Sudah 15 hari saya terjebak sebagai penulis blog. Menulis di blog Biso Bonar. Saya tidak menyangka sehingga ke hari ini saya masih meneruskan ‘marathon’ ini dan mampu juga menyiarkan sepuluh artikel yang bermacam ragam. Ada kisah santai, kisah-kisah semasa, kisah hidup dan pengalaman lalu, juga sedikit sebanyak sentuhan cerita-cerita politik. Walaupun untuk menulis hanya memerlukan masa satu hingga dua jam. Tapi hasilnya hanya ada satu atau dua muka surat A4. Akhirnya saya akui bahawa kerja menulis bukan mudah. Ia tidak semudah menulis surat-surat rasmi. Surat rasmi sudah ada formatnya. Apatah lagi sekarang ini, menyediakan sekeping surat tidak sesukar zaman dahulu, menggunakan mesin taip. Jika tersilap ‘ketuk’ surat itu perlu diulang buat berkali-kali. Setelah melakukannya banyak kali akhirnya saya bukan sahaja mahir mengetuk menggunakan dua jari (sampai sekarang) tetapi juga memahami tatacara menyediakan surat rasmi. Kini surat sudah boleh disiapkan dalam tempoh kurang daripada lima minit dengan menggunakan kaedah ‘copy’ dan ‘paste’. Kerana itu terdapat surat bertarikh tahun lepas yang baru kita terima kerana terlupa menukar tarikh baru. Itulah teknologi!.
Teknologi menyebabkan masyarakat menjadi malas. Berjalan kaki misalnya sudah menjadi leceh. Menunggang motor atau memandu kereta ke kedai berhampiran sudah menjadi lumrah. Kita cuba mengelak untuk berjalan kaki. Kalau pejabat atau rumah di tingkat satu pun kita akan menaiki lif. Tangga hanya digunakan apabila lif rosak. Ketika bekerja di Pulau Pinang dahulu, saya pernah beberapa kali menuruni dan menaiki tangga dari atau ke pejabat kami di Tingkat 38, Bangunan Komtar, kerana lif rosak. Waktu itu ‘no hal’ lah. Maklum sahaja tenaga masih kuat dan muda trang tang-tang. Kalau sekarang agaknya, saya hanya ada dua pilihan, tunggu sehingga lif dibaiki atau mengambil cuti rehat.

Apa pun saya cukup kagum dengan semangat ‘penghantar barang’ di kaki Gunung Kinabalu, Sabah yang ‘selamba’ sahaja memikul tong gas berisi penuh 14 liter di belakang sambil berlari menaiki lereng-lereng bukit yang berbatu-batu serta curam itu. Saya percaya satu hari nanti akan ada jentera yang dicipta untuk tujuan mengatasi masalah itu. Perlahan-lahan saya memahami, bahawa teknologi bukan dicipta untuk menjadikan kita malas. Tetapi orang malas lah yang berfikir dan mereka cipta teknologi untuk memudahkan mereka. Kalau bukan idea dari orang malas ini mungkin sehingga sekarang kita terpaksa berulang kali bangun untuk menukar saluran TV dari TV1 ke TV 2, TV3, TV9, TV8,TV7 dan membuat ulangan lagi. Kalau tanpa orang malas itu, kita mungkin masih lagi membasuh kain baju menggunakan tangan. Memasak nasi menggunakan dapur minyak atau dapur kayu. Sekali lagi, perlahan-lahan saya memahami ada ketikanya kita lebih memerlukan orang malas ini selain daripada bergantung kepada orang rajin.
Beberapa hari ini saya telah menerima beberapa keping kad-kad Hari Raya. Sudah agak terlewat nak membalasnya. Jika saya membalasnya mungkin tak akan sampai sebelum Hari Lebaran tiba. Tiada cara lain yang lebih pantas, selain menggunakan sms atau e-mail untuk membalasnya. Sekurang-kurangnya setahun sekali kita saling berhubung dan memohon maaf zahir dan juga batin. Sekali lagi saya terpaksa berterima kasih kepada teknologi dan terhutang budi kepada yang menciptanya. Bermain dalam fikiran saya adakah pencipta ini orang yang malas untuk membeli setem ataupun berat kaki ke Pejabat Pos. “Lu pikir la sendiri”……… .
Akhir kalam di ucapkan, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Semoga diberkati usia, dilapangkan rezeki, kekal sihat tubuh badan. Dianugerahkan Allah kekuatan berfikir, ibadah yang istiqamah. negara yang aman daripada penyakit dan wabak, huru-hara dan peperangan. Amin.

No comments:
Post a Comment