Sep 17, 2009

ABC

Dua hari lepas saya dan isteri telah ’turun’ ke Kuantan. Sebuah bandar yang pesat membangun. Bangunan perniagaan dan taman-taman perumahan sudah melebar sehingga ke pinggir bandar. Pasaraya dan pusat membeli belah pula semakin bertambah dan bercambah. Beberapa batang jalannya sentiasa sesak. Kuantan sudah menjadi bandar tersibuk di Pantai Timur.

29 tahun dahulu ketika pertama kali saya menjejak kaki ke bandar ini ia hanyalah sebuah ’bandar mati’. Selepas jam 8.00 malam tiada lagi kedai dibuka. Kalau ada pun Medan Selera di tepi sungai Kuantan itu sahaja. Tiada tomyam, tiada nasi berlauk, tiada masakan kampung, yang ada hanya nasi goreng. Gerai No6 Medan Selera itu sering menjadi pilihan saya. Bukan sahaja nasi goreng ayamnya yang enak, tetapi ABC specialnya memang sedap ’giler’.

Kami hanya sampai di Kuantan 15 minit lagi sebelum waktu berbuka. Saya tidak lagi mencari gerai No6 itu. Dari Jalan Beserah terus sahaja merentasi jambatan ke Tanjung Lumpur. Tanjung Lumpur kini sudah menjadi ’medan selera’ yang baru. Kedai makan sudah berderet panjang. Dulu Tanjung Lumpur hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Belum ada lagi jambatan. Kampung ini hanya ada sebuah jeti kayu dan beberapa buah bot penambang. Tambang bot dari Tanjung Lumpur ke Bandar Kuantan hanya 30 sen. Bot-bot ini juga yang menyambung perjalanan mereka ke Kg Selamat dan Tanjung Api.

Petang itu kami berbuka ala kadar sahaja.Tomyam, telur dadar, kailan dan martabak. Air Sirap Bandung dan Milo ’kosong’. ”RM 14.60 bang”. Harganya jauh lebih murah dari mereka yang sanggup membayar berpuluh-puluh dan beratus-ratus ringgit ’satu kepala’ untuk ’pakej berbuka puasa’. Peniaga sekarang begitu ’berani’ meletakkan harga tanpa rasa takut kehilangan pelanggan. Mungkin tidak seperti peniaga Gerai No6 Medan Selera, Jalan Besar itu, ketika saya datang kembali di tahun 1982, ABC Specialnya sudah tidak sesedap dulu.

”Kenapa dik, campurannya dah kurang ?”
”Harga barang dah naik bang,”. ” Kalau jual mahal sapa nak makan”

Harga ABC Special waktu itu baru berharga RM2.00. Dia sudah tidak berani menaikkan harga kerana takut tiada pembeli. Begitulah jarak masa yang berlalu. Ia bukan sahaja telah mengubah lanskap fizikal, tetapi juga berlaku perubahan sikap, pemikiran, ragam, tingkah laku, citarasa dan pandangan hidup. Hari ini jika ada yang jual ABC Special berharga RM 10.00 pun tetap ada yang beli woi.........

12 comments:

al-lavendari said...

Salam Pok Li. saya pernah tinggal di kg selamat beb. bulan di rumah sdr, dekat dgn sekolah agama. apa yang saya masih ingat, ada orang berjaja laksam dari rumah ke rumah. kesedapannya masih terasa sampai sekarang. kuahnya benar2 pekat. tak ingat dah berapa harganya. tentang harga barang atau makanan, ia bergantung kepada tempat. sebotol coke di Marriot Hotel tentulah tak sama harganya dgn gerai di tepi jalan. harga coke di gerai tepi jalan, tak sama harganya kalau beli kat Giant. kita sebenarnya ada pilihan. tapi pilihan yang termurah pun, kadang2 mahal juga.

nohas said...

nostalgia di Tanjung Lumpur, makan ikan bakar & nasi lemak..

bila dah ada projek ECER, lagi bertambah pesat Tjg Lumpur & Pantai Sepat, akan berubah landskap sama sekali.

