Tuah Ada, Untung Tiada. Tajuk ini saya ambil daripada sebuah cerita kanak-kanak yang pernah saya baca puluhan tahun dahulu. Cerita ini mengisahkan seorang pemuda miskin yang tinggal terpencil di hujung sebuah kampung. Pekerjaannya tidak menentu, ada ketika dia menjual hasil hutan, manakala pada musim lain dia menjual hasil tangkapan ikan di sungai. Dia telah melalui kehidupan ini bertahun-tahun lamanya. Orang kampung pula kurang mengambil tahu hal dirinya kerana kehidupannya yang miskin dan kurang bergaul dengan penduduk kampung.
Pada satu hari apabila dia pulang daripada menjual di pekan, dia terkejut kerana halaman rumahnya sudah dibersihkan. Ketika masuk ke dalam rumah, hidangan makanan dan buah-buahan eksotik pula sudah sedia terhidang. Kejadian ini telah berlaku berulang-ulang kali sehingga timbul keinginannya untuk mengetahui siapa pelakunya.
Akhirnya, selepas beberapa lama mengintip dia berjaya menemui pelakunya seorang gadis yang cantik jelita. Dipendekkan cerita pemuda miskin ini akhirnya berkahwin dengan gadis tersebut. Selepas berkahwin pemuda ini semakin rajin bekerja untuk menampung kehidupan baharu mereka berdua.
Pada suatu hari isterinya berkata kepada pemuda miskin tersebut,
“Mulai hari ini tidak perlu lagi kekanda bekerja keras, kerana setiap tibanya purnama penuh, adinda akan menenun sulaman kain emas untuk dijual di pasar, cuma satu syarat sahaja yang adinda pinta, pada malam tersebut adinda akan berada sepanjang malam di bilik belakang rumah kita".

Isterinya menyambung lagi;
"Janganlah sesekali kekanda cuba mengintai, walaupun terdengar bunyi yang pelik-pelik dan aneh-aneh, jika syarat ini kekanda langgar maka putuslah hubungan kita sebagai suami isteri”.
Si suami pun bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh isterinya. Maka setiap kali bulan penuh isterinya akan berada di bilik belakang rumahnya menenun kain. Walaupun pelbagai bunyi pelik dan aneh didengari tetapi pemuda miskin ini tetap patuh kepada amanah yang telah dipersetujui sebelum ini. Tidak berapa lama kemudian pemuda yang miskin ini telah menjadi kaya raya hasil menjual kain tenunan emas tadi. Ia bukan sahaja dikenali dan dihormati oleh penduduk kampung tetapi juga sudah mempunyai sahabat di kalangan pedagang-pedagang dan pembesar-pembesar negeri.
Selepas beberapa tahun berkahwin, pasangan ini telah dikurniakan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Timbul dalam fikiran si suami jika dia melanggar ‘amanah’ isteri, tidak mungkin isteri akan meninggalkannya kerana mereka sudah mempunyai anak. Maka pada bulan penuh berikutnya, ketika isterinya berada dibilik belakang dia pun mencari-cari lubang untuk melihat pekerjaan isterinya menenun kain emas. Alangkah terkejutnya sisuami apabila kelihatan di dalam bilik itu terdapat sekawanan burung bangau yang amat besar berbulu emas. Mereka mencabut bulu dan menyulam kain emas. Kerana terlalu terkejut, dia telah tersepak bendul rumah dan mengeluarkan bunyi. Tahulah isterinya bahawa suaminya telah melanggar ‘amanah’ yang dipersetujui sebelum ini. Isterinya pun berkata;

"Setelah sekian lama kita hidup bersama, akhirnya sampai juga masa adinda akan pergi, kekanda telah melanggar amanah yang adinda pesan, mulai hari ini kita akan berpisah buat selama-lamanya, jagalah baik-baik anak-anak kita".
Sambil berlinangan air mata, isterinya berpesan lagi;
"Jika mereka rindu kepada ibunya, bawalah dia ke puncak bukit di belakang rumah setiap kali purnama penuh, pastilah mereka akan merasa kehadiran adinda".
"Wahai kekanda sebelum adinda pergi, biarlah adinda menceritakan kisah sebenarnya, adinda telah diperintahkan oleh dewa kekayaan untuk membantu kekanda yang miskin. Ada pun bangau-bangau lain itu adalah adik-beradik adinda yang akan berjumpa dengan adinda setiap kali purnama penuh dan membantu adinda menyiapkan kain daripada tenunan emas”.
Pemuda itu terpaksa merelakan perpisahan itu berlaku kerana gagal menunaikan janjinya menjaga pesan isterinya. Pengajaran daripada cerita tersebut ialah bukan mudah menjaga amanah. Pemuda yang bertuah itu telah kehilangan untungnya. Ia bukan sahaja kehilangan isteri tetapi juga kehilangan kain tenunan emasnya. Jika dia tidak bernasib baik dia mungkin jatuh miskin semula, dan akan kehilangan kawan-kawan daripada pedagang-pedagang dan pembesar-pembesar negara.
Kuasa yang ada pada pemimpin adalah amanah yang diberikan oleh rakyat untuk dijaga. Amanah rakyat tentulah tidak sama dengan pesanan si bangau tadi. Sebaliknya rakyat berpesan supaya, pemimpin apabila mendengar bunyi yang pelik-pelik dan aneh-aneh perlu melihat hal yang berlaku dan bukan hanya berdiam diri di dalam bilik sahaja. Pemimpin perlu sedar tentang amanah yang dipegangnya. Jika terus tidak peka, ditakuti si bangau tadi meninggalkan suaminya dan memilih menghidangkan makanan dan membersihkan rumah ‘pemuda miskin’ yang lain pula.

No comments:
Post a Comment