Aug 13, 2009

Buat Baik Berpada-pada


Saya ketawa sendirian apabila melihat iklan pewangi kereta itu di tv. Kerana ’kewangiannya’ semua kereta yang dipandu oleh perempuan yang ’come lote’ itu mengalami ’kerosakan’. Sudah tentu ’kejadian’ itu tidak akan berlaku di alam sebenar.

Iklan bukan sahaja berperanan mempromosi barangan tetapi juga mempunyai unsur pendidikan bagi menjaga kebersihan diri, cara berpakaian, gaya pemakanan dan juga berkesan mengubah persepsi orang ramai kepada sesuatu barangan. Iklan telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Saya percaya bahawa sebahagian daripada kita tetap terkesan dengan pengaruh iklan. Walaupun iklan bukan seorang ’juru jual’ tetapi peranannya sebagai ’perangsang’ kepada penggalakan pembelian barangan memang memukau.

Saya tidak berhasrat untuk bercerita mengenai iklan. Cuma saya tertarik dengan plot iklan itu. Seorang lelaki kacak memandu sebuah kereta ’sporty’ dan berbekalkan pewangi kereta telah berjaya ’menumpangkan’ beberapa orang gadis cantik. Perjalanan selepas itu berlalu dengan perasaan riang ria dan ’gumbira’. Plot itu hampir sama dengan pengalaman yang saya lalui tetapi bukan penumpang perempuan tetapi lelaki.

Pada awal pagi di tahun 1998 saya telah bertolak dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur. Seperti biasa saya akan singgah di Perhentian Nilai untuk menunaikan solat subuh. Selesai sahaja menunaikan solat saya kembali ke kereta. Dalam suasana kelam, tiba-tiba sahaja muncul lembaga dari belakang pokok itu.

”Minta maaf bapak, tumpang bertanya, bagimana bisa mahu ke Salak Tinggi’.
’Aduh gimana boleh berada di perhentian ini’
”Saya naik bas ekspress, supirnya bilang turun saja disini kalau mau ke Salak Tinggi”

Ini dah jadi ’problem’ masalah. Oleh kerana memikirkan dia bersendirian, tanpa ragu-ragu saya mempelawa dia menumpang kereta hingga ke persimpangan lebuhraya ke Kajang. Dari sana dia boleh memanjat bukit kemudian menahan bas ke Kajang sebelum mengambil bas lain ke Salak Tinggi. Tetapi sebaik sahaja bersetuju untuk menumpangkannya, tiba-tiba sahaja keluar lagi dua ’lembaga’ dari sebalik bangunan surau itu dan terus masuk ke dalam kereta. Wah ini ’problem’ masalah juga ni.

Kerana memang sudah berhasrat untuk menumpangkan, saya teruskan sahaja niat itu. Malangnya dalam perjalanan, mereka berkeras supaya dihantar terus ke Salak Tinggi.

’Mana boleh pak, saya lagi kerja., mau cepat ’
’Saya ada permit lagi bapak, yang tiada permit pun orang berani hantar. Bilang saja berapa, kita bayar. Apa yang bapak takut’

Nampaknya keikhlasan saya telah cuba diinjak-injak. Nasib baiklah selepas tidak mahu mengalah akhirnya mereka turun juga dari kereta. Saya sudah nekad jika mereka tidak turun, saya akan memandu terus dan berhenti betul-betul di hadapan tangga Balai Polis Tol Sungai Besi itu. Perjalanan itu bukan lagi dalam keadaan riang ria dan ’gumbira’ tetapi penuh trauma.

17 comments:

adnieyl achan said...

Nostalgia yang mungkin tak dapat dilupakan, ye Pok Li.....

F A R Y N said...

menakutkan sungguh...
kalau boleh jgn tumpangkan org yg tak dikenali takut membahayakan diri..haishhh

Tirana said...

