Sep 7, 2008

Cerdik Kerana Bertanya


Kecerdikan bukan sahaja lahir kerana kerajinan belajar tetapi juga kerana kerajinan bertanya. Umpama perbidalan  Negeri Sembilan, "tau dek tengok, pandai dek buek". Tepat sekali. Kalau saya tidak bertanya dengan sahabat lama Zul (kelahiran Perak tapi menetap di Terengganu) memang tidak tahu hendak membina blog ni. Keinginan untuk membina blog ini hanya timbul selepas sambutan hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-23 pada 31 Ogos 2008 yang lalu. Kebetulan pula semua anak-anak (5 orang semuanya) telah tidak tinggal sekali. Tiga sedang belajar di IPT , seorang di Matrikulasi dan seorang lagi anak bongsu belajar di SBP. Kehidupan tinggal berdua memberi inspirasi baru, lebih romantik dan mengimbau semula nostalgia lama. Apa pun rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa dan berbuka . Merdeka !. Merdeka! Merdeka!.

2 comments:

Kurosaki said...

Teruskan usaha Abah..!!-adal-

en_me said...

salam pokli, oke thanx jawab TAG me yg ittewww.. salam ramadhann ghitewww..