Sehari dua lagi laluan dari Kemaman, Dungun, Marang ke Kuala Terengganu akan menjadi sesak. Perantau akan pulang ke kampung masing-masing. Kuala Terengganu sekali lagi akan bertukar menjadi Kuala Lumpur. Anak Terengganu yang bekerja jauh di perantauan akan pulang. Dari Johor, Seremban, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang dan lain-lain bandar besar akan menyerbu pulang. Perhentian bas di Kuala Terengganu akan sesak dengan pelajar-pelajar sekolah dan IPT yang mula pulang bercuti. Sebahagiannya sudah mula bercuti pada minggu lepas dan semakin sarat pada minggu terakhir ini. Tarikh melihat anak bulan telah ditetapkan pada 29 haribulan. Mungkin Hari Lebaran di sambut pada 30 September atau 1 Oktober 2008.
Sewaktu saya mula menetap di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 70 an, balik kampung tidak menjadi masalah besar. Jarak kampung saya di Seremban lebih kurang 80 km sahaja. Tiada keperluan menempah tiket atau pun ‘trauma’ kerana ketiadaan bas. Pada masa itu lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban telah mula digunakan sejak tahun 1979.

Bas-bas daripada Syarikat Mara telah disediakan untuk menampung kebanjiran penumpang ketika balik beraya. Penumpang terpaksa beratur panjang, waktu beratur untuk menaiki bas juga lama sehingga dua jam. Bas Mara pula tidak membenarkan penumpangnya berdiri, semua penumpang mesti duduk. Pilihan terbaik ialah menaiki bas Foh Hup. Bas yang melalui jalan lama, Cheras- Semenyih- Mantin - Lenggeng – Seremban. Yang perlu disiapkan ialah ketahanan fizikal dan mental untuk berebut. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mencampakkan dahulu beg-beg baju ke kerusi penumpang. Langkah kedua perlu berebut–rebut masuk melalui pintu belakang bas. Tiada aturan penumpang harus duduk. Terpaksa berdiri dan bersesak-sesak. Macam sardin. Risikonya tetap ada, terutama menjadi mangsa pencopet. Meminjam wang tambang dalam bas suadah terbiasa. Kini, ‘perebutan’ sengit ini sudah tidak lagi berlaku di Perhentian Puduraya. Bas Foh Hup juga sudah lama berkubur. Kita mungkin sudah lebih bertamaddun dan patuh untuk beratur. Beratur bukan sahaja ketika menaiki bas tetapi juga di premis-premis makanan segera dan di ATM.
Terlalu banyak kisah untuk ditulis ketika pulang berhari raya. Biarlah ia menjadi sejarah. Tahun ini sekali lagi saya dan keluarga tidak pulang ke kampung. Kami akan berhari raya di perantauan. Semua anak-anak kami akan berkumpul semula. Mereka telah mengulangi semula perkara yang sama semasa zaman muda saya. Pulang ke kampung setiap kali menyambut Hari Lebaran. Walaupun Marang bukan kampung mereka. Tetapi di sinilah destinasi mereka untuk bertemu dan bermaaf-maafan di pagi raya.

Seminggu selepas Hari Lebaran mereka akan pulang semula ke kampus dan kami tinggal berdua lagi. Mana hala tuju kami selepas itu. Belum pasti. Samada pulang ke Negeri Sembilan tempat kelahiran saya, atau ke Pulau Pinang tempat kelahiran isteri. Mungkin juga membuat satu 'rally' dari Marang-Grik-Georgetown dan dari Georgetown-Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban dan kembali semula ke Marang melalui Seremban- Jempol - Bandar Muadzam – Kuantan, Jabor, Kemaman, dan Dungun.
2 comments:
salam..
en shabli tahniah berjaya wat blog nie...citer2 dia menarik n saya suker bacer :)
Sekarang balik kampung rasanya makin senang.. masa saya kecik-kecik dulu pengankutan utama adalah bas.. adik beradik ramai, besusun dalam bas.. masa tak ada duit mak pernah buat giliran balik kampung. Kami balik bila ada masa, bukan sekeluarga, tapi seorang diri, umur masa tu baru sebelas tahun. Naik bas dari manjung ke Melaka.
Post a Comment