Setiap kali Hari Raya tiba. Anak-anaklah yang paling gembira. Bukan sahaja memakai pakaian baru tetapi juga ’mengutip’ duit raya dari abah, emak, atok, nenek, bapa saudara, mak saudara dan daripada jiran-jiran sekampung atau setaman. Selepas dua tiga hari berhari raya ada yang sudah mengumpul beratus-ratus ringgit. Ada juga yang hanya setakat puluhan ringgit. Itu pun sudah cukup bagus.
Semasa saya kecil, budaya memberi 'angpau' ini tidaklah terserlah. Ia hanyalah ’nasib’ jika tuan rumah hendak memberi. Kalau memberi pun tidaklah dalam sampul kecil seperti sekarang. Mereka hanya beri 10 sen atau 20 sen sahaja. Selalunya tuan rumah hanya menjamu mereka makan dengan kuih-kuih dan air sirap yang dicampur selasih. Tetap ada ’kelas’ walaupun tanpa Ribena.
Bila agaknya budaya ’angpau’ ini meresap ke dalam budaya Melayu. Saya tidak ingat dengan jelas. Tahu-tahu kita sudah ’meniru’ amalan kaum Tionghua itu. Jika tidak silap ia berkembang pada awal tahun lapan puluhan. Ia berkembang dengan cepat sekali. Mulanya sampul itu masih menggunakan warna merah (angpau). Hanya selepas itu barulah lahir sampul yang berwarna-warni. Bank, pasaraya, kedai kasut, kedai baju, telah ’menghadiahkan’ pelanggan-pelanggan mereka dengan ’sampul duit’ ini. Semenjak itu juga setiap tahun bank-bank menyediakan tukaran wang RM1, RM5, RM10 setiap kali menjelang Hari Raya. Kita sudah menjadi ’pemurah’ sepanjang bulan Syawal ini. Anak-anak pun semakin ramai datang ke rumah. Mereka datang dan ’gelisah’ bila hanya dijamu kuih-muih sahaja. ”Tak ada duit raya ke Mak Cik”. Bila diberi, mereka ’bersegera’ keluar pula ke rumah jiran yang lain. Budaya ’angpau’ ini telah meresap kuat dalam jiwa anak-anak, sehingga ada yang tidak menjamah pun kuih muih yang dihidangkan. Mereka meniti dari satu rumah ke satu rumah tanpa kecuali. Materialistiknya budak-budak kannnnnnn.......

19 comments:
betul pandangan sdr tu. memang tak elok digalakkan. benih politk wang. tapi kalau tak bagi pulak, kesian kat budak2. mereka semua mengharap. tapi kalau kita semua setuju tak bagi, lagi bagus. masalahnya mampu ke kita mendapatkan persetujuan semua orang? memang mustahil. kita nak halang pun, takkan terdaya. jadi saya anggap ia sedekah sahajalah. dalam pada itu kita sama2lah ingatkan budak2 supaya tidak terlalu mengharap sangat, kalau orang beri, ambillah. kalau orang tak beri, tak ada rezeki. dan gesa mereka supaya menabung selepas itu.
pokli itteww.. duit bukanlah segala2nyer.. tapi segala2nyer nak pakai duit.. ghitewww
al-lavendari
Budaya duit raya ini sudah kuat berakar umbi dalam masyarakat. Saya setuju kita sebagai 'orang tua' kena ingatkan selalu bahawa berhari raya bukan untuk duit, tetapi ada nilai lain yang perlu disuburkan bersama. Kasih sayang, hormat menghormati, ziarah menziarahi dan yang paling utama, membesarkan 'hari kemenangan' itu mengikut kehendak agama.
en_me
Gitulah nampaknya en_me.
kebetulan pulak entri saya yang terkini adalah juga tentang sampul duit raya!
Pok Li..ingat x komen Pok Li di N3 sy ttg bee on say?..pengaruh TV menyumbang kpd kesan budaya bebudak sekrg.
Camner nak ubah persepsi 'mereka' ngan duit raya nih??..bagi bunga telur(sebagai option duit raya) baru padan muka..ehek
Saya tak pernah dpt duit raya dari ibu bapa. Jadi sampai skrg saya masih tak faham konsep duit raya ni. Hinggakan ada rumah yg hidang air saja (itu pun tuang terus dari botol air"gas") sebab tau anak2 ni lepas minum, dapat duit raya, balik.
Saya nak ganti duit ngan pen sorang satu la. Ok kot...
Betoi tu, Pokli.
Budaya ni bukan budaya kita, tapi menjangkit serata dah. Anak-anak saya pun, kekadang malu saya dibuatnya.
Saya sebolehnya tak mau ajar anak ke rumah orang, dan macam mengendeng duit raya. Kalau orang nak bagi, terpulang, tapi selalunya apabila bersalaman, pasti ada yang menghulur kepada anak-anak.
Jadi, saya pun buat jugaklah untuk anak orang yang bertandang ke rumah saya. Orang memberi, kita merasa, orang berbudi, kita berbahasa. Tak begitu?
best kn jdik bdk2....heee
pok li..bab duit rayer ni, saya dan husband buat pendekatan adakan sedikit majlis tazkirah dengan anak - anak lepas solat Hari Rayer sebelum bermaaf- maafan kami bagi sedikit gambaran tentang hal duit rayer or ang pau rayer.. bimbang anak - anak p berayer umah saudara mara tujuan nak duit rayer , kalu tak bagi muncungnyer boleh simpul..bukan senang nak ubah budaya ni...imbang akan datang jadi kemestian. Dok gitu ?
Dulu-dulu saya malu nak pi raya rumah orang sebab orang dok bagi duit..hehehe..nampak macam kita dok meminta la pulak tapi budak2 sekarang ni selamba aje tanya duit raya kalau lambat bagi. Dulu-dulu dapat duit syiling aje tapi sekarang dalam sampul paling kurang pun seringgit dua.
Betul la Pok Li. "Makcik, kami nak mai raya tapi kami dah kenyang" itu antara dialog budak2 yang datang beraya, maknanya nak duit jer.
Kita yang tua ni pulak kalau tak bagi duit raya, bukan setakat budak2 tarik muka, mak bapak budak2 tu ada yang akan cop kita kedekut pulak. Gitu lah dunia...
Memang susah nak mengubah budaya ni. Pernah dulu tak nak bagi duit raya kat budak2 dtg beraya, mak pulak bising "apa salahnya sekali setahun bagi sedekah kat budak2", "nanti malu apa jiran2 kata".
Niatkanlah sedekah, walaupun rasa mcm dah terbiasa.
Assalamualaikum Pok Li,
Kita ni memang tak habis dengan mentaliti 'kesian' apa nak buat?
Memang benar saranan Pok Li, budak budak sekarang materialistik..
Saya beri duit raya tapi hanya kepada anak2 buah terdekat sahaja. Saya beri kerana saya rasa mereka berhak mendapat hasil tanaman pisang yang saya kumpul. Kerana saya mengusahakan tanaman pisang atas tanah ibu bapa mereka.
Pok Li.
agaknya TS Isa samad byk tak//?? bui duit raya di bagan pinang nanti??
Tak balik Nogori ko cari duit raya??
tak salah kalu jadi KDM...
sha,bungacahaya,Brahimnyior,sharamli,aneta,Tirana, Abu Aiman,nohas,melayu angkat, zara aluwi, gondangmas. Terima kasih atas ulasan anda. Saya tak sempat nak jawab. Asyik turun naik KL Terengganu.
It is useful to try everything in practice anyway and I like that here it's always possible to find something new. :)
I am reading this article second time today, you have to be more careful with content leakers. If I will fount it again I will send you a link
Post a Comment