Sep 9, 2008

Sepapan Petai . Sebiji Limau

Petang semalam ketika berbuka puasa hanya kami berdua. Isteri saya merungut " kenapa beli buah limau kenapa tidak tembikai ? " , (orang terengganu paggil buah timun Cina). Saya tak jawab pun rungutan tu kerana petang itu sebelum balik kerja dalam telefon dia hanya kata, "sebelum balik tu beli lah buah". Umum. "Tak payahlah beli kuih, sebab saya dah goreng karipap dah". Kebetulan selepas beli limau ada pulak gerai yang jual petai. Saya memang hantu petai. Semasa kecil-kecil lagi saya dah kuat makan petai. Selalunya berebut dengan abah. Hinggakan abah sering sorok petai di belakang almari lauk. Waktu tu petai taklah mahal sangat, seringgit dah boleh dapat sepuluh papan. Beberapa tahun kemudian petai dah naik harga dari 10 sen sepapan kepada 20 sen sepapan. Sehingga akhirnya dalam tahun 80an petai dah berharga 50 sen sepapan. Mereka kata harga naik kerana orang Cina dah turut suka makan petai dan permintaan dah jadi tinggi. Permintaan naik, penawaran kurang, harga pun akan turut naik, itu ikut hukum ekonomi yang asaslah. Walaupun harga mula mahal abah tetap beli kerana bukan sahaja sedap dibuat buat ulam tapi mak selalu buat sambal campur petai.
Ketika ini harga petai masih mahal seringgit sekeping. Tetapi agak beruntung, kerana isteri dan anak-anak saya tak ada yang berebut nak makan petai ni. Kadang-kadang ia terbiar kering dalam peti ais, kerana lupa atau saya terpaksa makan diluar. Kini ramai orang makan petai bukan kerana buat ulam sahaja, tetapi kerana sebab-sebab kesihatan. Petai yang mengandungi sukros, fruktos , glukos dan kandungan fiber mampu memberi lebihan tenaga dan ketenangan kepada mereka yang sering mengalami stress. Malah dengan kandungan B6 dan B12 ia juga mampu membantu mengurangkan ketagihan rokok. Ini petua kepada mereka yang nak berhenti rokok. Lebih baik makan petai dari hisap rokok kerana rokok pun dah naik harga pada Belanjawan 2009.
Selepas berbuka puasa saya berpesan kepada isteri, " makan lah buah limau tu, kerana iapun baik untuk perut awak yang dah beberapa hari tak ke tandas. Makanlah waktu sahur nanti sebelum makan nasi",. Makan buah dalam keadaan perut kosong lebih cepat kesannya. Apa yang selalu kita buat tu terbalik. Sepatutnya buah dulu bukan nasi.

2 comments:

ABDULRAZAK MOHAMED said...

pok li cerita pasal petai limau kenapa yang keluar gambar tu labu
ok juga lah persembahan santai tapi ada sedikit pengetahuan

dhilah Mohd said...

Dapat ilmu baru nih, petai dapat hilangkan stress......hehehe wa pun suka makan petai tapi tak selalu bila ngenangkan kesan bau selepas "melepas". Apapun, elok jugak amalkan makan petai bagi orang macam kita yang selalu berhadapan dengan berbagai kerenah pembawaan insan-insan unik dimuka bumi ini....STRESSSSSSS!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails