Kadang-kadang saya naik ‘hangin’ juga, apabila kereta di porch dinaiki oleh ayam jantan. Cakaran kaki ayam jantan itu membuatkan cat kereta calar balar. Kalau ayam itu saya punya dah lama saya sembelih. Ayam jantan itu ayam jiran, mencari-cari tempat untuk ayam betina bertelur. Itulah feel ayam jantan yang sama-sama mencari tempat bertelur tetapi tidak bersama-sama menjaga anaknya apabila telur menetas. Mungkin ini boleh dijadikan renungan kepada kehidupan manusia yang lebih banyak ‘ragamnya’.
Sejak kecil saya sudah terbiasa mendengar kokokan ayam jantan. Sehingga kini kokokan ayam jantan adalah ganti jam penggera yang berkesan. Setiap pagi kokokan ayam jantan yang bersahut-sahutan menjadi alunan yang merdu.
Dulu emak saya sering bercerita mengenai ayam jantan yang terbang ke bulan. Hingga kini setiap kali bulan mengambang penuh saya sering tercari-cari ayam yang dikatakan ada di muka bulan itu. Ceritanya, seorang budak kecil yang teringin hendak makan sebiji pisang telah meminta kepada ibunya. “Mak, mak, adik nak makan pisang”. Oleh kerana ibunya sibuk membasuh kain di tepi sungai telah membalas, “Mintalah kat ayah”. Anak ini pun pergi pula meminta kepada bapanya. Kerana bapanya juga sibuk bekerja di kebun sayur, maka kata bapanya, "Mintalah kat emak". Berulang kalilah anak kecil ini merayu–rayu kepada ibu dan ayahnya untuk sebiji pisang. Anak kecil ini akhirnya kecewa dan keletihan. Mengadulah dia kepada ayam jantan kesayangannya. Jalak.
“ Jalak, Jalak, ayah dan emak adik tidak lagi peduli kepada adik. Adik hanya meminta sebiji pisang sahaja. Lapar benar perut adik. Sedih benar hati adik bila emak dan ayah tidak lagi peduli kepada adik”. Kata budak kecil itu dengan hiba sambil menitis air matanya. Tiba-tiba sahaja Jalak itu bersuara, “ Sedih benarlah hamba mendengarnya, jika begitu, hendak ke tuan hamba, hamba bawa ke satu tempat yang akan menjadi ingatan kepada orang yang terkemudian.”. Budak kecil itu pun menganggukkan kepalanya tanda setuju sambil berkata, “Tiadalah berguna lagi adik duduk di rumah ini kerana ibu dan ayah pun tak sayang lagi pada adik”. Maka si Jalak pun membesarkan dirinya berkali-kali dari saiz asalnya. Terbanglah budak kecil itu bersama si Jalak ke langit biru sambil melaung kepada ayahnya di kebun dan ibunya di sungai.
“Mak, mak, selamat tinggal mak, halalkan makan minum adik, adik terbang jauh, adik kempunan nak makan sebiji pisang. Ayah, ayah, selamat tinggal ayah, halalkan makan minum adik, adik terbang jauh, adik kempunan nak makan sebiji pisang. Jika mak dan ayah rindu lihatlah adik dilangit setiap kali bulan mengambang”.
Menyesallah ibu dan ayah ini, sambil melaung-laung supaya anak mereka kembali turun ke bumi sambil menjulang-julang sesisir pisang. Apakan daya nasi telah menjadi bubur. Anak yang kecewa ini telah membawa diri. Begitulah cerita dongeng yang mengaitkan ‘anak lari dari rumah’ kerana dahagakan kasih sayang ibu dan bapa. Mungkin juga kerana kesibukan bekerja sehingga tidak sempat menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak. Sempena sambutan Hari Pekerja saya mengucapkan selamat bertugas demi kebaikan negara dan agama tanpa melupakan tanggungjawab kepada keluarga.

15 comments:
salam to Pok Li
sementara menunggu kawan2x siap na g smayang sempat singgah cneyh bg komen..he3x
wah bulan ber-travel Pok Li nampaknya...
bek2x bawak keter, singgah berehat sebentar bersama kit kat kalao penat ha3x...
kim salam semer ahli kluarga
semoga semer dlm keadaan baik dan sentiasa baik hendaknya..
dengan izin tuhan yer..
salam kembali
Pertama kali dengar cerita ayam jantan terbang ke bulan...Walaupun cerita dogeng tapi ada pengajarannya especially buat ibubapa yang terlalu sibuk sampai terlupa nak tunjukkan kasihsayang kepada anak-anak..Good story, Pok Li..
Salam Pok Li,
Dulu masa kecik kami bela ayam katik, banyak membiak. Lepas saya masuk asrama, kitorg sembelih semua, ngap! Kawasan rumah tak cukup besar.
First time dengar cerita ayam naik ke bulan ni.
aiman
Sudah sampai masa saya ber-travel. Mungkin akan berterusan sehingga bulan Ogos. ha ha ha
Tirana
Begitulah cerita dongeng yang ada ilmu keibubapaan.Sesuai dengan generasi dahulu yang lebih suka berkias dan menasihati melalui cerita
AzD
Dikampung dulu pun bela ayam. Setiap kali balik kampung seronoknya makan ayam sehingga ketulang-tulangnya sekali. Ayam bandar ni makan daging aje.
Juga pertama kali mendengar cerita dongeng ini. Menarik juga. Kalau ada koleksi cerita-cerita luar biasa begini, baik disusun semula...dibukukan. Mari kita terbitkan.
crite dongeng pun banyak pengajarnnya..hehe...
akagnya pencerita cerita dongeng tu pasti terkejut kalau dia tau sekarang ni org memang dah pun sampai ke bulan bukan dongeng lagi hehe
Cerita dongeng tu menarik, terutama moral di sebalik kisah tu.
Pokli, jangan 'hangin' sangat dengan ayam. Kat keliling rumah saya banyak ayam hutan, tapi dengar kokokannya saja. Nampak manusia,menyelinap lari dan hilangkan diri. Cukup pantas ia menyusup di celah-celah belukar dan pokok sawit.
RMN
tawaran yang menarik terbitkan buku :). Tapi koleksi cerita dongeng saya tak banyak.
Fahana_ann
Sesekali berdongeng.
zino
Ini cerita dongeng yang dipunyai oleh masyarakat dahulu. Siapa pengarangnya siapa pun tidak tahu.
Saudara Izuddin
Kampung saya panggil ayam denak. Lama dah tak rasa. Orang kampung pun jarang yang pergi berburu.
keter saya pula selalu di"singgahi" kucing.haha
good story anyway ;)
Blog walking...
thanks for your information i like it so much..And i hope you can up to date you information every day
visit our bog in Myokezone
kuryt
Tq. Tapi tak boleh tulis hari-hari , sibuk daaaaa.
hehehehe...
ayam jantan gatai ader tak Pok li?
Post a Comment