan yang sedang menanti kelahiran cucu sulungnya. Teruja nampaknya. Hanya dua tiga bulan sahaja lagi dia akan menimang cucu. Mungkin juga bakal nenek ini sudah ada ‘kyayalan’ bagaimana untuk ‘melayan’ cucu sulungnya.

‘Tunggulah nanti, seronokkkkk, sambung nenek ‘Kuching’ ini. Sepanjang perbualan mereka tiada topik lain selain daripada cerita cucu,cucu,cucu ………. Nampaknya nenek “Kuching” ini lebih hebat dari saya. Dia sanggup turun dari Sarawak ke Kuala Lumpur semata-mata untuk berjumpa cucunya yang berusia dua tahun itu sekurang-kurangnya empat kali setahun. Benarlah kata perbidalan – ‘sayang isteri ditinggal-tinggalkan, sayang anak ditangan-tangankan, ………….sayang cucu tiada sempadan.

16 comments:

Tirana said...

Amboi Pok Li..siap terlena sampai..hehehe...saya tidak berapa minat untuk berpusing-pusing di pusat membeli belah. Saya akan cepat-cepat beli apa yang saya perlu dan cepat-cepat pulang.. Terbalik pulak dengan suami saya..dia rajin ronda-ronda..last apa pun tak beli..hehehe..


Saya selalu tertanya..sempat ke saya menimang cucu.. Lambat lagi la nampaknya...hehehe

Pok Li said...

Dah lama sangat tunggu, ha ha ha.

AzD said...

salam pok li. Hehe, saya pernah bawak orang gi jalan2 tengok pemandangan kat sini, muka boring aje, nampak letih. Masuk shopping complex terus 'cargas'.

Cucu pertama memang dimanjakan habis oleh atuk dan nenek...

fahana_ann said...

hehehe, baru tahu ni sayang cucu tiada sempadan..patutlah abah sayang lebih cucu dia..hehe..

zara said...

Pok Li, orang lelaki memang ghiteww. Dah dapat apa yg dihajatinya, mula ler penat-penat. Kalau boleh nak balik terus. Sabo jer ler.

Gitu ler, bila ada cucu. Gembiranya bukan main lagi. Pok Li tak join sekaki dengan nenek Sarawak itewww...

nohas said...

Shopping juga satu terapi minda..stress reliever..

AMMOSHAM said...

boss, nanti lain kali saya ajak pergi kenyir...

zul rahman said...

salam saudarku pokli sayang,

Alhamdulillah,
indah sungguh dunia ini apabila kita diperdengarkan tentang bicara soal manusia dan kemanusiaan,

and,

'the best part about people is, they don't lie in their life within'

bererti "kita tahu semua cerita tentang diri kita"
semua,
segala-galanya, kita tahu semua, kita tidak akan dapat menipu diri kita sendiri, dan kita tidak akan dapat menyorokkan apa-apa sebab kita sendiri yang bersaksi kepada apa yang kita lakukan,

mampukah kita melihat jari-jemari kita sekarang ini dan memikirkan tentang apa yang telah kita lakukan?

saya juga tidak sanggup melakukan sedemikian,

pok li dan semua saudara-saudara sekalian,

telah kita dianugerahkan oleh Allah SWT dengan dua (2) harta yang sangat bernilai di dunia ini,

(1) Nabi Muhammad Rasulallahi SAW
(2) Pintu taubat

satu (1) telah diambil oleh Allah SWT, dan...

segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah SWT...

dan berjalanlah di muka bumi ini dan melihat kepada segala apa yang ada pada penghamparannya

zul rahman said...

dengarkanlah, renungkanlah, dengarkanlah dan renungkanlah secara perlahan-lahan...

Friday, May 1, 2009,

terima kasih saudaraku, terima kasih kepada segala-galanya,

salam hormat

Pok Li said...

AzD
Cergas kalau 'pitih' ada. Kalau tak ada :(. Anak Azd cucu sulung ke

Pok Li said...

Fahana_ann
Saya tak mengerti sayang nenek dan atuk, kerana mereka telah meninggal waktu umur saya kecil.

Pok Li said...

zara
Saya tidak suka berlegar-legar kecuali dikedai buku.

Saya juga lebih suka mendengar. Kalau saya masuk saya pula jadi 'anchor' he he he.

Pok Li said...

nohas
Betul ke?. tapi saya sering stress bila ramai sangat yang bersesak-sesak

Pok Li said...

ammosham
Tq2 tuan.

Pok Li said...

zulrahman
Semoga perjalanan hidup, pemerhatian, pendengaran dan apa yang dirasai dan ditemui menjadikan kita lebih bersyukur kepada kebesaran Allah.

AzD said...

Pok Li,

Anak saya cucu sulung sebelah isteri. Belum pandai minta dah dapat macam2. Sebelah saya dia nombor 7, dan kecik sekali, maka dimanjakan bukan shj opah & tok abah, malah sepupu2nya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails