Besok 19 September 2009, saya akan pulang ke kampung halaman. Beruntung saya masih ada kampung. Beruntung juga saya masih ada adik beradik di kampung. Beruntung juga saya masih ada rumah masak lomak cili api itu. Jika tidak saya tak tahu hendak berhari raya di mana. Mungkin di Marang. Mungkin juga di kampung isteri saya di Pulau Pinang. Mungkin juga tidur di hotel, paginya ke tanah perkuburan menziarahi pusara abah dan emak. Selepas itu solat sunat Eid Fitri. Ziarah beberapa buah rumah dan balik ke hotel lagi. Tentu menyedihkan bukan............ Kalau begitu jadinya, berayakah kita?.
Itu hanya sedikit cerita sedih, jika nak dibandingkan dengan kehilangan orang tersayang, kerana kemalangan jalanraya. Ketika mereka 'balik kampung' dalam suasana riang dan gembira. Ketika 'lomang' sudah 'dibolah'. Ketika 'rondang' telah dihidang. Ketika bilik sudah 'berkomeh'. Kerana itu berhati-hatilah ketika memandu. Kalau begitu jadinya, berayakah kita.
Ketika saya menulis ini, beberapa bunyi ’letupan’ terus berdentum dentam. Kalau bukan kerana Hari Raya sudah semakin hampir, saya fikir tentu ada berlaku kejadian tembak menembak di depan rumah. Suka betul mereka bermain ’letupan’ itu sehingga ada yang kehilangan ’jari’ dan ’tangan’. Rupa-rupanya mereka sering 'lupa' sejarah. Sejarah yang setiap tahun berulang. Kalau begitu jadinya berayakah kita?.
Apapun ceritanya saya tetap mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan blogger yang menjengok dan menjengah blog Biso Bonar ini tanpa rasa jemu. Begitu juga kepada pengikut dan pembaca tetap blog ini yang sering memberi pandangan, ulasan, dorongan dan segala macam komen. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Maaf Zahir dan Batin juga jika ada komen-komen saya yang tidak sewajarnya serta menyinggung rasa dan jiwa........ Begitu juga saya berdoa semoga kita bertemu lagi di bulan Ramadhan Al Mubarak yang sudah mula melangkah meninggalkan kita. Ya Allah, panjangkan umur kami. Mudah-mudahan Ramadhan ini bukan yang terakhir buat kami. Amin.

Kad Ihsan Sinzmanula
10 comments:
Selamat pulang ke kampung dan selamat bergembira menyambut hariraya bersama sanak dan saudara.
Walau apa-apapun, semoga kita mendapat keberkatan Syawal sebagaimana yang diharapkan pada bulan Ramadan.
Selamat hari raya sekali lagi Pok Li...Selamat berayo kek rumah masak lomak cili api yo...
Kalau arwah atok ngan nenek den kek Labu tu ado... mesti seronok. Duo-duo dh takdo...rumah pun dh menyombah bumi.
salam selamat hari raya buat Pok Li sekeluarga! =)
Selamat Hari Raya Aidilfitri Pok Li.
Saya rindu jugak nak balik kampung opah & wan mcm kecik2 dulu. Tapi sekarang ibubapa saya pulak dah jadi opah & wan. begitulah kitar kehidupan.
Maaf zahir batin.
Raya lah Pokli.
Salam lebaran. Saya tak merasakan kemeriahannya sejak kehilangan mak dan ayah, bermula 2005.
Hanya menumpang kasih kepada mertua...
semoga selamat perjalanan pergi balik. maaf di terima dan maaf juga di pinta dari sdr.
Selamat Hari Raya Pokli...Maaf Zahir Batin kalau ada tersilap salah komen...semoga Pokli teruskan tulisan menarik di blog ini.
Salam Aidilfitri buat Pok Li sekeluarga
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.
p/s: We would like to invite all bloggers to join our blogging community which can helps you getting more visitors to your blogs. It's totally free! Social Blogger Community
Post a Comment