Sep 8, 2009

More, Ulau dan Bungkusan Plastik

Dua hari lepas saya telah turun ke kampung halaman. Mulanya saya ingin sahaja menaiki bas. Mudah dan tidak melelahkan. Sesekali menjadi penumpang dan ada yang memandu tentu lebih santai, terutama ketika mengharungi perjalanan yang jauh itu. Tetapi kerana anak-anak di Bangi dan Cyberjaya juga mahu menumpang pulang ke Terengganu sempena cuti Nuzul Quran terpaksa juga ’bawa’ kereta. Bertemankan isteri yang setia, kali ini saya lebih selesa menyusuri jalan pantai, Marang, Dungun, Kemaman lebuhraya Pantai Timur sebelum melencung ke Gambang melintasi sempadan Pahang ke Negeri Sembilan melalui Bandar Muadzam ke Keratong dan bernoktah di Seremban.

Malam itu kami menunaikan solat Isyak dan tarawih di surau kampung. Surau yang dibina oleh seorang ulama bernama Haji Othman 55 tahun dahulu. Tokoh ini lebih dikenali dengan panggilan Haji Semaun. Panggilan ini berpunca kerana beliau belajar dan menetap bertahun-tahun (menaun) di Mekah. Allahyarham hanya pulang ke tanahair selepas tamat perang Jepun. Namanya sebaris dengan nama-nama ulama yang terkenal di Negeri Sembilan. Buku-buku hasil penulisannya sebahagian diserahkan ke UKM sebagai ’pesaka’ dari seorang tokoh yang menyumbang kepada peningkatan syiar Islam di Negeri Sembilan.

Haji Semaun sudah lama meninggal dunia. Meninggal ketika saya di Darjah Lima (1971). Selepas itu satu persatu imam-imam di surau itu meninggal dunia. Abah, Long Awaluddin, Long Amat, Haji Mazri... kini ’tempat’ mereka telah diganti oleh abang-abang tua rakan sepermainan waktu kecil dahulu. Setiap kali berpaling memberi salam, muka-muka bersih itu sudah penuh jalur dan kedut tua. Ramai juga yang sudah berambut putih dan botak. Tersedar bahawa saya juga bukan berusia muda. Saya adalah pewaris-pewaris yang pernah memenuhi surau ini semasa kecil. Di surau ini tempat kami mengaji, di surau ini kami sering tidur selepas ’tadarus’. Di surau ini kami sering bergurau di saf belakang ketika orang tua kyusyuk sembahyang dibaris depan. Di surau ini juga kami sentiasa ternanti-nanti ’ulau’ atau ’more’ selepas solat terawih. Kini ’ulau’ itu tidak lagi berhidang, kalau ada pun hanya air kotak dan sebiji buah epal dalam bungkusan plastik. Mungkin juga kakak-kakak ’tua’ itu sudah tidak terdaya lagi hendak membasuh pinggan dan cawan yang bertimbun-timbun itu.

21 comments:

sharamli said...

ulau...

bru taw pekataan tu...

sum0 tu kenangan....

:)

AMMOSHAM said...

ulau...ingat ular tadi...

kenangan tul...cerita laa lagi..

Wanita Itu said...

sama macam surau di kg suami saya..

tiada lagi more berhidang..

hanya secara buffet..

kerana penghuni surau semakin lama semakin 'emas' dan tak daya lagi nak membasuh pinggan bertimbun..

^_^

ikan emas said...

bertaun duk nogori tak ponah lak den dongar 'ulau' ni..
amenda ek?

al-lavendari said...

Pok Li balik Seremban mesti lalu belakang rumah saya. Sungguh nostalgia ... sekarang pun budak2 masih "memekak" kat belakang surau semasa tarawikh. Perangai budak2 tetap sama - tak berubah ... macam dulu2 jugak.

Saya pun x pernah dengar "ulau" tu.

Anuar Manshor said...