Apa yg special ttg ABC Gerai No.6 tu? ada aiskrim, buah laici ke?

melayuangkat said...

Salam Pok Li,

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Pok Li said...

al-lavendari
Betul tu. Makanan yang hampir sama saya makan di Dungun tanpa murtabak RM19.00. Wah mahalnya. Walaupun hanya gerai biasa. Mungkin ditepi laut kot.

nohas
Gerai tu saya tak tahu ada tak lagi. Kalau adapun mungkin sudah generasi kedua. Macam-macam ada termasuk buah prune. Lain-lain dah tak ingat dah.....

Melayu Angkat
Selamat Hari Raya kembali.

bungacahaya said...

Salam rayo Pok Li...

Mano tahun ni? Pilah ko?

mannmusa said...

Salam Pok Li, Selamat Menyambut Idulfitr....sememangnya Kuantan sudah banyak berubah berbanding dulu. Tanjung Lumpur pesat membangunan setelah jambatan tu dibina. Tahun lepas saya kesana sempena TV3 dan TV9 adalah Perkampunag Hadhari disitu. Harga makanannya dah naik berbanding dulu. Pok Li tak ramai peniaga kaum kita yang berubah sikap beitu,,,banyaknya yang haloba dan ingin cepat kaya....mereka pula pada 'keberkatan' rezeki yang dijanjikan Allah...

wanita mutalib said...

Salam Pok Li ~

selamat hari raya pok li..

saya pernah juga ke kuantan..menyusur tepi sungai itu..makan juga di situ..
tapi tak terkesan sbab tak menepati citarasa saya pun ihiks..

Tirana said...

ABC ni kegemaran saya sejak kecil lagi. Lain kedai, lain versi ABCnya. Semakin banyak campuran, semakin mahal. Tiba-tiba aje meleleh airliur nak makan ABC..hehehe

Selamat hari raya Pok Li...Maaf dipohon jika ada salah dan silap..

Don Balon said...

Kuantan..
Tempat saya membesar.. :)

Abu Aiman said...

Dah 4 tahun lebih saya tak ke kuantan, balik nanti Kuantan akan menjadi tempat saya bermastautin mencari rezeki. Dengar khabar banyak perubahan walau dalam masa 4 tahun ini.

Selamat Hari Raya Pok Li. Hati2 bawak kereta musim2 cuti ni.

adnieyl achan said...

Selamat Hari Raya, Pok Li....
Kuantan tanah tumpah darah saya, walaupun saya bukan anak jati kuantan, tapi kuantan lah tempat saya kenal erti hidup.
kalau rajin, mai la ke rumah, beraya di taman tas, jalan gambang....

Pok Li said...

bungacahaya
Tahun ni rayo NS,Seremban

manmusa
Semakin jauh jarak masa semakin berubah ragam manusia. Selamat hari raya

Wanita Itu
Saya pun dah bertahun-tahun tak menjengok medan selera di tepi sungai tu. Apa kabarnya agaknya. Cuma saya teringat, dulu kalau minum waktu petang akan nampak kelawar keluar penuh berterbangan dari hutan sungai kuantan.

Don Balon
Ya ke?. Kuantan tempat saya mula bekerja. Ada sentimental value yang saya tak lupa.

Tirana
Sekarang dah kurang makan manis. Mungkin sesekali. Ais juga dah jarang minum. Masa dah berubah. Citarasa juga berubah.

Abu Aiman
Perubahan berlaku setiap masa. Kadang-kadang kita tak sedar. Ha ha ha . Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

adnieyl achan

Orang Kuantan ke..... Saya hanya 'tumpang lalu'. Insya allah kalau ada kesempatan saya singgah. Salam Raya. jangan main mercun.