Orang bagi betis..dia nak paha pulak..Zaman sekarang ni tak boleh tumpangkan orang sesuka hati..takut kita yang kena samun...last2 kita yang jalan kaki nanti..heehehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

bahayanya......

kadang2 niat baik kita menyebabkan ada org yg amik kesempatan...

en_me said...

teringat kes pemandu teksi dari genting highland ke puduraya.. penumpang bangla tak bayar spt yg dijanjikan.. berlaku pergaduhan.. akhirnya pemandu teksi dibunuh di depan mata kawan-kawannya di hentian puduraya ittewww.. sib baik pokli tak apa2 kannns..

zino said...

bahya tu... nak buat baik pun susah..

Brahimnyior said...

Huh, Pokli, ngeri jugak baca entry kali ni.

Jika saya di tempat Pokli, pasti saya jugak mengalami perasaan begitu, berkecamuk. Mulalah terfikir yang bukan-bukan. Entah-entah yang menumpang itu memang banjingan yang menagih darah, lalu terfikir pula anak dan isteri di rumah..

Pokli,

Syukurlah mereka tiada niat lain, tapi di tempat saya, pemandu teksi yang mengambil penumpang pada lewat malam, berakhir dengan tragedi mayatnya ditemui di ladang ubi kayu, jauh dari jalan utama.

Saya rasa betul tajuk entry ni, buat baik berpada-pada, kalau terdetik rasa curiga, tinggalkan saja.

sharamli said...

nak buat baik p0n salah kn....

Pok Li said...

adniel achan
Nostalgia yang kadang-kadang teringat bila melintasi tempat tu semula

Farynn
Sejak dari hari itu saya tidak lagi berhenti walaupun ditahan disiang hari.

Tirana
Saya masih ingat lagi kes seorang Singh yang ingin membantu 'kereta rosak', telah ditinggalkan ditepi jalan, isteri, anak perempuannya dilarikan bersama keretanya... Sedihkan.

Gadis Kampung Separa Bandar
Memang ramai orang yang selalu ambil kesempatan dari kebaikan yang kita hulurkan. Duniaaaa.

en_me
Kawan-kawan pun tak sempat nak tolong. Sedihhhh kannnn.

zino
Begitulah harga yang terpaksa dibayar. Tak setimpal pun.

Brahim Nyior
Kerana tu sekarang saya berhati-hati betul dengan orang asing dan tidak dikenali. Kalau tak penting saya tak akan layan.

sharamli
Buat baik tu bagus tapi berhati-hatilah, takut-takut membahayakan diri sendiri.

pB said...

pB rajin keno skali.

maso tu , di'nir hari. naik prebet sapu. drebar tu punyo lar peramoh. macae macae dio tanyo , sapa naik takut pB.

lah lah , pB suruh dio berenti . walaupun ghumoh tu jauh lagi....

takut nyor bowok lari jahhhhh

zara aluwi said...

Ambil iktibar daripada perkara-perkara yang pernah berlaku sebelum ini. Zaman sekarang tidak perlu lagi untuk berbuat baik secara begitu. Terlalu ramai kaki pembelit dan penipu. Bukan berarti kita tidak prihatin, tetapi keselamatan diri perlu diambil kira.

Tenang said...

Tuan kan guru sllat, belasah aje. Jangan bagi muka dengan orang macam ni.

Abu Aiman said...

alhamdulillah pok li selamat.

Bila nampak kereta rosak atau org tahan tepi jalan memang rasa nak tolong. Tapi kes2 mcm yg dlm komen2 di atas yg menyebabkan fobia nak tolong strangers. Last2, keraskan hati dan doa semoga pertolongan akan sampai kat dia jika dia berniat baik...

ikan emas said...

PokLi,
nak tumpang boleh??

Wanita Itu said...

Mmg Tuhan melindungi Pok Li..
nasib baik tak pa pe kan..

Pok Li said...

pB
Eloklah berhati-hati sebelum terkena

zara aluwi
Terima kasih. Ingatan untuk kita semua

Tenang
Syyyyyyyh, jangan bagitau orang..... ha ha ha

Abu Aiman
Kini bila kita mengalami kerosakan kereta di tepi jalan tak ramai orang yang ambil peduli. Kena ikhtiar sendiri le nampaknya...

Ikan Emas
Boleh. No problem

Wanita Itu
Saya Bersyukur..

labah- labah kecil said...

Pok Li ni baiklah..kalu saya fikir dua tiga kali nak tumpangkan orang..takut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails