Nov 15, 2009

Ulangsiar

Ini adalah tulisan saya tahun lepas mengenai perpisahan, Bertemu Untuk Berpisah. Sehingga kini saya masih belum bertemu Syed Abdul Halim sahabat lama yang saya kisahkan itu. Tahun ini dan di bulan November ini ramai yang telah bertukar. Walaupun benar kata bidalan, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti dan yang berpisah pasti ada pertemuan baru, tapi kesimpulannya tetap satu, ia tetap tidak sama walaupun yang datang itu kembar seiras.

Buat rakan-rakan yang pernah berkampung bersama-sama di Terengganu ini, Juliana, Rohani, Fadzilah dan mentor saya Hajah Halimaton. Saya ucapkan selamat bertukar ke Putrajaya, Kuantan dan Bandaraya Kuala Lumpur. Setiap kali berpisah saya akan terasa ‘kehilangan’. Mungkin seminggu dua ini ‘mood’ saya akan pulih semula. Insya Allah. Tahun hadapan siapa pula. Hu hu hu. Mungkin juga giliran saya pula. Ha ha ha

7 comments:

Tirana said...

Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti tapi macam yang Pok Li kata..yang mengganti takkan sama dengan yang pergi.. Kitalah yang kena menyesuaikan diri dengan yang baru.

ikan emas said...

Akhir tahun ni ramai yg double hepi sb dpt apa yang diminta
, ada yg hepi tp menangis jugak sb kena tukar tempat yg tak diidam..pun gitu ada juga yang berduka tp msh blh cool..
harap-harap tak de yang duka berganda.

Ikan emas tak tau kategori mana..' cooooooooooooollllll

Awal tahun depan giliran PokLi pulak...redi la kotak yer!

AMMOSHAM said...

boss, klau bertukar jangan lupa buat satu akaun facebook. sekurangnya tahu kat mana berada...

sha said...

mood terganggu ye!!...xpa, biarkan mereka pergi..hari kita xtau bila pulak..kami di disini(alam maya) cuma mampu menjadi pendengar yg baik sj..he2

psst: komen tuan dlm n3 saya Version en espanol dgn tanpa niat telah terdelete..mohon "ulang komen"..harap maaf..tq

sha said...

hehehe..mohon maaf sekali lagi..dah jumpa komen tuan..rupa2nya dlm n3 "berfikir di luar kotak"..itulah kalau dah gopoh sgt.

~0~ said...

datang dan pergi itu lumrah dnia nie...

Pok Li said...

Tirana
Saya suka pertemuan baru dan juga pertukaran. Walau pun ada yang tak suka bertukar tapi saya seronok dengan suasana baru

Ikan emas
Sedang kumpul kotak. Wa ka ka

Ammosham
Sudah buka, tapi bukan atas nama Pok Li. Insya Allah akan buka atas nama Pok Li.

sha
Kadang-kadang bila terpisah dengan rakan yang banyak membantu, kita akan terasa ketiadaannya.

`O`
Hanya Broery Marantika sahaja dalam lirik lagunya menyanyi ' Aku tidak pernah percaya, bertemu untuk berpisah.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails