Nov 18, 2009

Doa dan Harapan


Hari ini adalah hari penting buat anak saya yang bernama Muhammad Afif. Dia sedang menghadapi peperiksaan besar yang telah dilalui oleh abang-abang dan kakak-kakaknya dahulu. Sijil Pelajaran Malaysia. Malam tadi saya sempat lagi bertemu dia di sekolahnya, di SMK Sains Kuala Terengganu. Pada mata zahirnya ia cukup yakin untuk mengharungi cabaran ini.


Afif adalah anak saya yang kelima. Anak bongsu. Ketika lahir beratnya hanya 2.58 kg sahaja. Paling ringan antara adik-beradiknya. Kini beratnya sudah mencecah 59 kg, juga paling besar antara adik beradik yang lain. Mewakili pasukan sekolah bermain tenis dan juga Imam Dua di sekolah. Antara anak yang paling kerap berpindah-pindah sekolah. Dari SK Senaling, Kuala Pilah, SK Sg. Choh, Rawang, SK Bukit Sentosa, Bukit Sentosa, SMK Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung hinggalah mengikut saya berpindah ke Terengganu di SMK Seberang Marang, Marang. Keputusannya yang cemerlang pada PMR 2007, telah menempatkan dia di sekolah sekarang. Retetan kehidupannya baru bermula. Tahun depan mungkin dia berada di matrikulasi atau di maktab atau pun terus ke luar negara.


Hari penting ini juga adalah hari penting kepada 465,853 pelajar yang mengambil peperiksaan yang sama. Hari ini juga adalah hari debaran kepada hampir dua juta ibu dan bapa. Ibubapa yang mengharapkan kejayaan anak–anak masing-masing. Anak-anak yang telah bertungkus lumus sepanjang dua tahun pengajian mereka, belajar, mengulangkaji, berbincang dan diasak terus-terusan dengan latih tubi menjawab soalan, dengan satu matlamat mencapai keputusan yang cemerlang dan boleh dibanggakan.


Walaubagaimanapun perjalanan mereka baru sahaja bermula, banyak lagi cabaran dan rintangan hidup yang terpaksa mereka lalui. Ini adalah sebahagian dari rencah kehidupan yang baru mereka rasai dan kenali. Apa pun saya dan emaknya serta bersama-sama berjuta-juta ibubapa lain tetap berdoa untuk kesejahteraan mereka sewaktu mengharungi hari-hari peperiksaan ini, semoga tiada yang ditimpa sakit, demam dan bencana. Kepada pelajar yang terpaksa mengharungi ujian berganda kerana banjir atau musibah saya tetap doakan mereka terus istiqamah dan berjaya menempuh halangan itu dengan jayanya.

7 comments:

Tirana said...

Good luck to Muhammad Afif! Mudah-mudahan akan mendapat kejayaan yang cemerlang.


Dah besar anak bongsu Pok Li. Anak bongsu saya baru 7 tahun..lambat lagi nak masuk Universiti..hehehe

gondangmas said...

salam pok li,
ambo pun ada anak jantan masuk peksa spm hari ni..sama macam afif gak.harap2 demo ni biar la sampai ke puncak jaya.amin...

zino said...

semuga berjaya buat afif.. sama dengan anak zino selamat berjuang dan selamat berjaya...

pB said...

cepat jah masa tu berlalu ...

dulu tapak kaki besar tapak tangan kito ...

sekarang .....



moga berjaya

nohas said...

semoga berjaya buat Afif..

Unknown said...

good luck afif...

adik saya pun sedang berjuang..

Mak Su said...

selamat berjaya buat Muhammad Afif :)

all the best, caiyuk caiyuk