Semakin hampir dengan Hari Raya, semakin rancak pula majlis berbuka puasa diadakan. Malah setiap tahun timbul nama-nama baru tempat untuk berbuka puasa . Dari resort yang eksklusif sehingga lah ke gerai-gerai biasa sahaja. Di Marang semenjak dua menjak ini sudah banyak tempat pilihan untuk berbuka puasa. Nama restoran pun bersifat lebih eksklusif, Atap Biru, Marang Village Resort, Aruni Inn, dan Warung Jerong. Saya lebih suka berbuka puasa di rumah daripada terpaksa mengeluarkan belanja lebih, kemudian terkocoh-kacah mencari ‘musalla’ selepas berbuka.
Cuma dua hari lepas, saya bersama isteri dan Alang yang balik bercuti mengambil kesempatan menelusuri jalan-jalan di Bandaraya Kuala Terengganu Warisan Pesisir Air (diisytiharkan pada 1 Januari 2008). Bermula dari Jalan Negara, Jalan Sultan Mahmud, melalui Bulatan Batu Bersurat terus ke Jalan Sultan Zainal Abidin dan berhenti di Bazaar Ramadhan Dataran Syahbandar. Bazar Ramadhan yang menjual beraneka juadah. Daripada masakan butir nangka, jala emas, kasidah, tahi itek, nasi kerabu, nasi beriani, roti john sehingga ke air Root Beer A&W. Lengkap dan pelbagai pilihannya.
Selepas membeli nasi goreng, ondeh-ondeh, roti john, Nescaffe panas dan sepotong tembikai, kami ‘landing’ sahaja di Dataran ini untuk berbuka puasa. Dataran ini sudah dipenuhi oleh pelbagai pengunjung, dari pekerja Astaka (nama supermarket) bersebelahan, pasangan muda bercinta, hinggalah kepada keluarga yang membawa anak kecil, cucu dan menantu. Kami seakan berbuka puasa dalam keluarga yang besar sambil menghirup angin segar Lautan Cina Selatan. Saya percaya setiap hari dataran ini akan sentiasa penuh dengan pengunjung yang sama dan mungkin yang pertama kali macam kami sekeluarga. Apa pun saya seronok mencuba sesuatu yang baru dan santai.
Kelmarin pula saya berkesempatan hadir di majlis berbuka puasa “Bersama Menteri Penerangan” di RTM, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu. Ketika Datuk Shaberry Chik berucap, beliau tidak percaya kerajaan boleh ditukar sewenang-wenangnya. BN telah menang pada Pilihanraya ke-12 dengan jumlah kerusi Parlimen 142 buah, pembangkang menang dengan 81 buah kerusi dan satu kerusi bebas. Keseluruhan kerusi Parlimen berjumlah 222 buah. Jika 30 ahli parlimen yang melompat parti kepada parti pembangkang kedudukannya hanya menjadi 111 parti kerajaan dan 111 parti pembangkang. Masih belum mampu membentuk kerajaan kecuali satu parti bebas masuk mana-mana parti yang disukainya. Jika ini berlaku kerajaan yang dibentuk akan sentiasa terumbang-ambing. Ia laksana kerajaan Sabah pada tahun 1994. Apabila PBS hanya menang 25 kerusi DUN berbanding kemenangan BN 23 kerusi DUN. Akhirnya kerajaan PBS tumbang dan tertubuhnya kerajaan Negeri Sabah yang baharu di bawah kerajaan BN. Apa pun analogi yang dikatakan oleh ‘Pak Menteri’ tersebut, saya melihat Penasihar PKR itu seakan ‘gila talak’ untuk menjadi PM selepas tragedi hitam yang menimpanya pada tahun 1998.
Ketika saya menetap di Kuala Pilah, terdapat cerita popular mengenai ‘gila talak’ ini. Cerita seorang lelaki yang menceraikan isterinya dengan talak tiga. Selepas bercerai baru timbul perasaan menyesal, bukan sahaja bekas isterinya itu ‘cun melecun’, tetapi juga mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang lumayan. Macam-macam ikhtiarlah si suami ini supaya isteri tersebut kembali ke pangkuannya semula. Kerana pelbagai cara ‘perang saikologinya’, bekas isteri akhirnya bersetuju untuk kembali dengan cara perkahwinan “Cina Buta’. Gembira lah si suami tadi, dicarinya seorang pemuda yang nampak ‘dungu’, tapi sasa badannya. ‘Budak’ ini pun hanya kerja kampung. Fikirnya tentulah proses dia untuk berkahwin semula tidak akan melalui jalan sukar. Malangnya, manusia hanya mampu merancang, Allah lah yang menentukan akhir ceritanya. Selepas mereka berkahwin ‘semalaman’. Pemuda yang ‘dungu’ itu telah bertukar menjadi ‘cerdik’ dan isteri yang baru dikahwini itupun tak mahu lagi ‘melepaskannya’. Maka ‘frust menonggeng’ lah bekas suami tersebut bagaikan ‘menang sorak kampung tergadai’. Lalu saya pun terfikir parti manakah yang dianggap ‘budak dungu’ oleh Penasihat Parti PKR itu untuk mencapai impiannya. Kerana takut nanti selepas melompat ke parti pembangkang parti yang 'dungu' itu menjadi 'lebih cerdik'.

No comments:
Post a Comment