Minggu lepas saya telah meraikan seorang staff yang bertukar dari Marang ke Kuala Terengganu. Manakala minggu ini seorang kenalan telah menjemput saya di majlis berbuka puasa sempena pertukarannya ke Hulu Terengganu. Semakin hampir hujung tahun, semakin ramai yang bertukar. Saya baru sedar bahawa sepanjang dua tahun sepuluh bulan di Terengganu ini, berbelas-belas orang yang saya kenali telah bertukar. Sama ada berpindah keluar dari Daerah Marang atau pun dari Negeri Terengganu. Inilah lumrah kehidupan. Bertemu untuk berpisah.
Selepas usia hampir menjejaki setengah abad. Saya telah kehilangan ramai sahabat kerana perpisahan. Jika bertemu pun kami hanya bercerita kisah-kisah lama sewaktu di sekolah rendah, sekolah menengah atau di tempat kerja yang telah di tinggalkan bertahun-tahun lamanya. Perbualan itu selalunya tidak akan panjang. Soalan yang paling kerap ditanyakan ialah, berapa orang anak dah?, anak belajar dimana?, dah ada menantu ke?, kerja di mana sekarang?, berapa tahun lagi nak bersara?, kawan kita tu… apa khabarnya?.

Beberapa minit kemudian selalunya saya tidak dapat menyambung cerita baharu. Akhirnya kami hanya bertukar-tukar nombor telepon dan berpisah lagi. Maklum sahaja, selepas berpisah berpuluh tahun lamanya, ‘frame of reference’ semakin berbeza dan saya sudah tidak dapat lagi meneka topik kesukaannya.
Begitu pun saya masih mengharapkan untuk bertemu beberapa orang sahabat lama yang rapat satu ketika dahulu. Salah seorang daripadanya bernama Syed Abdul Halim. Syed Abdul Halim orang Perak dan kampungnya berdekatan dengan ‘gateh’(jambatan) Iskandar di Kuala Kangsar. Kami sama-sama bekerja di Jabatan Perangkaan, jalan Cenderasari, Kuala Lumpur sekitar tahun 1980an. Syed adalah kawan baik saya. Jika tidak balik kampung, saya akan bermalam di rumah sewa kakaknya di jalan Ikan Emas, Cheras. Syed cukup berbakat bermain gitar. Syed juga tidak lokek mencurahkan kepandaiannya bermain gitar. Selalunya saya lebih suka mendengarnya memetik gitar sambil menyanyikan lagu “Lizawati” (nyanyian Rahim Maarof).
Ada satu perkara lagi yang saya tidak akan lupa kepadanya. Syed menjadi punca kepada saya ‘ketagih’ rokok. Awal kehidupan remaja, saya bukanlah perokok tegar. Dalam seminggu adalah sebatang atau dua batang saya merokok. Itu pun hanya suka-suka berkongsi rokok kawan-kawan sewaktu minum pagi atau makan tengahari. Syed adalah insan yang tidak pernah lokek menghulurkan rokoknya selepas makan atau pun ketika ‘berlabun’ (berbual). Jika saya menolak dia akan tetap menghulurkan rokok sehingga saya mengalah.

Selepas beberapa lama tanpa dipelawa pun saya sudah ‘berani’ mengambil rokoknya. Mungkin menyedari saya sudah mula ketagih, etiap pagi dia akan datang dengan membawa rokok ‘Benson & Hedges kotak kecil, tujuh batang khusus untuk saya. Kerana malu alah akhirnya saya telah mula membeli sendiri. Jumlah rokok juga bertambah dari 10 batang kepada 14 batang dan akhirnya saya menjadi perokok tegar sehingga mencecah 20 ke 30 batang sehari.
Alhamdullilah, selepas 25 tahun ketagihan merokok, akhirnya saya berjaya berhenti merokok. Berhenti ketika sekotak rokok, 20 batang berharga RM 5.20. Jika saya masih lagi merokok, pastinya saya terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membunuh diri sendiri ;).

Saya tidak pasti adakah Syed Abdul Halim kini masih merokok atau tidak. Jika dia sudah berhenti merokok, alhamdullilah. Jika belum saya berdoa semoga dia masih sihat dan tidak mengidap sebarang penyakit. Kami telah berpisah apabila Projek Banci Penduduk tamat sekitar Mei 1981. Jika ada izin Allah pasti kami akan bertemu lagi. Jika dia masih merokok lagi, pasti saya akan menasihatkan dia supaya berhenti merokok. Mungkin itulah pesanan terbaik buat Syed Abdul Halim sebelum kami berpisah semula.
No comments:
Post a Comment