Sesekali keluar daerah di bulan Ramadhan ini agak memenatkan. Kali ini ke Kemaman. Bandar yang terkenal dengan keenakan hidangan Sata. Pertama kali menikmatinya, saya terus 'jatuh cinta'. Emmmmmmm. Makanan yang dicampur ikan, tepung, garam dan gula. Juga sedikit lada.
Memandu dengan kelajuan sederhana mengambil masa dua jam dari Marang ke Bandar Kemaman. Sesekali ’berkelana’ seorang diri memutar semula ingatan silam. Bandar ini pertama kali saya jejaki dan ’teroka’ pada tahun 1981. Sudah banyak perubahan yang berlaku. Pasar babi di tepi sungai Kemaman itu sudah tiada lagi. Ia sudah menjadi laluan pejalan kaki dan taman rekreasi. Kedai getah milik seorang Datuk di tengah bandar itu juga sudah tiada. Pasarnya juga sudah semakin besar. Tiada lagi peniaga-peniaga wanita yang duduk di sepanjang kaki lima pasar ala ’Pasar Siti Khadijah’. Kedai ’mamak’ berhadapan pasar yang sering menjadi tumpuan kerana ayam gorengnya yang ranggup dan ’menjilat jari’ itu juga sudah tiada. Pasaraya Johan, pasaraya terawal di Kemaman juga sudah berganti tuan. Hotel Duen yang pernah saya menginap dahulu juga sudah berganti nama. Bandar Kemaman yang dahulu hanya terhenti di pinggiran jambatan Jalan Sulaiman sudah jauh melebar hala ke ’darat’. Jalan Dato Omar depan Hospital Kemaman sudah lama menjadi laluan utama Kuala Terengganu-Kuantan. Tidak perlu lagi melencung masuk ke pusat bandar. Dua puluh lapan tahun telah berlalu. Bersyukur kerana saya masih lagi hidup dan mampu mengingati beberapa ’titik tumpuan’ yang ada di ’Pekan Kemaman’ ketika itu.
Di bandar ini juga lahir seorang ’gadis’ yang pernah mencuri ’perhatian’ saya. Berhubungan berapa lama, akhirnya terputus. Mungkin kerana jarak, mungkin juga ikatan yang tidak kukuh atau yang pasti tiada jodoh. Kami pernah bekerja bersama di Kuala Lumpur terpisah selepas dia berpindah ke jabatan lain dan saya pula bertukar ke Pulau Pinang. Mungkin ada benarnya, kata perbidalan Melayu, Jauh di mata, jauh juga di hati.............
Di bandar ini juga lahir seorang ’gadis’ yang pernah mencuri ’perhatian’ saya. Berhubungan berapa lama, akhirnya terputus. Mungkin kerana jarak, mungkin juga ikatan yang tidak kukuh atau yang pasti tiada jodoh. Kami pernah bekerja bersama di Kuala Lumpur terpisah selepas dia berpindah ke jabatan lain dan saya pula bertukar ke Pulau Pinang. Mungkin ada benarnya, kata perbidalan Melayu, Jauh di mata, jauh juga di hati.............
12 comments:
p0kli teringat buah ati lama erk...
heeeee
hehehe...sukar nak lupa zaman ngorat yek...
dekat di mata dekat di hati.
Sodap sata tuu..kat sini tak da
Saya pula tidak terus jatuh cinta memakan sata. Dek kerana lapar, lahap juga memakannya.
salam ramadhan
wah..
ada nostalgia di sana ya?
Salam Ramadhan Pok Li :)
Teringat saya pada lagu "ayam deh lapeh" lagu analogi kehilangan kekasih.
lama tak makan Sata di Kuala Besut ...
Tempat pertama saya merasai Sata ...
Bila nak bayar .. Puan tu kata semua sekali dalam RM 58.00 ...
Kejut perut bila dengar ...
Rupanya Puan tu sekadar melawak ...lega !
waah, teringat kisah lama nampak Pok Li... hehehe.
Saya belajar makan sata pun masa dah kerja di Kuantan. Sedap!
Salam...
PENGEDAR PROTECUR-100 DIPERLUKAN DISELURUH ASIA...
Tahukah anda bagaimana untuk mencegah H1N1???
Insyaallah…PROTECUR-100 dapat membantu untuk mencegah wabak yang semakin mengganas menyerang kita semua. Produk kami adalah semulajadi dan ia juga boleh dikatakan anugerah daripada ALLAH SWT kepada hamba-hambanya apabila kita ditimpa masalah begini.
Marilah bersama-sama kita memeranginya tanpa keluhan dan putus asa. Ia menyerang tanpa mengira usia, warna kulit, tanpa belas kasihan(no mercy) dan tanpa memberi amaran. Kini virus H1N1 ini berada dimana-mana untuk memusnahkan kehidupan kita.
Jangan teragak-agak untuk mencuba penawar ini sebelum kita diseranginya.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT…
Hanya RM 38 sahaja sebotol dan tak rugi untuk mencubanya demi keselamatan diri sendiri dan keluarga tersayang.PROTECUR-100 juga dapat membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah:
Kencing Manis
Gaut
Buasir
Penyakit Kelamin
Sinus(resdung)
Tekanan Darah Tinggi
Obesiti
Penyakit Kulit
Keputihan bagi wanita
Tahap Ketahanan Badan Rendah
HIV Positif
Batuk
Demam
Selsema
Tonsil(Sakit Kerongkong)
Radang Sendi
Sakit Urat
Merawat dan mengeringkan luka
Jerawat
Hubungi ajen-ajen yang tertera didalam blog saya atau anda boleh terus menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
(Ross +6012 4102368 / Mikhail +6012 4839622)
KAMI MEMERLUKAN PENGEDAR DISELURUH MALAYSIA. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI UNTUK MEMBANTU SESAMA INSAN TERUTAMA KANAK-KANAK KECIL DAN BERSEKOLAH.
http://www.protecur.com/
Wasalam…
Salam Pok Li
(Sajak ni mungkin sesuai atau mungkin juga tidak dengan post Pok Li ini)
awak ...
kita sudah tidak tahu bagaimana lagi
hendak memujuk hati ini
supaya jangan teringat pada awak lagi
namun hati bukan boleh dikunci
ingatan pada awak sentiasa mencuri-curi
datang dan pergi.
awak ...
kita sebenarnya tidak gembira
bila ingatan pada awak selalu menerjah tiba
sia-sia saja kita bina benteng menahan rasa
apa saja kerja kita jadi caca marba
hingga akhirnya kita pasrah bahawa asakan gelora ini
akan kekal begini
sehigga ke akhir usia nanti.
awak ...
memang benarlah kata pujangga
cinta pertama memang begini padahnya.
*(Itu pengalaman saya, Pok Li pulak bagaimana?)
sharamli
teringat saje
ikan emas
Mari le kat Terengganu saya belanja makan sata
Anuar Manshor
Ada gerai yang sedap, ada yang tidak tapi gerai yang jual sata di jalan belakang ke INTIM Kemaman tu memang sedap.
Mak Su
Salam Ramadhan kembali.
Wanita Itu
Kadang-kadang nostalgia itu datang tanpa mengira masa. Salam Ramadhan juga
zara aluwi
Sesekali dengar lagu lama pun sodap.
razifembi
Melawak tak apa. Kalau kena macam kepala ikan sampai RM50, apa hal.
Abu Aiman
Sekadar coretan.banyak lagi makanan tradisional dan tempatan yang kita tak pernah rasa dan belum jumpa. Atau ada juga yang dah lupus dan sukarnya kalau nak dapat pun
Al-lavendari
Salam Ramadhan. Sajak tu memang puitis la. Tapi gadis itu bukan 'çinta pertama'saya. He he he
Begitulah Tuan ... mujur makcik tu melawak.
kalau tak ... pening!!
Tapi memang harga makanan di Terengganu agak mahal.
Post a Comment