Teringat kata-kata klise penceramah jemputan di masjid depan rumah saya, "Saya lihat yang di hadapan saya ini semuanya orang yang sudah berusia, yang sudah pencen. Tiada anak muda."

Abu Aiman said...

Ramai yang lebih suka pakai bekas 'pakai-buang' utk jamu makan sekarang. Kurang meriah, tapi kurang kerja membasuh.

Imam2 di masjid tempat saya membesar juga semakin 'tua'. Harap2 ada la generasi muda yang menjadi pelapis.

Don Balon said...

Pokli..
Haji Ahmad Said tu orang Rombau ko Pilah?
Ulau la pulak..
den ingekkan ulau melintau ateh pagau tadi..:)

Pok Li said...

sharamli
ya kenangan yang membahagiakan. He he he

Ammosham
ulau tu sebutan dikampung saya aje. Kampung lain mungkin tak ada.

Wanita itu
Apa nak buat yang tinggal dikampung pun generasi emas, yang muda-muda pulak dah tak turun ke surau.

Ikan emas
Sebenarnya ulau ni sebutan 'orang kampung' saya sahaja. Ia dipopularkan oleh seorang bekas pencen polis tahun 60an, Tok Pain (Allahyarham). Jika selepas tarawih dia akan selalu sebut dua perkataan, Tak ado 'ulau' ko..... atau 'tak ado lanco ko'. Gitu le sejarahnya. Kampung lain diNS mungkin tak akan faham.

Al-lavendri
Kat mana rumahnya ye.
Betul budak-budak tak pernah berubah. Apa pun mereka perlu ditegur mengenai adab di masjid dan disurau.

Anuar Manshor
Tidak tahu mana silapnya. Tak ramai generasi muda yang hadir ke masjid dan surau. Lebih ketara di kampung. Di bandar macam ok juga.

Abu Aiman
Betul juga, orang sekarang lebih kepada perkara mudah dan ringkas. Tapi dah tak seronok. Masing-masing bawa bungkusan dan bawa balik ke rumah.

Imam dikampung juga lagi satu masalah. Semakin berkurang.

Pok Li said...

Don Balon
Syeikh Ahmad Said ini asal orang Seremban. Mufti pertama Negeri Sembilan. Anak sulungnya Syeikh Murtadza juga pernah menjawat jawatan Mufti NS. Menetap di Kg Pondok Rasah. Telah membina surau yang dinamakan As Saidiah mengajar anak murid yang datang dari pelbagai pelusok negeri sehingga ke Melaka dan Pahang. Meninggal dunia pada tahun 1964.

akuduniaku said...

salam to Pok Li

memori Pok Li sgt kuat! taniah! =)

en_me said...

kakak tua katernyerr.. uhuhu

Pok Li said...

akuduniamu
Ingatan lama. Ingatan baru kureeeeng sikit.

en_me

Kakak 'tua' ?. He he he

zara aluwi said...

Isnin baru ni, saya hantar bihun goreng untuk more di masjid. Saya gunakan pembungkus polisterin saja. Senang... ambil sorang satu...

Pok Li said...

zara aluwi
Tentu sodap kannn

sha said...

Pok Li..Pok Li..singgah kojap..

selain "ulau"..ado pekataan lain lai disobut di kpg Pok Li??..
ceritolah laiiii..

razor said...

1-pokli buta imbauan lagi
2-pokli dah expose muka dah..gempak lah..

saya takde peluang la skang ni pokli. nak jugak taip panjang2...haih

razor said...

correction:
1-pokli buat imbauan lagi

gondangmas said...

pok li,demo tak mgeler kat bagan pinang ko?tkkan ikan mas tak jemput??///tompet dato ksu,dato pengarah dan dato menteri tu???sebaris dgn demo gak...

hans said...

ulau hampir pupus

Pok Li said...

sha
Ada lagi satu. Dia orang sebut 'lancur'. He he he.

Razor
Expose sedikit demi sedikit. Ok juga tu kan.

Hans
Ya. Mungkin orang dah malas nak masak....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails